Thursday, 28 February 2013

~PORTFOLIO : Blog Cikgu Hana~

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak update portfolio terbaru. Dapat upah dari cikgu zaman aku sekolah menengah dulu. Cikgu Hana adalah antara cikgu yang aku paling rapat la kiranya. Cikgu Hana pernah ajar aku Math Moden masa aku Tingkatan 4 dan 5. Sebab tu subjek Math dia aku dapat A1 masa SPM. Subjek Bio cikgu jugak ke yang ajar eh? Lupa la pulak.  Subjek Bio dapat errr..rahsia! Hehe. 


Dulu cikgu pernah kenalkan aku dengan adik dia yang bersekolah kat asrama penuh untuk jadi kawan pena masa tu. Sebab nama kami nak hampir sama. Aku Shahada, adik cikgu Syuhadah. Maka dengan itu kami pun jadi la kawan pena, bertukar-tukar ilmu. Best! Tapi sayangnya sampai sekarang aku tak berpeluang lagi jumpa dengan adik cikgu ni. Harapnya satu hari nanti ada peluang dapat jumpa. Time kenduri aku nanti mungkin. :P


Eh? Melalut pulak. Hehe. Baiklah. Blog yang aku buatkan untuk cikgu ni, khas untuk cikgu nak berkongsi nota-nota pengajaran subjek Biologi dalam simpanan cikgu. Sebab tu header die gitu. Cikgu yang request nak buat blog untuk share nota pengajaran beliau untuk subjek Bio SPM. Berikut adalah screenshot wajah blog cikgu. Tadaaaaa!!


Comey tak Kak Ton? Eh? Silap pulak. Comel tak blog ni? Hehe..:P


Blog ni adalah fresh! Maknanya baru lahir gitu. Aku tolong daftarkan untuk cikgu dari emel sampai la ke blog. Dan proses mendesign blog ni tentulah aku jugak mastermind nye. Hehe. Pakej blog ni adalah full-template dan seangkatannya yang berkaitan. Maknanya keseluruhan blog la aku godek-godek.


Dan aku dah dapat feedback dari cikgu. Cikgu cakap cantik. Alhamdulillah. Maknanya cikgu suka la tu kan?Terima kaseh cikgu sebab sudi upah bekas anak muridmu ini. Terharu sangat dapat bagi perkhidmatan kat cikgu. Dapat jugak berbakti kat cikgu walaupun dapat upah. Hehe. Kalau berminat nak pergi tengok rupa blog ni silalah ke : BLOG CIKGU HANA. Tapi belum ada nota Bio lagi la eh. Cikgu sibuk dan belum berkesempatan nak update. Korang tatap je la hasil aku merepek kat 'entri permulaan' tu. Haha.


Semoga blog cikgu ni nanti dapat jadi panduan dan beri ilmu kat mereka-mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM Biologi. Tapi kena tunggu cikgu update dulu la ye. Hehe.



Bisik-bisik :: Berminat nak upah saya? Jangan malu-malu contact ye. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

Sally Yatiey said...

Cantikkkkk! ;D

zarena heeney said...

cantik..kemas jea tgk
tak sbr nk tggu blog ke dua shah buatkan

faiq said...

bagus2, buat perkongsian ilmu biologi

Shahada Fauzi said...

@Sally Yatiey :: alhamdulillah..terima kaseh..^_^

Shahada Fauzi said...

@zarena heeney :: mekaseh kak..insyaAllah blog kedua akak dalam progress..^_^

Shahada Fauzi said...

@faiq :: tu la..semoga ilmu cikgu saya berterusan dan dapat disampaikan pada lebih ramai pelajar seluruh malaysia..hehe..

Namee Roslan said...

sangat cantik ! :D

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: alhamdulillah..mekaseh namee..^_^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com