Saturday, 12 March 2011

~Nenek HOT! Woohoo..~

Assalamualaikum!




Siapakah yang bergelar 'Nenek HOT' itu? Kui3. Tajuk entri tak menahan. Sebenarnye, aku le 'Nenek HOT' tu. Aku dah jadi nenek weh! Dah tua rupanya aku. Uhuk2. Err..bukan memang aku ni dah tua ke? Tak sedo diri cenggitu le. Perasan muda doplohpat jam. T_T



Untuk pengetahuan semua, anak aku dah selamat melahirkan anak-anaknye pada 11-3-11 iaitu tengahari semalam. Dia bagi 4 ekor cucu kat aku. Bhahaha. Ramai gila cucu aku. Sekelip mata dapat 4 ekor cucu. 2 ekor betina 2 ekor jantan. Dah jadi mommy anak aku. Entah siapa le bapak bebudak 4 ekor tu. 4-4 ekor ikut keturunan bapaknye. Takde langsung ikut maknye. Mak bulu kelabu asap. Dapat anak bulu hitam berasap. Bhahaha.



*Masa tengah peknen*




Kazen aku yang jadi bidan semalam. Aku kan kerja. Padan muka beliau. Balik2 dari Johor terus kena jadi bidan. Hek3. Tahu cuak tengok kucing beranak. Terketar-ketar suara nak menangis cakap phone dengan aku. Kucing aku tu manje sikit. Beranak pun nak orang temankan. Mahu taknye, berak kencing die tetiap hari aku temankan. Nak beranak mesti la die nak ada orang teman jugak. Patut la hari Khamis tu manje semacam je dengan aku. Rupanye dah nak beranak esok harinye.



Nama bebudak 4 ekor tu belum difikirkan lagi. Kazen aku bagi nama pelik kemain. Ada ke nak bagi nama sentimeter, milimeter, kilometer, mikrometer. Bapak pelik. Takmo ah. Tak comel langsung nama cenggitu. Nanti la aku cari nama comei2 sikit. Hehe. Ke korang ada idea nak kasik kat aku?



*Cik'ah dan anak-anaknye*




Sayang betul kucing aku tu dengan anak2 die. Walaupun itu 'anak haram' bak kata mak aku, sebab die tak kawen dan tak tahu sape bapak bebudak tu yang telah 'menoron' maknye. Haha. Apa la mak aku ni. Dengan kucing pun nak berkira. Tapi betul tau. Aku tengok die jaga betul anak2 die. Semalam die marah mak aku p usik anak die. Aku bawa die p wat urusan kat jamban die. Masuk2 rumah terus terpa kat kandang sebab nampak mak aku dok belek2 anak2 dia. Sayang sungguh.



Kucing pun pandai sayang anak. Manusia? Ada yang sanggup buang anak. Malu sebab anak haram kononnye. Tahu pulak malu. Sekalipun itu anak haram janganlah p buang2. Budak tu tak bersalah. Taknak, p la hantar kat rumah kebajikan ke, bagi kat orang ke. Masa nak 'sedap' tu tak fikir pulak natijah dari perbuatan zina tu. Dah dapat 'hasil' senang2 pulak nak buang. Haishh. Tapi orang sekeliling pun sama jugak. Disebabkan pandangan masyarakat jugak la terjadinya kejadian buang anak ni. Mak bapak yang buat dosa, tapi kesannya kena kat anak tak berdosa tu. Kesian.



Ntah la weh. Aku ni nak cakap pasal benda ni pun, aku bukan bijak nak berhujah. Setakat bagi pandangan sikit2 tu boleh la. Semoga Allah melindungi diri aku dan kamu2 semua dari melalukan perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri. InsyaAllah. Jaga diri eh kawan2. Ok la. Aku nak p belek cucu-cucu aku sat. Teruja! Comel tahu tak. Hehe.



Bisik2:: Dapat cucu kucing, arnab kesayangan aku, Snowy pulak yang meninggal. Huuu.T_T

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

18 orang bagi nasihat:

lavender harum wangi said...

haha comel~ sekor pun xikut mak dia.. :D

meaw said...

cehhhhh,tak buleh belah asunggggg,ingat dapat anak toi, btw,meaw penah tengok cane kucing beranak..mmg menyeksakan.....

AiDa AzRyN said...

wah! dah ada cucu ye... haha.. XD

Cik Nathrah said...

yes. sekali pandang da tau bapak dia adalah seekor kucing berwarna kelabu. hikhik

ahmad endo said...

rasa nak mintak seekor lah...hehehe

touya said...

Nenek ! Nenek ! " Masa nak 'sedap' tu " apa Nenek ?

Mana si bapa kucing yang bertanggungjawab nie !!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

eeee....geli tgk anak kucing huhuhu...


penakut sket dgn kucing ni

Park Air said...

Ko nak bela suma ke, atau sedekah kat orang?

♥CIK SHA♥ said...

lavender harum wangi::

comel2..hehe..bulu tak ikut mak tapi ekor die sebijik mak..ekor bengkok..kui3..

♥CIK SHA♥ said...

meaw::

ehehe..anak kucing saye lo..bukan anak betoi..mude lagi ni ha..kawen pun belom..camno nak ade anak..lagi la nak ade cucu manusia..hek3..

seksa kan tengok kucing beranak..sian..dia dok keriau2..sakit la tu..

♥CIK SHA♥ said...

aida azryn::

ahahahaha..cucu kucing..;p

♥CIK SHA♥ said...

cik nathrah::

kui3..tu la..sian takde langsung bulu macam mak die punye kaler..

♥CIK SHA♥ said...

ahmad endo::

err..takbleh2..aku sayang sume..bhahaha..tamak!

♥CIK SHA♥ said...

touya::

hoi..panggil nenek tu pelan2 sket..ahahaha..


err..err..maaf la cu..nek pun tak tahu "masa nak 'sedap' tu" apa dia..tu bahasa moden orang sekarang..nek kan veteran punye orang..bhahaha..sengal!


aku tak tahu la sape bapak bebudak ni..sian depa..bapak tak mithali betul..pandai buat anak je..pastu lari..kui3..

♥CIK SHA♥ said...

GKSB::

kui3..geli ek?comel la anyss anak kucing..kiut je..geram..rase macam nak picit2..

♥CIK SHA♥ said...

park air::

tak tau la weh..aku ingat nak bela semua..tapi mak aku dah warning..takmo byk2 kucing kat rumah..die suh sedekah kt orang..huwaa...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

salam ziarah dan folo blog ini..semoga cik belog sihat walafiat dan ceria2 selalu :-)

Zura said...

teringat kucing akak dulu...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com