Wednesday, 28 November 2012

~'Kata-kata Hikmat' Yang Diterima~

Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah sebulan rupanya aku bergelar tunangan orang. Huahuahua. Macam tak percaya pun ade. Dah sebulan wei! Apa perasaan? Errr...entah la. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasanya eksaited tu dok ada lagi ni. Ceaaaaa..gedik nak mampos pompuan ni. Huhu. (-_-")


Entri untuk rebiu majlis pertunangan aku hari tu pun masih tertangguh lagi kan? Baru rebiu pasal mini pelamin. Punya pemalas nak update. Nanti la aku sambung ye. Ada lagi beberapa part nak review. Hantaran, doorgift, mekap, photographer dan beberapa part lagi. Haishh..banyak jugak tu. Nak kongsikan jugak dengan korang. Tak kire! Lantak la basi pun. Haha. 


Bukannye nak menunjuk ke apa. Cumanya nak berkongsi pengalaman manis dalam diari hidup aku je. Lagipun sebab majlis pertunangan aku hari tu adalah majlis kecik-kecik je. Semua adalah sendirian berhad. Handle sendiri dan famili je terlibat atur semua tanpa melibatkan orang luar kecuali mekap dan masak-masak. Mana tahu boleh jadi panduan kat orang lain pulak. Tu yang nak kongsi tu. Hehe.


Ni apa ni setiap perenggan dok huhu, haha, hehe je aku ni. :P


The flowers and the ring. (^_^)


Sebenarnya nak kongsi dengan korang something ni. Lepas-lepas dah tunang ni kan, macam-macam je la 'kata-kata hikmat' yang aku dapat. Betoi wei. Setiap tindak tanduk aku kan, mesti ada disertai dengan 'kata-kata hikmat' dari orang di sekeliling aku terutamanya famili tercinta. Contohnya macam situasi-situasi seperti di bawah  ni.


Bila aku merancang nak pergi holiday kat mana-mana.

Mak :: Ni nak pergi berjalan ni dah bagitau kat Tun ke belum? Awak tu dah jadi tunang orang. Nak pergi mana-mana tu bagitau la kat die.

** Errr..kena bagitau eh? Ekeke. Risau je mak aku ni. Aku pergi mana-mana memang akan repot kat encik CH punye la. Kang die membebel lagi hebat dari mak aku kalau tak bagitau. Naya!


Masa aku bercuti panjang pergi Johor tempoh hari.

Kakak :: Amboi tunangan orang ni, bergalak sakan die eh.

** Errr..jadi tunang orang dah tak boleh eh nak bergalak dengan kengkawan? Boleh la. Saje je tau kakak aku ni. Jeles le tu kite boleh berjimba dengan kengkawan kite lagi untuk menikmati zaman bujang yang tinggal sipi-sipi je ni. Hehe.


Bila ada kawan lelaki ajak keluar.

Mak :: Jangan mengada nak keluar. Awak tu tunang orang. Kang jadi fitnah. Nak keluar bawak mak takpe!

** Hehe..kemaen risau mak aku masa aku mention kat die bila ada kawan lelaki ajak aku keluar. Jangan risau mak. Anak mu ni memang takkan keluar punye la berdua-duaan dengan lelaki lain. Lagi-lagi tak dapat izin mak dan encik CH. Memang takkan keluar. Sebelum ni pun takdenye aku keluar berdua dengan kawan-kawan lelaki even encik CH kenal dorang. Kalau ada keluar pun, mesti aku bawak teman. Selalunya kazen aku la yang aku usung. Kalau dorang tak bagi aku bawak teman, memang harap maaf la. Aku takkan keluar. 


Time nak pergi kerja.

Mak :: Hati-hati bawak moto tu. Jangan laju-laju. Awak tu darah manis.

** Err..bila dah kena warning cenggitu otomatik terus jadi gadis ayu bawak moto pelan kemaen. Dulu dari rumah nak pegi tempat kerja dalam masa 30 minit pecut boleh sampai. Sekarang 50 minit hoi..Seloooooo sangat! Huhu.


Itu antaranye la. Banyak lagi kalau nak ikutkan. Haha. Tadi pun masa pergi lawat rumah yang tak siap-siap lagi di'renovate' tu, tangan aku terhiris kat besi postbox dan berdarah masa aku jolok tangan nak gagau cari surat. Tetiba mak cakap, 'Haaaa..tu la maknanye orang darah manissss..' Aku pun terus blur. Haha!



Bisik-bisik :: Tetibe rasa macam nak try rasa darah sendiri manis ke idak. Kui3. :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

18 orang bagi nasihat:

fatehamohamed said...

hahahah....samo la kitee..mmg akan dapt jugak kate3 hiknmatnye:p

THE LEKAT LEKIT STORY said...

takde pengalaman jadi tunang orang.. tak tau lak apa rasanya. :D

Zura Zue said...

hahaha..mmg pun sha...kekdg akak jd rimas plak...org gune kan word tunangan org tuk nasihatkan kite...ade baiknye tp kekdg mcm kite nie lupe je...

Sophie Al-Yahya said...

wah, dah tunang? tahniah.. =) =) =)

dah rasa darah sila bagitahu rasa apa.hhihihi..

Aujinz said...

Haa.. dah rasa ke belom darah tue manis ke idok.. koh koh koh...

XD

shafiq said...

haha , darah manis tu tak bule blah , satgi penuh semut duk hurung , haha :P

Namee Roslan said...

best tak jadi tunangan org ?? hehe.kahwin mesti tahun depan ni !! hehe. darah maniss..jaga diri ok.

ParkAir said...

memang banyak pesanan time betunang ni, orang kata banyak dugaan. Alhamdulillah semuanya berjaya ditempuhi, dapat anak sorang dah pun.. :)

zh-ena said...

mmg byk cabarannya bila sudah menjadi tunangan org nie :)

Shahada Fauzi said...

@fatehamohamed :: kan? memang org bertunang semua akan terima kata-kata hikmat kot..hehe..

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: mummy terus jadi bini orang..hehehe...

Shahada Fauzi said...

@Zura Zue :: yes! akak je nampak word TUNANG ORANG tu yang saya cuba sampaikan..hehehe..

Shahada Fauzi said...

@Sophie Al-Yahya :: hehehe..mekaseh sophie..^_^

sampai sekarang ni tak rasa-rasa lagi darahnye..ekeke..

Shahada Fauzi said...

@Aujinz :: belom la wei..tak lalu pulak..rasa macam vampire gitu..hahaha..

Shahada Fauzi said...

@shafiq :: hahahaha..naseb baek kat rumah ni semut takde..:P

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: alhamdulillah..rasa bahagia dan dihargai..tak sia-sia tunggu sampai 7 tahun...:P

insyaAllah tahun depan majlisnye..mekaseh namee..

namee pun dah tak lama lagi nak jadi bini orang dah..ehehe..

Shahada Fauzi said...

@ParkAir :: kan? sebab tu banyak orang berpesan..nak mengingatkan..betol tak?

alhamdulillah ko dah berjaya harungi..dah jadi suami orang dan bapak orang dah pun..lagi berapa puluh tahun jadi bapak mentua orang pulak..hahaha..

Shahada Fauzi said...

@zh-ena :: tu la kak ena..alhamdulillah setakat ni takde lagi dugaan yang hebat2..mudah-mudahan dilindungi dan sentiasa dalam keadaan yang baik2 je..insyaAllah..^_^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com