Monday, 22 April 2013

~ SIMBS Part 5 : Sesi Outer Beauty bersama Fair & Lovely ~

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni sedikit lemau kat opis. Tambah-tambah dah petang gini. Biasa la tu hari Isnin. Kui3. Jadi nak curi masa jap update blog. Nak selesaikan tulis pasal event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti" tu. Ada lagi beberapa part. Part 5 ni aku cerita tentang sesi penjagaan wajah pulak eh. Orang pompuan suka la benda gini kan? 


Haaa..nak jaga outer beauty ni bukan senang tau. Banyak benor kecerewatan nya. Kekadang aku pelik gak. Apsal la orang pompuan ni bab nak jaga muka sikit punye la rumit. Laki senang je. Hentam! Haha. Sebenarnya bukan apa. Sebab pompuan ni kan teliti. Lepas tu nak kelihatan cantik doplohpat jam. Itulah sebabnya. Betul tak?


Untuk sesi ni, Miss Cindy yang handle. Jurumekap profesional beliau ni tau. Dah berpuluh tahun jadi jurumekap. Exactly berapa tahun tu tak ingat pulak. Hehe. Banyak sangat tips yang beliau share. Dari cara nak cuci muka, cara pakai krim pelembab/siang, cara mekap yang betul dan macam-macam lagi la. Sangat berinformasi. Bagi aku yang memang jenis tak mekap dan semberono je jaga kulit muka yang berkerak ni, sesi ni sangat bagus jugak la. Banyak ilmu aku dapat.


Itu dia miss Cindy sedang memberikan tips. (^_^)


Sebelum mulakan sesi ni, Miss Cindy tanya semua blogger yang ada kat situ berapa barang mekap yang ada dalam beg tangan masing-masing. Lepas tu kami diminta untuk keluarkan semuanya. Blogger-blogger lain semua pakat kelam kabut korek beg tangan memasing keluarkan barang mekap yang dorang bawak. Aku? Duduk keras kematu sebab aku takda satu pun barang mekap. Haha. Serius. Aku sorang je yang takde. Yang lain semua pakat bawak. Sob sob. Nak buat camne. Aku memang bukan jenis pakai mekap. Muka togel je. Setakat tempek bedak baby kat muka. Err..pompuan jenis ape tah aku ni. Haha.


Baiklah. Ni aku nak share tips yang aku dapat masa tu. Tapi tak semua yang aku ingat la. Harap dapat bagi manfaat jugak la kat pembaca-pembaca blog aku. Meh baca.

Cara Cuci Muka : Bersihkan tangan. Bersihkan mekap dulu. Lembabkan muka. Mulakan cuci muka dari pipi-dagu-dahi-hidung.  Cara dia kena buat secara circle melawan arah jam ke arah bawah. Leher jangan lupa. Lepas tu, pastikan sabun dibersihkan sepenuhnya tanpa tinggalkan sisa sabun ye. Tadaaa..muka pun bersih.

Cara Pakai Krim Pelembab/Siang : Titik-titik krim kat wajah. Lepas tu oleskan rata kat seluruh wajah secara naik ke atas. Oh..leher pun sama. Jangan lupa sapu jugak kat leher tau. Takkan muka je nak berseri. Leher pun kena juga berseri-seri. :P

Cara pakai eye-liner : Tarik hujung mata dengan jari manis kemudian baru lukis.

Cara pakai maskara : Kepitkan dulu bulu mata. Oles maskara secara zig-zag.

Cara cuci maskara : Jangan guna minyak baby. Gunakan putik kapas yang korek telinga tu, kepitkan atas bawah bulu mata dan gentel pelan-pelan sampai maskara hilang. Lepas tu baru basuh ye.

Cara pakai lipstik : Oleskan lipstik pada bibir. Pedapkan dengan tisu. Sapu sikit bedak tabur. Kemudian sapu sekali lagi lipstik. Tadaaaa..lipstik akan bertahan lama.

Cara pakai eye-shadow : Tak ingat la pulak. Lupa! Sori2. Haha.

Cara lukis kening : Nak tentukan hujung kening sampai mana masa lukis, ukur dulu dari hujung mata dalam ukuran 45degree. Kat situlah kena stop lukis. Kalau tak jadi horror nanti. Haha. Kalau lukis kening rasa tak balance? Itu adalah normal. Jadi, jangan risau ye. :P

Cara pakai blusher : Senyum bagi tulang pipi naik. Kat situ la nak sapu blusher. Jangan sapu blusher bawah dari paras hidung. Cara sapuan, layangkan berus ke arah atas secara ringan je.


Itulah antara tips-tips yang aku ingat lagi. Buat yang baru nak belajar mekap tu boleh la jadikan panduan. Nak lagi pandai, pergi le belajar kat kelas mekap. Hehe. Aku tak berapa sangat bab mekap-mekap ni. Natural beauty menjadi pilihan. Aiseh! Masalahnya aku ni beauty ke? Bhahaha. Takpa la. Pakai bedak baby je pun dah cukup dah. Senang dan ringkas. Buat korang, selamat belajar mekap!



Bisik-bisik :: Natural beauty lagi cantik kan? Kalau nak mekap, mekap simple dah cukup. Jangan mekap tebal-tebal. Huduh sangat. Hehe.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 orang bagi nasihat:

zariffzarifah said...

saye bawak macam2 tp bt pekasam jer... balik2 bedak guna pelembap bibir jer huhu..

zarena heeney said...

tak suka pki maskara
rasa ngantuk jea bila pakai hahahahaa



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com