Sunday, 28 April 2013

~ SIMBS Part 6 : Sesi Penjagaan Inner Beauty ~

Assalamualaikum. Hai!


Entri ni adalah sambungan untuk event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti" yang tertangguh. Tinggal lagi 2 part. Kali ni aku nak cerita tentang sesi terakhir dalam event tu. Sesi paling enjoy sebab boleh main 'masak-masak' tapi tak guna api. Hehe. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Nurul, pakar nutrisi dari sebuah hospital swasta.


Banyak yang aku belajar dalam sesi ni. Tentang pemakanan yang baik untuk kulit dan diet seimbang untuk kesihatan tubuh badan. Kalau tak, aku ni main hentam je makan. Mana la badan tak bambam. Haha. Bila dah dapat penerangan dari Puan Nurul baru la rasa macam terhantuk kepala. Sekarang dah mula start jaga kalori pemakanan walaupun kadang-kadang terbabas jugak. Hehe. Biasa la tu. Nafsu makan ni kadang-kadang taknak bagi kerjasama. :P


Lepas tu, Puan Nurul ada bagi penerangan tentang kebaikan makan sayuran dan buahan. Banyak kolagen dan vitamin sebenarnya dalam sayuran dan buahan. Semulajadi lagi. Terus dapat direct je tak payah susah-susah nak telan pil-pil. Kui3. Terasa jugak aku masa tu. Gigih telan pil vitamin macam-macam tapi sayur dengan buah malas nak makan.


Err..bukan tak nak makan. Aku suka makan sayur dan buah, tapi jarang sangat makan. Malas nak pergi membeli sebenarnya. Lepas dari event ni kan, terus rasa hari-hari nak kunyah buah dan makan sayur. Punya la nak kulit cantik halus mulus. Hak3. Macam la baru makan sekali dua terus dapat kulit cantik. Perangai pelik-pelik betol. :P


Itu dia Puan Nurul tunjuk muscle kat tangan beliau. Haha. :P


Aku geng dengan Cik GKSB. Kami jadi tumpuan semua masa tu. Kih3.


Hasil 'air tangan' kami berdua. Nyummmsss. Sedapppp!


Bergambar dengan Puan Nurul. (^_^)


Menurut Puan Nurul, kulit yang cantik adalah dari hasil pemakanan kita juga sebenarnya. Kena jaga dari dalam, barulah terserlah di luar. Kalau kulit dah cantik, dah tak payah pakai mekap pun nampak cantik je muka. Natural beauty gitu. Jadi mulai sekarang, marilah kita sama-sama jaga pemakanan dan rajin-rajin makan buah-buahan dan sayuran. Okay! Kemain lagi Shahada ni. Semangat betol 'berkempen'. Hehe.



Bisik-bisik :: Saya menyokong Natural Beauty! *tetiba* :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

0 orang bagi nasihat:



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com