Monday, 15 August 2011

~Darah Manis. Yummy!~

Assalamualaikum. Hai!


Darah manis yang aku maksudkan ini bukanlah darah kita ni berasa manis ye kawan-kawan. Bukan bukan! Err..tapi darah sebenarnye rasa ape ek? Korang pernah try rasa tak darah tu ape rasa dia sebenarnye? Betul ke manis? Bukan pahit ke, masin ke, payau ke. Atau memang takde rasa? Ntah la. Aku pun tak tahu.


Tapi mengikut pengamatan dan kajian yang aku dah buat (macam propesor pulak), ada 3 situasi yang selalu dikaitkan dengan darah manis ni. Dan situasi-situasi itu ialah :

  • Pasangan dalam fasa pertunangan.
  • Pasangan yang bakal berkahwin (Eh? Tak sama ke macam yang diatas? Tak oke! Lain sangat. Bertunang tak semestinya akan berkahwin. Mana tahu baru 2 3 bulan bertunang tapi pertunangan kecundang di tengah jalan. Ini adalah untuk mereka yang lagi beberapa hari nak kahwin. Paham tak? Tak paham sudah. Huh!)
  • Mereka yang selalu kena serang oleh nyamuk. ;p

Jadi, marilah kita huraikan satu-persatu situasi-situasi yang tersebut di atas ini. Semua ini adalah pengamatan aku semata-mata ye kawan-kawan. Jangan la pergi percaya pulak bulat-bulat. Aku cuma nak menyampaikan buah fikiran aku saje. Ok? Kita mulakan dari point yang terbawah sekali. Meh kita fikirkan bersama-sama.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


* Situasi 1 : Selalu diserang oleh gigitan nyamuk.

Aku pernah la kena tegur oleh seseorang ni masa aku aktif hiking dulu. Kan kena redah hutan masa hiking tu. Dalam hutan pepaham le kan. Nyamuk kemaen ramai lagi berebut-rebut nak menggeget hisap darah. Dan aku antara mangsa yang paling kerap diserang. Lepas tu ade la brader ni cakap, " Hang ni darah manis sangat kot. Sebab tu nyamuk suka."


Err. Aku pun agak blur je masa kena tegur tu. Betul ke? Tapi, bukan ke nyamuk betina je yang suka hisap-hisap darah ni? Adakah nyamuk tu dapat menghidu darah aku macam bau lesbian? Oh tidak! Aku straight to the point ok. Ahaha. Hoi! Melalut pulak aku ni. Kuikuikui. Sebenarnye, nyamuk betina menghisap darah sebab nak cari protein untuk bertelur. Tak kesah darah manusia ke, darah haiwan ke. Memang la die hisap je.  Lagi satu mungkin sebab darah kita ni berasid sangat. Tu la sebabnye.



* Situasi 2 : Pasangan bakal berkahwin.

Macam yang aku explain kat atas tadi la ye situasi yang kedua ni. Pernah dengar tak orang-orang tua nasihat kat bakal pengantin jangan keluar rumah sangat, darah tengah manis tu, takut musibah berlaku. Pernah tak korang dengar berita, esok bakal bernikah tapi hari ni eksiden dan meninggal ketika eksiden. Takpun koma atau mengalami kecacatan kekal yang teruk. Pernah kan? Betul ke situasi ni ada kaitan dengan darah manis? Rasa-rasa logik tak?


Berkongsi pengalaman kakak dan adik aku masa dorang nak kahwin dulu. Memandangkan kami dah takde ayah, semua kena urus sendiri. Pergi pejabat agama naik turun mahkamah untuk mohon wali hakim sebab takde waris dari sebelah arwah abah yang boleh jadi wali memandangkan beliau anak tunggal dan mualaf. Pergi sana sini ke hulu ke hilir cari persiapan untuk kenduri. Segalanya yang berkaitan kena urus sendiri. Boleh bayang tak?


Jadi, istilah bakal pengantin adalah berdarah manis tak boleh keluar rumah takut ditimpa musibah DITOLAK ke tepi sama sekali dalam situasi kami adik beradik. Dan alhamdulillah, pernikahan kakak dan adik aku berjalan lancar dan tiada sebarang musibah berlaku dengan izin Allah. Ye kawan-kawan. Semuanya adalah dengan izin Allah. Bukan kerana darah manis ye.


