Monday, 12 September 2011

~Terpaksa memandulkan kucing kesayangan~

Assalamualaikum. Hai!


Pada 11-3-11 yang lalu, kucing aku telah melahirkan 4 ekor cucu buat aku dan menjadikan aku seorang Nenek Yang Hot! Bhahaha. Tapi tak sampai beberapa bulan, beliau telah mengandung lagi. Sabo je la. Mentang-mentang la muke comel, asyik kena ngorat dan dirogol je die. Haishh! Disebabkan itu, pada 23-7-11 lahirlah lagi 4 ekor cucu untuk aku. Menjadikan jumlah cucu-cucu aku sekarang 8 ekor kesemuanya. Ramainya cucu aku!


Ini bermakna kat rumah aku sekarang ade 9 ekor kucing yang aku bela. Mak oi..ramai sungguh! Dah macam pusat jagaan kucing-kucing pulak. Ahaha. 4 ekor cucu yang first dah besar-besar dah sekarang ni. Dah same besar dengan mak depa. Yang 4 ekor cucu kendian tu sekarang dah berusia 7 minggu. Nakal yang amat. Tapi comel-comel. Yang kali kedua ni, aku dapat cucu baka parsi 2 ekor. Walaupun bulu hitam janji parsi. Hoyeah!


~Cucu pertama :: CikTam, CikDa, CikTi dan CikSu~



~Cucu kedua :: Tenet, Bella, Mimi dan Comel~


Itulah cucu-cucu aku. Maaf la aku memang tak kreatif bab bagi-bagi nama kucing ni. Tu pun aku dah pening-pening sampai seminggu fikir nak bagi nama apa. Dah la ramai pulak tu. Tibai je la asal ade nama. Aku pun tak tahu la kenapa dengan taste kucing aku ni. Anak-anak die semua berbulu gelap-gelap. Haha. Mungkin sebab die berbulu putih kelabu kot. Jadi sebab tu die cari suami-suami yang berbulu gelap gamaknye. Takpe la. Asalkan cucu-cucu aku semuanya comel-comel. Itu yang penting. 


Sebenarnye, entri kali ni aku nak share pengalaman aku pergi memandulkan kucing-kucing betina aku. Kucing-kucing belaan aku majoritinye betina yang mana dari 9 ekor tu, ade 6 ekor betina dan hanya 3 ekor jantan. Jadi untuk mengelakkan populasi makin bertambah dan takut aku tak mampu nak bela ramai-ramai, aku terpaksa memandulkan kucing-kucing betina aku. Yang jantan aku takkan mandulkan dorang. Biar le dorang nak rogol mane-mane kucing betina pun. Haha.


Untuk fasa yang pertama, aku bawa 2 ekor dulu, si ibu (Cik'Ah) dan anak yang ke-3, CikTi. Untuk fasa berikutnye giliran anak yang ke-4, CikSu pulak. Yang baby-baby tu dah besar nanti baru aku bawak. Jadi pada pagi Khamis lalu (8-9-11), aku telah bawa Cik'Ah dan CikTi pergi kasi kat pejabat veterinar. Kesian memang kesian. Tapi aku terpaksa memandulkan dorang. Cukup la aku bela 9 ekor tu. Aku taknak la terabai kebajikan dorang. Berdosa aku nanti.



~Kadar bayaran yang dikenakan Pejabat Veterinar~


Sebelum hari pembedahan tu, Cik'Ah dan CikTi dipuasakan dulu selama lebih dari 10 jam. Malam sebelum hari pembedahan aku dera dorang tak bagi makan dan minum. Terpaksa la. Doktor veterinar yang aku buat appointment tu yang pesan. Sebab perut kucing harus kosong semasa nak jalani pembedahan. Kata die takut terjadi tragedi tak diingini yang menyebabkan kematian kalau dorang tak dipuasakan. Ngeri aku dengar. Uhuhu. 


Tapi walaupun perut dorang kosong, lepas pembedahan tu Cik'Ah dan CikTi tetap muntah-muntah. Efek ubat bius gamaknye. Pagi tu je la dorang muntah-muntah. Petang sikit, dorang nampak stabil dah sikit. Alhamdulillah. Cuma kesian pulak aku tengok dorang time lepas kena bedah tu. Macam mabuk-mabuk kucing je. Pening kot kesan bius. Ehehe. 


Ni dah hari ke-5 aku pantau dorang. Bagi makan ubat (payah benau nak suap) dan sapu ubat kat luka pembedahan. Risau jugak aku dorang terkena jangkitan kuman ke ape kan kat luka pembedahan tu. Mana tahu dorang pergi gigit ke jilat-jilat ke. Seriau! Aku taknak la dorang saket pulak. Cukup la saket kena bedah. Itu pun aku dah nanges tengok keadaan dorang. Jangan la dapat jangkitan penyakit lain pulak. Aku sayang kot dorang. Wuu.


Doktor kata lepas 10 hari datang balik ke pejabat veterinar untuk buka benang jahitan. Minggu depan la aku kena pergi bawak dorang. Hari ni pun aku tengok dorang dah aktif sikit. Pantang lepaskan dari kandang sebab aku nak bersihkan, terus melompat-lompat macam tak saket. Sabau je la. Sebenarnye, kucing lepas kena kasi harus dikurung dan dikuarantin ye kawan-kawan. Tak boleh bagi dia terlalu aktif. Takut tempat bedah tu terbuka balik. Uhuhu.


