Wednesday, 3 November 2010

~Petua nak cepat kahwin..Sila makan Sireh Hantaran..~

Dalam aku dok berangan-angan konon2 nak buat bajet untuk kawen dari sekarang ni, tetibe aku teringat kata-kata mak angkat aku masa kenduri nikah adik angkat aku bulan lepas. Eh? Apa jadah aku berangan pasal bajet kawen ni? Macam la esok nak kawen dah. Haha.



Takde la. Sebenarnye aku fikirkan bagi pihak encik CH. Sebelum aku ajukan pada beliau aku kena kaji dulu keberkesanan rancangan aku tu. Saje untuk memudahkan beliau mengumpul duit. Aku target nak kawen paling lewat umo doplohsemilan. Jadi ade la dalam 3 tahun lagi kot. So mengikut perancangan bajet kawen aku ni, tiap2 bulan beliau kena simpan sedikit dari duit gaji beliau untuk cukupkan nak kasik kat aku nanti. Wahaha. Berangan~~


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




*Amik2 makan sorang selai..Hahahaha..*




Berbalik kepada kata-kata mak angkat aku tu semula. Kisahnye pasal tepak sireh yang pihak lelaki kasik masa meminang tu la. Sebelum kena pulangkan balik kat pihak lelaki, pihak perempuan kena pastikan dah ambil daun sireh, kapur dan buah pinang yang ade dalam tepak sireh tu. Lepas mak dah ambil, dia suakan pada aku suruh aku makan. Katanya bagi cepat sikit kawen. Huhu. Sadis betul rase time tu.



Mak : Haa..Kak Shada! Ambik ni makan.
Aku : Alaaaa..Taknak la mak. Tak sedap. Nak watpe la makan?
Mak : Adik2 dah lepas. Along dah anak satu. Angah baru tunang. Tahun depan syikin pulak. Kak Shada bile lagi?
Aku : Erk?? Hehehe. Ala mak. Relaks la dulu. Mude lagi ni. Calon ade dah. Masa je belum lagi. (Terkedu sambil terkulat-kulat nak menjawab. Kui3.)
Mak : Ye la tu. Ade je alasan.



Keh keh. Maaf la mak. Anak angkatmu yang sorang ni memang cenggini. Ada je alasan nak bagi kalau nak ngelat. Mak suruh aku makan jugak sireh tu. Tapi kata dia ambil sireh tu senyap2 pastu g la nyorok mane2 makan. Jangan bagitau kat orang. Nanti tak mujarab. Macam2 la petua orang2 tua ni kan. Tapi aku tak makan pun. Aku biar lama sikit pastu konon2 buat2 lupa. Jadi terlepas la. Tak payah makan. Wahaha.



Betul ke kalau makan sireh dari hantaran pertunangan ke, pernikahan ke boleh bagi cepat kawen untuk anak-anak dara yang masih belum bertemu jodoh?? Boleh pakai ke mitos ni? Eh..ni mitos ke? Hahaha. Banyak la sangat mitos aku ni ha. Yang ni dah ketiga kot. Dulu aku cakap mitos pasal jadi pengapit dengan kes bagi baju. Kali ni pasal sireh pulak. Lepas ni nak buka segmen mitos la. Kui3.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



Pada aku la kan, takde maknanye kalau makan sireh tu boleh kawen cepat. Kalau dah belum jodoh, makan la sireh tu berhelai-helai pun takdenye kawen la. Semua tu urusan Allah. Dah sampai jodoh kawen la nanti. Aku dulu2 ade la terpengaruh sikit2. Masa tu baru habes sekolah. Bendul lagi walaupun dah umur sembilanblas baru abes STPM. Kui3. Pergi kenduri orang sebok masuk bilek pengantin nak amik sireh.



Time aku belajar universiti dulu pun walaupun ade rase tak relevannye, tapi demi menjaga hati kawan2 aku yang kawen masa tu aku amik la selai makan. Rasenye dah berhelai-helai la jugak aku makan kot. Idok pun kawen2 lagi. Pasai pa? Oh! Mungkin aku terlanggar pantang kot. Nak makan sireh tu kan kena curik2 kena senyap2. Tak boleh orang lain tahu. Yang aku p amik makan terang2 depan orang. Siap uwek2 kata tak sedap. Agaknye sebab tu la kan? Hahaha.



Kesimpulannya, jodoh pertemuan tu di tangan Allah. Sampai masanya, bersatu la kita dengan jodoh yang dah ditentukan untuk kita. Tak payah la nak kalut2 makan sireh la ape la. Yakin dengan janji Allah. Setiap dari kita ada pasangannya. Allah ciptakan semua ada pasangan masing2. Sabar dan tawakal pasti ketemu yang berpadanan dengan kita. Itu janji Allah.



Bisik2 :: Ada jodoh pasti tak ke mana. Jodoh tu pasti akan datang pada kita walau macam mana sekalipun keadaan. Macam mana kita, macam tu jugak jodoh yang akan jadi pasangan kita. Ibarat melihat cermin. Pasangan kita adalah cermin diri kita sendiri.

*gambar ihsan abang gugel.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

Anna Boleyn said...

biasa lah orang2 tua mesti banyak petua and pantang larang nya. tp ada jugak yg kadang2 betol.

yep yep..jodoh tukan ketentuan ALLAH. sabar je lah. akan sampai jugak masa tu nanti klu dah betol jodoh cik sha denga mr CH kan. :)

FarhanaDr said...

Hehehe.. Housemate saye makan sireh junjung ni aritu.. Sikit je tapi, wat syarat.. Tahun depan bulan 6 insyaAllah dia kahwin.. :)

Anna Boleyn said...

cik sha, header cik sha cantik. jom join ni :

http://www.hanalovenest.com/2010/11/pertandingan-header-tercantik.html

klu ada masa join la eyy. :)

♥♥Cik_Mar♥♥ said...

klu camtu nnti kakak cik mar kawen nk mkn r sireh 1~~hehe tp de org ckp amik 1 benda kt umah pengantin senyap2 dan simpan.insyaallah smpai la jodoh.tp ntah la...

AyuE SurihanyOt said...

aduhh kena cepat makan sireh kawen ni..haha

Zura said...

ade org menjasi sha..tp akak pnah cube sekali je..that y smpai skrg xkawin2 lg kot..haha

Syafrizal said...

sireh elok sebagai ubat basuhan wanita...
bila nak awet muda
kena keluarkan asid dan toksik dalam badan
ramai orang perempuan tak jaga

Anonymous said...

ekceli bulan lepas aku ada la gi rmh member dia bertunang.. pastu aku mkn le sirih dia.. tup2 drpd takdak balak tiba2 aku dpt dua org balak sekaligus pd bulan yg sama.. sorang tu skg ni dah sebok ajak aku kawin... peninggggg



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com