Friday, 2 November 2012

~Mana tunangnya?~

Assalamualaikum. Hai!


Masih dalam mood bertunang lagi. Jadi korang semua bakal disajikan dengan entri-entri sempena majlis tunang tempoh hari lagi la maknanye. Harap bertabah. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, majlis tunang aku tempoh hari tu sebenarnye takde sape-sape pun yang tahu pada peringkat awalnya melainkan kawan-kawan yang close dengan aku je. Sebab, memang aku taknak kecoh pun selagi majlis tak berlangsung. 


Makanya, jiran-jiran kat rumah memang takde yang tahu pun la. Memang kami jemput datang kenduri. Tapi kertas jemputan panggil datang kenduri tu hanya tertera "Majlis Kesyukuran Sempena Hari Raya Aidiladha". Aku la yang buat tu. Hahaha. Bila tiba hari nya, baru la jiran-jiran yang datang tu tahu. Rupanya kenduri kesyukuran tu bukan je sebab hari raya haji, tapi sebab aku bertunang. Keh3.


Bila baru dapat tahu tu, makcik-makcik yang datang mula la kepoh-kepoh bertanya "Mana tunangnya?" kat aku bila dorang masuk rumah nak menjenguk. Maklum la, aku ni jenis berkurung dalam rumah. Hujung minggu pun terperap je kat rumah. Kalau keluar pun dengan mak dan kakak je. Mana ade keluar dating-dating ni dengan kekaseh hati. Takde ye. Sebab kitorang kan jauh. Pastu tup-tup bertunang pulak. Mesti la dorang pelik kan? Dengan sape la pulak aku ni ha bertunang. Hehe.


Dengan mak ayah beliau dan mak saya yang kecit. :P


Tapi maaf la. Masa hari kejadian pun tunang aku takde. Die just hantar wakil iaitu famili die saja. Makanya, tak dapat la makcik-makcik tu tengok siapa tunang aku. Hehe. Rahsia la makcik. Nanti time kenduri saya boleh la makcik belek muke bakal suami saya tu ye. Hensem. Macam hero bollywood. Wakaka. Sian kat makcik-makcik tu. Korang yang rajin baca belog aku ni mesti la dah pernah tengok kan rupe tunang aku tu. Membohong sangat la kalau kata tak pernah tengok.


Sedih tak bila beliau tak datang sama dan tak boleh ambil gambar berdua? Err..aku nak tanya balik, perlu ke ambil gambar bersama dengan tunang masa majlis tunang? Tak perlu kan? So, aku takde rasa ralat pun beliau tak hadir masa majlis tu. Macam aku cakap dalam entri lepas, kehadiran seluruh ahli keluarga beliau pun dah cukup bagi aku. Aku tak kesah pun. Yang penting majlis berjalan lancar dan aku selamat bergelar tunangan beliau. Dan yang paling penting, seluruh ahli keluarga dia terima aku seadanya aku. 


Bersama adik beradik perempuan beliau yang 6 orang itu. Budak yang kecit baju hijau tu aku tak pasti pulak siapa. Sedara dorang kot. Heeee..


Lagipun kan, sepanjang 7 tahun kami kenal, boleh kire la berapa keping je gambar yang kami ambil berdua. Pastu dah la gambar skema habes. Maklum la dua-dua kayu tak reti nak posing. Haha. Kesian kat aku ye takde gambar kenangan berkepuk-kepuk dengan beliau masa bercinta? Takpe la. Tak penting pun gambar-gambar ni. Esok masa kenduri kahwen, aku dengan die snap la gambar berkoyan-koyan. Posing la camne ikut suke pun. Hoho.


Jadinya, 2 keping gambar yang tertera di atas je la yang aku ada dengan famili beliau masa majlis tunang hari tu. Gambar aku dengan adik beradik perempuan beliau dan gambar aku dengan mak ayah beliau. Gambar dengan abang-abang beliau takde la pulak. Terlupa. Hehe. Dengan beliau kompom la takde kan, dah kata tak datang. Takpe la takde kenangan bergambar dengan tunang macam orang lain pun. Cukup la 2 keping tu je. At least ade kenangan dengan famili beliau. Kan?



Bisik-bisik :: Sila bertabah wahai pembaca ku sekalian. Entri seterusnya yang bakal menyusul nanti masih ada kaitan dengan majlis tunang saya ini. Huehuehue. :P


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 orang bagi nasihat:

InaYusoff said...

same le kita..
tunang tak datang masa majlis tunang...
pdhl rumah tak jauh mane..


tradisional kan kita..
hahah..

Shahada Fauzi said...

@InaYusoff :: hahahah..a'ah eh..tradisional betul kite..:P

selembut sinaran mentariMU said...

tahniah dah btunang...hehehehe...liana dulu tunang dtg, tp duk luar umah...hehehehe...tunggu bwh pokok d bwh panas terik mentari...hahahaha...bila mjlis akad?

Nur_cahayamataku said...

Hehe sebenarnya kalo ikut adat, mmg tak perlu la lelaki nak ikut datang waktu bertunang. Kita dulu pun sama, lelaki hantar family jer...

Nanti time majlis baru la suprise...sedara2 semua boleh tengok pengantin puas2.
Bila majlis cik sha?

Shahada Fauzi said...

@selembut sinaran mentariMU :: siannye tunang liana kena tunggu bawah panas terik mentari..hehe..

insyaAllah tahun depan..tarikh tak tetap lagi..nnt bincang semula dgn tunang..^_^

Shahada Fauzi said...

@Nur_cahayamataku :: kan? hehehe..baru la surprise sket nnt masa kawen..:P

majlis insyaAllah tahun depan..ikat setahun..mungkin jugak dipercepatkan..^_^

Namee Roslan said...

nervous tak ?? hehe. namee takut nak majlis tunang2 ni..sebab takut perrasaan nervous tu. hihi. apa apa pun, moga dipermudahkan ! happy for you ! :)

bella hamzah said...

tahniah dear dah bertunang!seronok tgk org betunang ni.sepatunya kalo ikut adat mmg tunang lelaki xpayah datang.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selamat mentunangkan diri hehe...

nak amik turn lepas sha plak haha

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: memula takde la rsa nebes pun namee..bile tibe time kena kuar bilik tu terus nebes melampau..haha..

tenkiu namee..namee salu doakan yg baik2 untuk saya..suke..^_^

Shahada Fauzi said...

@bella hamzah :: tenkiu bella..^_^

tu la kan..tak payah datang pun takpe si lelaki tu..bukan die tak kenal saye pun..hehe..:P

Shahada Fauzi said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: mekaseh anyss..ehem! tak lama lagi anyss punye turn la pulak kan? :P

Nur Hani said...

tahniah.. hehe, akhirnya tunangan orang.. insyaallah akan datang isteri orang.. moga panjang jodoh amin..

Shahada Fauzi said...

@Nur Hani :: terima kaseh hani..walaupun dah lama..baru nak ucap mekaseh..:P



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com