Sunday, 12 May, 2013

~ PORTFOLIO : Blog Aniplipis Health Shack ~

Assalamualaikum. Hai!


Hilang kejap dari dunia blog sebab sibuk dengan dunia realiti. Ecewah! Padahal memang malas yang amat nak update blog sekarang ni. Entri pertama di bulan Mei ni kita mulakan dengan portfolio blog design la ye. Tengah takde idea nak menulis hal lain ni. Hehe.


Kali ni dapat upah dari Puan Zuriah. Design untuk blog bisnes beliau. Tengok design kat bawah pun korang boleh tahu bisnes ape Puan Zuriah buat kan? Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan produk jenama ni bolehlah cari Puan Zuriah. Mane tahu boleh dapat harga murah kan? Ekeke. Mandai je aku ni. Bankrup bisnes orang kang. :P


Meh skodeng screenshot blog Aniplipis Health Shack. Design dah upgrade sikit. Dah terer buat background untuk bahagian entri. Hehe. Dan dibawah inilah hasilnya. Tadaaa. Cantik tak?




Puan Zuriah sebenarnya request nak design blog ala-ala Puan Iezmierah yang pernah aku design dulu. Tapi takkan la aku nak buat sebijik sama pulak kan? Jadi aku design lain sikit. Lagipun design aku kebanyakan nya memang tak sama untuk semua customer. Sebolehnya aku akan design berlainan. Baru la special sikit kan? Kalau nak tengok rupa blog ni, silalah jenguk-jenguk ke sini : BLOG ANIPLIPIS HEALTH SHACK.


Terima kasih sebab Puan Zuriah sudi tunggu lama untuk blog dia disiapkan. Aku ambil masa yang agak lama jugak. Maklum la, bila nak buat kerja design ni kena ada idea dan mood. Baru hasil mabeles. Kalau tak kang jadi cincai je. Taknak la. Kepuasan hati customer kena jaga jugak kan? Kalau customer cerewet, aku ni lagi tahap tertinggi cerewet nya. Jadi hasil kerja memang aku jaga. Biar customer puas hati, aku pun senang hati. Hehe.


Ada lagi dua blog nak kena siapkan ni. Harapnye mereka tabah menunggu. Ekeke. Oh ya. Selamat hari ibu buat semua ibu. Takde la nak sambut pun. Cuma apa salahnya kita tunjukkan kasih sayang lebih sikit dan bagi penghargaan buat insan bergelar ibu ni sekali sekala pada hari istimewa camni, kan? Hehe. Mari kita sebarkan kasih sayang. (^_^)



Bisik-bisik :: Berminat dengan hasil kerja saya? Jangan malu-malu contact ye.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Sunday, 28 April, 2013

~ SIMBS Part 7 :: Entri Penghargaan ~

Assalamualaikum. Hai!


Akhirnya sampai dah part terakhir. Hehe. Kesian korang cemuih nak membaca entry pasal event ni je tak habis-habis. Harap maaf ye. Entri kali ni just nak sampaikan penghargaan pada yang terlibat dalam penganjuran event yang sangat best ni. Pengalaman manis sepanjang aku bergelar blogger. Pertama kali dijemput dan terpilih untuk hadir event eksklusif cenggini. Tu yang teruja habes tu. Semua benda yang jadi nak update secara details. Hehe. Sori tau!


Untuk baca part-part yang lepas, boleh la klik pautan kat bawah ni.


Baiklah. Entri ni akan penuh dengan gambar je. Malas dah nak berleter panjang-panjang. Jom tengok gambar!

With Jess. Very sweet person. Beliau ni yang email dan jemput aku untuk join event ni. Thanks dear! (^_^)


With Jung Yee. Very nice person. Sudi hantarkan aku dengan Cik GK pergi stesen LRT terdekat sebab kami takde transport. Thanks dear! (^_^)


Alamak! Lupa pulak nama beliau ni. Hehe. Sorry. Btw, thanks to you too! (^_^)



With Miss Christine. Orang kuat Fair & Lovely. (^_^)

Bergambar dengan blogger yang tinggal sebelum berangkat pulang. Lagi 2 orang dah balik awal. Tak sempat nak bergambar ramai-ramai.


