Saturday, 20 April 2013

~ SIMBS Part 3 : Sesi Bersama Cik Epal ~

Assalamualaikum. Hai!


Kita dah sampai kat part 3 untuk entry tentang event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti". Part ni aku nak kongsikan cerita sesi bersama blogger Selebriti yang menjadi jemputan pada hari tu. Siapa lagi kalau bukan Cik Epal. Glemer kot beliau ni dalam arena blog. Aku kenal dengan beliau pun sejak mula aku blogging lagi. Tak ingat tahun bile aku jadi follower belog beliau. Tapi dah lama la. Rasanya beliau blogging pun lagi lama kot dari aku. Masa tu aku ikut belog beliau sebab macam kagum dengan semangat beliau nak mencantikkan kulit dan menyelimkan diri. Kira macam idola gitu. Hehe.


Dalam sesi ni beliau kongsikan kisah dari mula beliau blogging sampai la ke hari ni. Banyak jugak la tips yang beliau share yang semuanya pun aku dah tahu dan praktik. Maklumlah dah 4 tahun kan aku jadi blogger. Kalau aku newbie lagi, lain la cerita. Hehe. Tapi tips-tips yang beliau kongsikan memang bagus untuk newbie yang baru berjinak-jinak nak menulis blog. Aku setuju seratus peratus dengan tips yang beliau share.


Cik Epal tengah berceloteh. :P


Sebabkan dah peram seminggu cerita pasal event ni, aku ingat-ingat lupa la jugak. Tapi aku kongsikan la serba sedikit tips yang beliau share yang aku ingat eh. Buat pembaca-pembaca blog aku yang mungkin masih baru berjinak-jinak dengan blog atau ada yang teringin nak menulis blog, boleh la ikut tips yang dikongsikan ni sebagai panduan. Berikut antara tips yang Cik Epal share :
  • Pilih URL blog yang mudah diingat. Contoh : shahada.blogspot.com 
  • Design blog yang kemas dan sedap mata memandang dari segi background, header, tulisan. Design sendiri atau upah designer macam aku. Bhahaha. [ sempat lagi tu nak promot diri sendiri. :P ]
  • Join event atau apa je aktiviti. Nanti boleh share dalam blog. Contoh : event blogger, gathering, movie screening, pergi melancong dan lain-lain. 
  • Blogwalking. Maknanya pergi la singgah-singgah blog orang dan tinggalkan jejak macam bagi komen kat entri. Nanti boleh tarik pembaca datang blog kita jugak.
  • Gunakan platform macam facebook, twitter dan yang seangkatannya untuk pingkan dan share entry yang kita tulis.
  • Jadilah diri sendiri. Jangan menyamar. Sungguh la kesian orang begini. Takdo life.
  • Tonjolkan bakat. Maknanya kalau ade kelebihan pandai menjahit ke, melukis ke, design blog macam aku ke [nak jugak tu selitkan diri sendiri..haha], hebohkan. Boleh buat bisnes uols. Dan lebih istimewa dari blogger lain gitu. :P
  • Kalau nak tempek gambar dalam blog, pastikan gambar adalah clear and sharp. Itu boleh jadi daya penarik untuk orang follow blog jugak tau. Ada orang suka tengok gambar dari baca entry berjela macam aku tulis. Hehe. 


Errr..itu je la yang aku mampu ingat. Harap boleh jadi panduan la. Walaupun semua ni aku dah tahu. Tapi tak salah kan nak berkongsi dengan pembaca blog aku. Sharing is caring. Ecewah!


10 orang blogger yang terpilih bergambar kenangan dengan Cik Epal.
Alamak! Kantoi wallpaper henpon saya ada muka encik CH. Bhahaha. *Spot my phone!*

Errr..macam langit dengan bumi. Cantik beliau ini. Sob sob.


Sesi ni best jugak. Cik Epal sangatlah riuh. Talkative sungguh! Cot cet cot cet die berleter kat depan bagi tips. Hehe. Agak peramah la jugak. Boleh mingle around dengan kami semua yang picisan-picisan ni. Memang sesuai la dia jadi Blogger Selebriti. Cantek sangat dia ni. Ploles gila kulit muka. Mata beso gedabak. Comel mata dia. Badan pun selim melim. Celah mana dia duk kata dia gemok kat blog dia tu aku pun tak tau la. Ramping je aku nengok in real. Cepuk jugak Cik Epal ni kang! Haha.


Lepas habes event ni, aku kena temuramah dengan organizer pasal sesi bersama Cik Epal ni. Apa aku bagitau rahsia la. Mana boleh share. Ekeke. Jujurnya aku seronok dengan sesi ni. Dapat jumpa Blogger Selebriti kot. Mesti la seronok ye dak? Nanti kita sambung part seterusnya pulak ok. C ya!



Bisik-bisik :: Nak jadi penulis belog yang disenangi? Hormat dan jadilah diri sendiri. Yang penting penulisan tu bagi input positif untuk pembaca. Jangan syok sendiri manjang. *ngata diri sendiri jugak ni..hehe..*

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 orang bagi nasihat:

BUTIK SAYANGKU said...

Nice entry dear..

www.butiksayangku.blogspot.com

Namee Roslan said...

muka semua berseri2 kemain ! hehe

aDisH.sHidA said...

best nya depa terpilih ke SIMBS



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com