Tapi, kalau berlaku musibah tu mungkin dah tersurat dan ketentuan Allah SWT. Mana tahu sebenarnye itu mungkin bukan jodoh ke. Jadi Allah turunkan musibah dengan cara itu. Mungkin juga Allah nak uji hambaNya tersebut sama ada boleh terima ketentuan Allah itu dengan redha atau tidak. Dan mungkin juga memang qadha dan qadar pasangan tu meninggal atau mengalami kecacatan dengan cara eksiden itu pada hari bahagia dia. Banyak kemungkinan kan? Dan hanya Allah saje yang tahu apa sebabnya. Jadi sila jangan salahkan takdir Allah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.






* Situasi 3 : Pasangan dalam fasa pertunangan.

Baiklah. Kita dah sampai kepada point paling hangat yang selalu orang persoalkan. Hmm. Aku sendiri pun musykil sebenarnye kenapa bila bertunang je mesti dikaitkan dengan istilah "darah manis". Adakah masa tempoh pertunangan tu darah kite tetibe otomatik bertukar jadi rasa manis? Teringin pulak nak pergi rasa sikit darah orang bertunang ni. Betul ke manis? Haha. Dah rupa macam vampire lak nak rasa-rasa darah. Gila kot aku ni. Ish ish ish.


Tapi, apa punca sebenar yang menyebabkan wujud istilah ni ye? Orang cakap, sepanjang tempoh pertunangan ni akan datang pelbagai dugaan yang menguji keutuhan cinta. Masa bercinta bukan main loving couple ailebiu ulebme. Orang sekelilling yang memandang pun ada yang rasa sweet ada yang rasa jengkel. Dah asyik menunjuk sangat ke'loving'an tu. Sampai la saat nak melangkah ke alam pertunangan pulak. Jeng jeng jeng! Masa inilah yang klimaksnye. (Oit! Jangan fikir yang bukan-bukan oke!)


Baru 2 3 bulan bertunang tetibe rasa pasangan dah tak serasi. Ailebiu ulebme pun dah macam tak wujud lagi. Asyik bercakaran tak henti-henti. Semuanya rasa tak kena itu dan ini. Dan tetibe time ni la ramai yang mengejar sebab nampak berseri-seri. Paling best, diam-diam ade pasang satu lagi. Konon teman nak kongsi masalah yang dihadapi dan rasa hati. Kemudian tanpa disedari terkantoi sendiri. Akhirnya pertunangan pun terputus tak boleh dipatri kembali. Eh? Macam pantun pulak semua ayat ada perkataan 'i' dihujung. Kuikuikui. Tapi itulah yang selalunya berlaku kan? Betul tak?


Dan inilah yang dikatakan 'darah manis' orang bertunang. Orang tua cakap memang dugaan orang bertunang ni hebat. Kalau tak kuat memang boleh kecundang. Kata orang lagi, masa tempoh pertunangan ni la nak kenal hati budi pasangan sendiri sebab masa bercinta selalunya tak nampak perangai sebenar. Bila dah bertunang baru nampak segala buruk si pasangan. Masa inilah boleh decide nak ke fasa seterusnya atau tidak. Takut kalau tak bertunang nanti tak nampak perangai sebenar dan menyesal bila dah berkahwin.


Tapi entah la weh. Mungkin ada betulnye mungkin jugak tidak kata-kata orang tu. Bab bertunang ni, nanti la aku bincangkan di entri lain. Sekarang kita cakap pasal darah manis. Hmm. Betulkah semua kekacauan yang berlaku dalam tempoh pertunangan adalah disebabkan oleh darah manis? Di manakah logiknye? Bagi aku, berbalik semula lah kita pada basic. Sebagai seorang Islam kita harus yakin semua yang terjadi telah diaturkan dengan teliti oleh Allah SWT dan ada hikmah disebaliknya.


Mungkin si tunang tu bukanlah jodoh kita sebenarnye. Mungkin juga Allah nak menguji. Eh? Macam sama lak dengan point situasi kedua di atas. Ehehe. Lebih kurang la tu kemungkinan-kemungkinan nya. Jadi kita kena la terima segala dugaan yang berlaku itu dengan hati yang terbuka. Yakin dengan perancangan Allah SWT buat diri kita. Kan orang selalu cakap, 'kita manusia hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya hanya Allah SWT'. Pernah dengar kan?