 Team "KAMI BLOGGER UTAGHA".  Aku, Cik GK, Erika dan Mek Onie. Hehe. Tak sangka jumpa kat sini. (^_^)


Beg door gift dan hadiah dari Fair & Lovely. Semua dapat hadiah yang berlainan sebab dorang bagi ikut minat kita. Dorang skodeng blog kami habis-habisan. Aku dapat hadiah sempena pertunangan aku dulu. Sweet sangat dorang ni! Terharu ai tau. Hehe. Tak sangka dapat hadiah tunang walaupun dah berkurun berlalu. (^_^)


Inilah hadiahnya. Frame yang super gojes. Mahal kot frame camni. Tenkiu Fair & Lovely! (^_^)


Tamat dah entri pasal event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti" anjuran Fair & Lovely. Terima kasih sebab sudi pilih diri ini. Terima kasih Fair & Lovely dan pihak Edelman terutamanya pada Cik Jess yang deal dengan aku untuk jemputan ni. Tak sabar nak tengok rancangan realiti dari Fair & Lovely kat tv9 yang Miss Christine bagi tahu masa event hari tu. Nak tengok orang-orang yang dah berjaya realisasikan impian mereka. Boleh jadi motivasi kat diri ni jugak nanti. Hehe. 


Sebelum tu, nak kongsi link blog kawan-kawan blogger lain yang join event ni. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berpanjangan. InsyaAllah. Nice to meet all of u.



Bisik-bisik :: Kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan! (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

~ SIMBS Part 6 : Sesi Penjagaan Inner Beauty ~

Assalamualaikum. Hai!


Entri ni adalah sambungan untuk event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti" yang tertangguh. Tinggal lagi 2 part. Kali ni aku nak cerita tentang sesi terakhir dalam event tu. Sesi paling enjoy sebab boleh main 'masak-masak' tapi tak guna api. Hehe. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Nurul, pakar nutrisi dari sebuah hospital swasta.


Banyak yang aku belajar dalam sesi ni. Tentang pemakanan yang baik untuk kulit dan diet seimbang untuk kesihatan tubuh badan. Kalau tak, aku ni main hentam je makan. Mana la badan tak bambam. Haha. Bila dah dapat penerangan dari Puan Nurul baru la rasa macam terhantuk kepala. Sekarang dah mula start jaga kalori pemakanan walaupun kadang-kadang terbabas jugak. Hehe. Biasa la tu. Nafsu makan ni kadang-kadang taknak bagi kerjasama. :P


Lepas tu, Puan Nurul ada bagi penerangan tentang kebaikan makan sayuran dan buahan. Banyak kolagen dan vitamin sebenarnya dalam sayuran dan buahan. Semulajadi lagi. Terus dapat direct je tak payah susah-susah nak telan pil-pil. Kui3. Terasa jugak aku masa tu. Gigih telan pil vitamin macam-macam tapi sayur dengan buah malas nak makan.


Err..bukan tak nak makan. Aku suka makan sayur dan buah, tapi jarang sangat makan. Malas nak pergi membeli sebenarnya. Lepas dari event ni kan, terus rasa hari-hari nak kunyah buah dan makan sayur. Punya la nak kulit cantik halus mulus. Hak3. Macam la baru makan sekali dua terus dapat kulit cantik. Perangai pelik-pelik betol. :P


Itu dia Puan Nurul tunjuk muscle kat tangan beliau. Haha. :P


Aku geng dengan Cik GKSB. Kami jadi tumpuan semua masa tu. Kih3.


Hasil 'air tangan' kami berdua. Nyummmsss. Sedapppp!


Bergambar dengan Puan Nurul. (^_^)


Menurut Puan Nurul, kulit yang cantik adalah dari hasil pemakanan kita juga sebenarnya. Kena jaga dari dalam, barulah terserlah di luar. Kalau kulit dah cantik, dah tak payah pakai mekap pun nampak cantik je muka. Natural beauty gitu. Jadi mulai sekarang, marilah kita sama-sama jaga pemakanan dan rajin-rajin makan buah-buahan dan sayuran. Okay! Kemain lagi Shahada ni. Semangat betol 'berkempen'. Hehe.



Bisik-bisik :: Saya menyokong Natural Beauty! *tetiba* :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...