Tapi alhamdulillah la semuanya berjalan lancar. Lepas ni giliran CikSu pulak. Dah ade pengalaman merawat kucing lepas kena bedah ni senang la sikit aku nanti untuk kucing-kucing yang seterusnya. Bukan la aku nak bertindak kejam sebab menyekat nafsu dorang untuk beranak. Tapi aku nak mengelakkan daripada kes buang-buang anak kucing sebab tak mampu jaga. Lagi berdosa buat macam tu. Dari aku terjebak dengan kes buang anak kucing baik la aku kasikan dorang dan bela dorang je. Ini pun dah cukup ramai tau tak?


Bisik2 :: Mengkasikan haiwan kesayangan hukumnya adalah HARUS dan tidak berdosa. Jadi jangan salah faham ok?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

23 orang bagi nasihat:

starzieti said...

alahai, comelnye anak2 kucing tuh sume. mahalnye kos nak mandulkan. ehe.

Farah ejart said...

sha.. ape beza ovariotomy dgn ovariohysterectomy? payah benor nk menyebutnye~hikhik..

Faez Rusni said...

comeynya kucen2 nie..kesian..tp memang kene mandulkna..kalo tak asek beranak je..macam kucing saye..seekor betina pon da tak larat nak controll

♥CIK SHA♥ said...

starzieti ::

mahal kan? tapi kire ok la jugak sebab kat klinik haiwan swasta lagi mahal..sampai ratus2..huhu..

♥CIK SHA♥ said...

ejart::

tu le kan? payah beno nak nyebutnye..hehe..

sha pun tak pasti la ejart..doktor tu takde pulak explain..gamaknye yg ovariohysterectomy tu kucing yg kena barah rahim kot..*mandai jek* haha..

Qi Naqia said...

alala.. comel2nyeee kucing2 kamu.. nak kidnap boleh? hehe. (kidding :p)

Zulfikar Hazri said...

1st time dengar pengalaman mcm mana mandulkan kucing, kucing betina lak tu...

banyak dah cucu ko kan...raya ko ade belikan baju raya tuk dorang tak?

Namee Roslan said...

hehe sama macam cat saya. nk hantar mandul gak sbb asyik beranak je plus kucing saya tu pesakit cancer. so bila dia beranak dia tak blh jaga anak dia. dia tak larat. tp xla mahal pun nk mandulkan. ada org kata dosa mandulkan? tp rasanya tak kan? sbb kita nk help binatang,

Saiazuan said...

leceh an bela kucing betina ni

aniki said...

sian giler mandul..nanti dah besar mesti dia frust..

nazirulhazwan~ said...

tau tak satu fakta yang jelas, memandulkan binatang yang halal dimakan adelah harus manekala memandulkan binatang yang haram dimakan adelah haram:)

bukan nak mengajar tp bgtahu:) maaf yer, selamat hari raye.hehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...

btl tu dr dibuang elok di kasikan. kita pun byk kucing.. pernah berpuluh ekor tp dah mati byk.. skrg ada belas eko je kot kt kg

eiela said...

comelnya,,saya pun baru balik bawa kucing dr jumpa doktor hari khamis lepas, kena langgar pinggulnya patah tapi takleh simen.

BeloG MTT said...

Alahai chomelnyaa kucing kucing kamu.. :)

Kumbang Jingga said...

kucing pun kena posa sebelum operate hehe

yad'z said...

suke tengok kucing je.. tapi tak geti nak bela.. ^^

Heidi Shafiq said...

klu xnak anak kucing pls bg kat aku.. serius ni..

ParkAir said...

aku nak mandulkan kucing aku sayang pulak sebab baka parsi, tapi kesian sebab kurus menyusukan anak beliau.

Anonymous said...

salam,

saya pernah membawa kucing untuk dimandulkan di klinik veterna tetapi tak boleh kerana kucing mesti dibuat suntikan vaksin terlebih dahulu senayak 2 kali... apakah perlu kucing yang hendak dimandukan perlu mendapatkan suntikan vaksin.... adakan kucing anda sebelum dimandulkan.

Anonymous said...

Hadis mana kau baca?

Yana Ana said...

salam..nak tnye skit..kcing 2 lepas kne kasi dye jd lemah x...sbb ada org ckap kalau kasikan kcing 2 ..dya jd x ktahuan(bodo)

Sandchild Kage said...

Kau saja nak kasi org rasa berdosa kan? Kau ingat aku suka-suka ke nak buat? Aku terpaksa. Dah sampai 9 ekor cucu aku tak termasuk mak dia. Lagipun bukan nya aku sendiri pandai2 kasi guna pisau lipat. Aku serahkan pada yang pakar yakni doktor haiwan. Buang kucing lagi kejam. Lepas kau dah bela bertahun, dan dan kau nak buang. otak letak kat muke...

Sandchild Kage said...

Lain kali, kalau tak tahu & tak pasti jangan banyak bunyik boleh? Kau belajar kasi khatam dulu baru kau berbunyi.Biar pasti. Kau,memang meminta kau ni.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com