Friday, 9 November 2012

~Review My E-Day #1 :: Mini Pelamin~

Assalamualaikum. Hai!


Seperti yang dijanjikan, entri review sempena majlis pertunangan aku hari tu bermula dengan entri ini. Harap bertabah. Bakal ada beberapa part. Huhu. Kita mulakan dengan mini pelamin.


Buat pengetahuan korang, aku tak ambil mana-mana vendor dari butik pengantin untuk buat mini pelamin masa majlis tunang aku hari tu. Ye la, kalau butik pengantin yang datang pasang pelamin kompom-kompom la jiran-jiran tahu nanti. Dah kata tak nak kecoh-kecoh pun kan? Jadinye, buat sendiri je lah. 


Mini pelamin adalah konsep dan hasil rekaan dari kakak aku. Dia imagine dan lakarkan atas kertas. Kendian mula mencari bahan-bahan dan realisasikan idea tersebut menjadi nyata. Yang bekerja keras menyiapkan pelamin tersebut adalah aku sendiri. Huahuahua. Orang yang bertunang ni yang kena pasang pelamin sendiri. Kesian.


Tapi bukan la aku sorang. Dengan bantuan paksu dan paklang aku jugak. Sian dorang. Dah tua-tua kena jugak manjat-manjat demi anak sedara dorang yang sorang ni. Ekeke. Tapi aku la yang paling banyak memanjatnye. Ish3. Anak dara ni. Sebelum aku describe lagi dengan panjang lebar, jom belek dulu gambar mini pelamin tersebut. Kat bawah ni lah mini pelaminnye. 






Cantik tak? Rasa gojes kejap duduk kat pelamin cun tersebut masa hari tu. Hehe. Kerusi tempat duduk aku dan meja kayu tempat pasu bunga gedabak kiri kanan tu adalah props yang dah memang dah ade kat rumah. Digunapakai je. Yang tu free tak keluar duit. Yang lain-lain keluar duit la. Kebanyakan bahan-bahan kat pelamin ni adalah disponsor oleh kakak.  Bunga-bungaan, kain backdrop, bantal dan lain-lain hiasan tu semua kakak yang sponsor. 


Flower arrangement pun beliau sendiri yang gubah. Termasuk la hand bouquet yang kat tengah atas kerusi tu dan bebola bunga yang tergantung kat backdrop/dalam sangkar. Yes. Kakak aku memang terer hias bunga. Ekceli memang die ada bisnes pun ambil upah gubah bunga. Sesiapa berminat nak upah die gubah bunga nak cantikkan rumah dipersilakan. Hehe.


Alas tempat duduk kat kerusi tu mak aku yang sponsor. Beliau gigih mengait pattern tu menggunakan benang bulu kambing selama sebulan. Cantik kan? Mekaseh mak tersayang. Mak aku memang terer mengait. Dulu masa muda-muda dia rajin la ambil upah. Dah tua-tua ni dia ngait untuk hiasan lapik kat rumah je la. Yang suka rembat hasil kaitan mak adalah adik aku dengan maksu aku. Haha. 


Habes, apa yang aku sumbangkan untuk pelamin ni? Aku cuma keluarkan duit beli carpet warna kelabu bling-bling tu je sebab memang dah lama gila aku berkenan nak beli. Kui3. Hei! Bukan tu je la. Nampak tak love yang dalam frame tu. Ingat ade jual ke cenggitu? Mana ada. Itu aku gigih gubah bunga rose menggunakan reben buat kecik-kecik dalam kuantiti yang banyak. Kendian kakak aku just tampal-tampal je kat polistren berbentuk love. Maka terhasil LOVE yang cantik itu. Yes. I got the 'creative hand' also u know. Hehe.


229848_10151116328091818_1763435771_n.jpg (960×640)


Terima kasih sangat-sangat kat kakak tersayang sebab memahami taste adik dia yang sangat cerewet nak mampus ni. Haha. Sebenarnye mini pelamin tunang aku ini adalah untuk portfolio bisnes kakak aku. Sebab tu die banyak sponsor. Hehe. Sebelum-sebelum ni ada je kitorang pernah buat pelamin. Tapi tah mana hala simpan gambarnye tah. Tak jumpa. Kakak aku la. Pemalas sangat nak simpan elok-elok. Cepuk die! Haha. 


