Thursday, 11 April 2013

~Dalam Hidup Memang Kena Buat Pilihan.~

Assalamualaikum. Hai!


Sepatutnya hari Sabtu ni aku dijemput untuk menghadiri exam PTD. Tapi rasanya aku tak pergi kot. Err..sebenarnya memang tak pergi. Huhu. Rugi? Entah la. Dulu memang aku berminat sangat dengan jawatan ni masa mula-mula apply. Tapi tu dah bertahun yang dulu. Masa tu aku masih muda remaja badan pun masih mantap nak ikut sebarang latihan fizikal sekiranya aku berjaya lulus exam ni. Ciiii..berangan nak mampos first time ambil exam ni boleh lulus konon. Ko ingat exam PTD ni senang ke cik Shahada? (-_-")


Tapi sekarang aku dah kertu. Badan dah tak solid dan tak fit macam dulu. Sob sob. Lagipun, aku terpaksa refuse untuk ambil exam ni sebab lagi beberapa bulan aku dah nak kawen. Risau jugak kalau tetibe aku lulus exam ni kan tak pepasal terpaksa tunda kawen sebab kena ikut kursus peringkat seterusnya. Erk? Berangan lagi macam otak power tahap ultra, sekali jawab exam boleh pass. Haha.


Surat yang diterima pada hari Isnin.



Sebenarnya, aku sendiri yang berat hati nak pergi exam ni. Aku terima surat panggilan exam ni hari Isnin yang lalu. Masa mula-mula dapat panggilan dari mak yang mengatakan aku terima surat dari SPA untuk ambil exam PTD, aku rasa macam "Wow! Tak sangkanya boleh dapat. Dah berzaman kot apply. Rezeki sebab nak kawen ke ni?". Itu kata hati aku pada mulanya. Bila dah petang sikit, tetiba aku rasa macam "Ishh..kenapa hati ni berat sangat macam taknak pergi ni. Huhu."  Ada rasa sedikit stress masa tu.


Perasaan tu bawa sampai ke malam. Masa makan malam, berbincang dengan kakak dan mak. Kena brainwash dengan kakak. Dia tak suggest aku pergi. Masa tu aku masih lagi 50-50 sama ada nak pergi ke tidak. Masuk bilik. Termenung berfikir sambil baring-baring. Fikir, fikir dan fikir sampai terlelap. Pukul 4 pagi buta terjaga. Terfikir lagi. Cuba lelap mata tapi tak boleh. Tetiba teringat pesan seorang kawan yang komen status teruja aku kat fesbuk pagi tu. Dan otak pun terfikir, "Allah sengaja kejutkan aku suruh buat solat istikharah ni. Supaya hati tenang dalam membuat keputusan. Dia nak aku mengadu kat Dia." 


Terus laju-laju aku bangun pergi ambil wudhuk. Buat solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Berteleku mengadu kat Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sampai bawa ke Subuh. Lepas solat Subuh baru sambung tidur balik. Pastu tak perasan terlajak tidur dan bangun nak pergi kerja lambat. Haha. Teruk betul perangai! Sabar je la. Tapi bangun-bangun je tidur tu kan, aku tekadkan hati yang aku tak pergi. Terus rasa tenang dan lapang hati. Tak stress dah. Dah tak terfikir lagi pasal exam ni. Pergi kerja dengan senang hati walaupun lambat. :P



Dapat emel lagi pada hari Rabu. Tak cukup surat. Emel pun die hantar. Hehe.


Ada jugak kawan yang suggest aku pergi je try jawab exam tu. Bila lagi nak merasa jawab exam kerja gomen. At least aku dapat mencuba dan rasai pengalaman tu. Lulus tak lulus belakang kira. Janji merasa jawab exam. Bukan senang nak dapat panggilan camtu. Ada ramai yang teringin tapi tak dipanggil. Tapi entah la. Macam takde hati je. Sebab memang aku dah tekad tak nak pergi kot. Err..sebenarnya aku memang sedikit keras hati. Kalau dah decide putih, maka putih la keputusannya. Takkan berubah. Penat je dorang pujuk. Hehe.


Aku rasa, rezeki aku cuma dapat panggilan jawab exam je. Takde rezeki untuk pergi jawab exam tu. Lagipun pilihan di tangan aku kan? Nak pergi taknak pergi ke aku yang pilih. Tapi kalau takde izin Allah dan Allah tak hadirkan gerak hati yang aku rasa masa tu, keputusan yang aku nak ambil tu pasti samar-samar tanpa petunjuk dari Allah. Rasanya bukan rezeki aku kot. Jadi Allah tak nak aku sia-siakan masa aku untuk benda yang bukan rezeki aku. Agaknya la.


Takpa la. Masih ada ramai yang lebih layak untuk jawatan tu sebenarnya. Ramai jugak kawan-kawan aku yang dapat panggilan yang sama. Kawan masa belajar kat U, kawan blogger, sepupu aku sendiri yang tak habes belajar pun dapat. Rasanya memang ramai sangat yang dipanggil. Jadi biarlah dorang saja yang cuba menjawab exam tu. Mana tahu ada rezeki dorang kan. Aku doakan yang terbaik untuk mereka semua. Mudah-mudahan dorang dipermudahkan ketika menjawab soalan.


Err..sebenarnya aku dah tak berapa minat nak kerja dengan gomen kot. Memang la ramai orang cakap kerja gomen ni terjamin. Tapi tak tau la. Aku rasa bukan rezeki aku kerja gomen kot. Sekarang pun aku kerja NGO je. Lagipun aku dah ada niat nak majukan bisnes aku buat sekarang ni. Keinginan nak berbisnes tu kuat sangat. Mungkin sebab tu la agaknya kot. Kui3. Kemain. Apa-apa pun, aku percaya rezeki tu dari Allah. Ada kat mana-mana. Rezeki Allah sangat luas. Kalau kita usaha dan memang milik kita, insyaAllah pasti ada dan dipermudahkan.



Bisik-bisik :: Dalam hidup kita ni, memang kita kena buat pilihan kan? Tapi hanya Allah sahaja yang tahu pilihan yang mana terbaik buat kita. Jadi kena selalu berdoa pada Dia. InsyaAllah pasti akan ditunjukkan jalan. (^_^)


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

aceDultraman said...

sokong shada..mudah2an pilihan yang hang buat nie mmg yg terbaik..insyaAllah.. :)

Shahada Fauzi said...

@aceDultraman :: tenkiu besfren! (^_^)

Mudah-mudahan. InsyaAllah..

Anna Boleyn said...

hana pon dpt interview gov tp x terbuka hati nak pegi. huhu

zariffzarifah said...

saye pon asyik2 dpt exam PTD jer jawatan lain x penah lekat... tp haram sekalipon tak pernah pegi... mungkin name pon dah blacklist...

Nur Hani said...

mudah-mudahan pilihan ini yang terbaik buat shahada.. amin.. bez of luck ya,

Shahada Fauzi said...

@Anna Boleyn :: best lagi keje swasta eh hana? hehe..

Shahada Fauzi said...

@zariffzarifah :: hehehe..die nak awak pi try jugak kot pergi exam PTD tu..tapi rasanya die tak blacklist..kan dalam surat jemput pi exam die ada tulis gitu..

Shahada Fauzi said...

@Nur Hani :: aminnnnnn..insyaAllah..mekaseh mendoakan yang baik-baik untuk saya..^_^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com