Sunday, 12 May 2013

~ PORTFOLIO : Blog Aniplipis Health Shack ~

Assalamualaikum. Hai!


Hilang kejap dari dunia blog sebab sibuk dengan dunia realiti. Ecewah! Padahal memang malas yang amat nak update blog sekarang ni. Entri pertama di bulan Mei ni kita mulakan dengan portfolio blog design la ye. Tengah takde idea nak menulis hal lain ni. Hehe.


Kali ni dapat upah dari Puan Zuriah. Design untuk blog bisnes beliau. Tengok design kat bawah pun korang boleh tahu bisnes ape Puan Zuriah buat kan? Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan produk jenama ni bolehlah cari Puan Zuriah. Mane tahu boleh dapat harga murah kan? Ekeke. Mandai je aku ni. Bankrup bisnes orang kang. :P


Meh skodeng screenshot blog Aniplipis Health Shack. Design dah upgrade sikit. Dah terer buat background untuk bahagian entri. Hehe. Dan dibawah inilah hasilnya. Tadaaa. Cantik tak?




Puan Zuriah sebenarnya request nak design blog ala-ala Puan Iezmierah yang pernah aku design dulu. Tapi takkan la aku nak buat sebijik sama pulak kan? Jadi aku design lain sikit. Lagipun design aku kebanyakan nya memang tak sama untuk semua customer. Sebolehnya aku akan design berlainan. Baru la special sikit kan? Kalau nak tengok rupa blog ni, silalah jenguk-jenguk ke sini : BLOG ANIPLIPIS HEALTH SHACK.


Terima kasih sebab Puan Zuriah sudi tunggu lama untuk blog dia disiapkan. Aku ambil masa yang agak lama jugak. Maklum la, bila nak buat kerja design ni kena ada idea dan mood. Baru hasil mabeles. Kalau tak kang jadi cincai je. Taknak la. Kepuasan hati customer kena jaga jugak kan? Kalau customer cerewet, aku ni lagi tahap tertinggi cerewet nya. Jadi hasil kerja memang aku jaga. Biar customer puas hati, aku pun senang hati. Hehe.


Ada lagi dua blog nak kena siapkan ni. Harapnye mereka tabah menunggu. Ekeke. Oh ya. Selamat hari ibu buat semua ibu. Takde la nak sambut pun. Cuma apa salahnya kita tunjukkan kasih sayang lebih sikit dan bagi penghargaan buat insan bergelar ibu ni sekali sekala pada hari istimewa camni, kan? Hehe. Mari kita sebarkan kasih sayang. (^_^)



Bisik-bisik :: Berminat dengan hasil kerja saya? Jangan malu-malu contact ye.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com