Takpe la. Kita mulakan dengan mini pelamin tunang aku ni sebagai portfolio. Glemer sket aku. Mesti la nak menumpang jugak. Sebab aku jugak yang tolong buatnye nanti kalau kakak aku dapat upah buat pelamin. Ingat die nak buat ke sorang-sorang. Aku ni pembantu die yang kreatif jugak hokay. *Nak up diri sendiri jugak tu. Haha.* 


Kalau ada yang berminat nak upah kitorang jangan malu-malu contact ok. Nak contact aku boleh [klik sini], nak terus deal dengan kakak aku pun boleh [klik sini]. Kami buat pelamin ikut camne konsep yang customer nak dan boleh kautim berapa budget korang. Setakat ni perkhidmatan hanya ditawarkan area Penang dan Seberang Perai. Orait!



Bisik-bisik :: Masa kenduri kawen aku nanti pun aku dengan kakak nak buat sendiri je pelamin. Untung ada bakat kreatif semulajadi kan? (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

22 orang bagi nasihat:

Pinkbubblegumprincess said...

comel mini pelamin awak.. :)

zulfikar hazri said...

ish saspen betul kisah kau ni, bilanya nak nampak tunang?

fatehamohamed said...

pergghh...mmg canmtiikkkkkk..dah mcm tempah kat bridal jekk...korang due beraik mmgkretip..heeee:))

Shahada Fauzi said...

@Pinkbubblegumprincess :: heee..tenkiu awak..buat sendiri boleh la buat comel2 mcm mane yang diri sendiri nak..kalau upah org kena ikut je la camne org buat..hehe..:P

Shahada Fauzi said...

@zulfikar hazri :: wei..lambat la ko ni..aku dah explain dah yang tunang aku takkan direveal..sebab die tak mai pun masa majlis..kena kerja..haha..nah baca entri ni..

Mana tunangnya?

Shahada Fauzi said...

@fatehamohamed :: hehehe..tenkiu..kami adik beradik mmg suke buat menda2 kretip cenggini..mmg ade niat nak buka bisnes besar satu hari nnt..insyaAllah..(^_^)

wawa abdullah said...

congrate dear for ur engagement!! and seriously mini pelamin awak cun + cantik. nnt boleh lah akak awak bukak kedai pengantin..hehe :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

boleh la tolong buat pelamin kita plak nanti keh3..

Shahada Fauzi said...

@wawa abdullah :: tenkiu dear..alhamdulillah..heee..memang kami berdua ada hasrat nak bukak kedai pengantin..insyaAllah..(^_^)

Shahada Fauzi said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: boleh je..nak konsep camne? hahaha..tapi tolong berbayar tau anyss..:P

Ym.Bundle said...

eh, tahniah la ye..lambat lak wish..kemain lagi majlis tunang ko ye.cantik pelamin tunang...majlis aku dulu simple gila je..haha..

Cik Yatt said...

comelnye die..om om

Z@i Z@mR33 said...

memang kretif..cantik :)

Shahada Fauzi said...

@Ym.Bundle :: mekaseh la wei..majlis tunang aku simple2 je la wei sebenarnye..buat mini pelamin ni pun decide last minit..sebabnye buat kat rumah maksu aku..rumah aku tengah renovate..kui3..

Shahada Fauzi said...

@Cik Yatt :: mekaseh cik yatt..:P

Shahada Fauzi said...

@Z@i Z@mR33 :: tenkiu..^_^

AyuE SurihanyOt said...

congratz weiii..dah bertunang pon hang..aku ni la tak tau bila..ecehh sedih..haha

Siti Safiyyah said...

aaaa siryes cantik kak! ni yg nak cek tangan ni kreatif ke tak ni. heeee.

Namee Roslan said...

wah terbaik. seronok kan bila diy kita menjadi !! :D namee teringin nak buat semua sendiri tapi takut tak cukup masa. wuuuuu

Shahada Fauzi said...

@AyuE SurihanyOt :: tenkiu wei...eceh..jangan la sedih2..tak lama lagi tiba la time hang pulak..amin..

Shahada Fauzi said...

@Siti Safiyyah :: tenkiu adikku..hehe..semua orang ade kreatif nye dalam cara yang tersendiri..piah pun tangan kreatif apa..pandai lukih kartun tu..

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: betul2..seronok sangat bile diy sendiri..puas hati..hehe..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com