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Kesimpulannya, darah manis ke, darah pahit ke, darah masin ke, kalau dah semua tu nak terjadi memang jadi la ia dengan kehendak Allah. Takde kaitan pun dengan rasa darah ye kawan-kawan. Darah manis itu adalah perumpamaan atau peribahasa yang dicipta oleh orang tua dulu kala. Maksudnya mudah mendapat bahaya atau kecederaan yang selalunya dikaitkan dengan orang yang bertunang. Kalau tak percaya cuba korang pergi semak kamus peribahasa.


Peribahasa ni wujud mungkin sebab pengalaman orang dulu-dulu yang banyak mengalami masalah dalam tempoh pertunangan mereka. Kan2? Jadi, jangan taksub sangat percaya semua yang terjadi sebab darah manis oke. Lari akidah nanti. Berdosa tahu!



Bisik2 :: Darah aku bukan darah manis kot. Darah aku darah A. Lari topik! Kuikuikui.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 orang bagi nasihat:

izwanyusof said...

ada ek nyamuk lesbian..hahaha
darah sy O,pernah rasa tak manis pun..hehe..
bertunang memang mencabar..silap2 macam nora elena kott..

♥CIK SHA♥ said...

izwanyusof ::

uik?pernah rasa darah?errr..tak loya tekak ke?

a'a ek..tetibe teringat cerita nora elena..kuikuikui..

aceDultraman said...

pernah mengalami benda nie... sebenarnya rumusan kenapa manusia berubah sikap masa tempoh bertunang ialah sebab... jeng jeng jeng...


rasa telah berada dizon selesa.. manusia selalunya akan bertindak dengan karakter sebenar pada keadaan yang dia rasa selamat dan kena dengan diri...

bila bertunang.. selalunya akan wujud perasaan.. ala.. dia dah hak aku dah.. orang lain tak leh kacau lgsg.. jadi... [sambung sendiri.. sbb selalunya mentaliti macam nie yang mempengaruhi perubahan sikap]..

dan selalunya jugak... manusia akan makin kurang menghargai benda yang sudah menjadi miliknya... kebanyakkan manusia gitu.. sbb tu jugak orang tua2 pesan jangan tunang lama2... "penghargaan" yang biasa didapati semasa bercinta akan makin berkurangan semasa bertunang... (aku bercakap berdasarkan majoriti manusia.. jarang2 manusia yang terkeluar dari kebiasaan nie)..

jadi..... inilah antara benda yang dimaksudkan dengan darah manis.. orang tua2 dulu2 mungkin tak pernah kenal ilmu psikologi.. jadi depa cipta istilah/perumpamaan/peribahasa macam nie utk mencontohkan pada orang lain pengalaman dan pengamatan depa... jadi... aku setuju dgn ulasan last hang... darah manis nie, bukan ikut zahir ayat.. tapi sebuah istilah simbolik.. yang penuh dengan maksud tersirat..

Frause said...

semuanya permainan minda jer tu...

embun d tengah malam said...

bagi saya darah manis tu macam permulaan hidup yang baru

Einaz Shah Rizal Thomas said...

maniS macam madu ;D

sifu im said...

a ah klu baru nk kwen msti fmly x bgi pompuan kuar umh..sbb org ckp darah manis..hantu suka la isap darah manis..haha

ParkAir said...

komen acedultraman tu wat aku termenung jap.. tak lama dah aku ni.

Khuzrin Kamarudin said...

Orang tua-tua kalau bercakap... ada asasnya... hehehee..

yang penting aku ni darah pendekar... hahaha... mengarut...

My MiRa said...

huhuhuhuhu


mira singgah sini ya

cik tehaa said...

mmg awk rajin mnulis! hehehe..

sy pun darah manis kot.. asal malam je nyamuk dtg menjengah! grrrr~~

Kumbang Jingga said...

bila lah darah aku nk manis ni hehehe

Anonymous said...

betui la. masa bertunang memang kena banyak bersabaq. kadang-kadang benda kecik remeh temeh saja pun boleh jadi punca nak kelai. kuncinya ialah kita kena kawai emosi sendiri dan jangan biaq minda kawai kita. setan memang suka rosakkan hubungan yg halal.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com