Wednesday, 9 January 2013

~The Wedding~

Assalamualaikum. Hai!


Selamat tahun baru 2013! Err..dah 9 hari tahun 2013 berlalu. Aku baru terhegeh nak wish. Kui3. Alaaa..bukan penting pun kan? Lagipun aku tak sambut new year new year ni. Banyak lagi mende berfaedah boleh dibuat. Apa-apa pun, semoga setiap hari kita menjadi insan yang lebih baik. Tak payah tunggu tahun baru nak berazam macam-macam. Awal tahun je semangat. Dah tengah tahun azam tah melayang ke mana. Jadi marilah kita berazam tetiap hari ye. Hehe.


Entri ni bukan nak cerita pasal tahun baru atau azam. Kita mulakan entri pertama di tahun 2013 dengan cerita kawen-kawen. Sebenarnya nak share pengalaman aku menyebok masa persiapan kenduri kawen kakak encik CH hujung tahun lalu. Ye. Aku balik kampung encik CH kat Ganu Kite tu walaupun tengah musim banjir. Hehe. Gigih tak aku? Demi encik CH tunang tercinta, sanggup aku meredah banjir. Ecewah! Padahal time on the way balik tu tak banjir pun. Cuma hujan je sepanjang perjalanan.


Sebenarnya aku dah ambil cuti dari 24hb lagi. Semangat betol! Excited nak balik kampung kononnye. Total cuti aku ambik, 9 hari. Termasuk cuti-cuti umum, jadinya 2 minggu la aku bercuti. Seronotnyee cuti panjang. Haha. Aku balik kampung dengan kakak encik CH yang kerja nurse kat Penang ni. 26hb baru kitorang bertolak balik Ganu.


Sepanjang kat kampung memang sebok setiap hari buat persediaan. Sebabnya semua urus sendiri oleh famili. Cuma part masak-masak tu orang kampung la mai rewang masak. Aku part yang masak-masak untuk kenduri tu memang la aku tak nyebok. Aku kan pemalu bila berhadapan dengan ramai orang. Toya sangat! Haha. Aku cuma nyebok kat dapur tolong adik-beradik encik CH masak untuk famili makan je. Seronok la masak sama-sama dengan adik beradik. Tambah-tambah adik beradik encik CH kan ramai. Besttt!


Selain tu, aku tolong-tolong jugak part untuk majlis kawen macam buat pelamin, doorgift, bilik pengantin, bunga telur. Banyak wei nak kena buat. Memang tak cukup tidur jugak la 2-3 hari. Tapi seronok buat kerja ramai-ramai. Hehe.


Kakak encik CH menikah malam 28hb dan esoknya 29hb majlis resepsi. 31hb pulak majlis bertandang kat rumah pengantin lelaki. Kira macam berturut-turut jugak la majlisnya. Senang buat gitu ek. Sekali harung je. Penat pun dalam 2-3 hari tu je la. Tapi sesuai untuk pengantin yang dekat-dekat la lokasinya macam kakak encik CH dengan suami. Kalau time aku dengan encik CH nanti memang tak boleh la buat gini. Jauh weiii. Jenuh!


Panjang pulak mukadimah nye. Meh layan gambar-gambar pulak. Tapi gambar yang terpilih je la eh. Takkan nak sumbat semua. Masa hari kejadian, yang jadi official photographer adalah aku dengan encik CH. Malam menikah encik CH. Hari kenduri aku pulak take over. Sampai kena tegur dengan pak sedara encik CH. "Ambik gambar orang je, gambar sendiri bila pulak?" Erk! Hehe. Sabar ye pokcik. Tahun ni gambar kami pulak. :P


Alhamdulillah. Dah sah sebagai suami isteri. Gambar lepas akad nikah.


Masa majlis resepsi. Pengantin bersama mak ayah masing-masing. Comeinye bakal ayah mentua dengan mak mentua saya senyum duduk depan pelamin. Hehe. (^_^)


Pengantin perempuan bersama adik-beradik (tak semua ada), adik sedara dan bakal adik ipar (saya la tu..huehuehue..)

Masa majlis bertandang kat rumah lelaki. Terserlah 'ketembaman' aku kat sini. Aiyooo! Semakin membulat dengan jayanya. Kena mulakan program diet ni. Wuuuu~~

Inilah bakal kakak ipar dan abang ipar saye. Kih3. *haii..lambai-lambai tangan*


Bakal pengantin 2013. InsyaAllah. Hehe. Ambik kesempatan bergambar sama-sama lepas selesai majlis nikah. Mekaseh kat adik encik CH sudi snap gambar ini. :P


Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar sepanjang hari kejadian. Masa kenduri kat sebelah pengantin perempuan cuaca elok je panas sepanjang hari. Malam sebelum tu masa akad nikah pun cuaca ok takde hujan. Cuma masa kenduri sebelah pihak lelaki je hari nye hujan pulak. Takpa la. Semuanya dah selamat pun. Syukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan semuanya berjalan seperti yang telah dirancang.


Selamat pengantin baru diucapkan kepada Zana dan Zul. Semoga rumahtangga yang baru dibina akan terus kekal harmoni sehingga ke hujung nyawa. Semoga dirahmati dan diberkati Allah juga. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan bakal anak-anak yang soleh solehah sebagai penyeri rumahtangga. Semoga kasih sayang di antara kalian terus mekar dan berpanjangan sehingga ke syurga. Mudah-mudahan. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Menanti saat orang pulak wish kat diri sendiri "Selamat Pengantin Baru". Tapi bila tu? Tungguuuu~~ Hehe. :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 orang bagi nasihat:

nurul syuhada said...

wahh , bakal pengantin 2013 :) insyaAllah . moge berbahagia :)

Mimie said...

bila majlisnye?Semoga berbahagia ye

faY said...

pelamin cantik n pengantin berseri-seri ;)

me in LDR said...

alhamdu Lillah, semoga semua berjalan lancar..=)

doakan kami juga yg sdg LDR ni..^_^

Shahada Fauzi said...

@nurul syuhada insyaAllah..aminnn..mekaseh mendoakan yang baek2..^_^

Shahada Fauzi said...

@Mimie :: insyaAllah..beberapa bulan lagi..hehe..mekaseh..doakan yg terbaek untuk kami..^_^

Shahada Fauzi said...

@faY :: hehe..tenkiu..pelamin hasil banyak tangan dan idea..^_^

Shahada Fauzi said...

@me in LDR :: insyaAllah..aminnn..

semoga hubungan korang berdua pun baek2 je..kami dah puas dah LDR..:P

Anna Boleyn said...

Wah seronok buat persiapan utk org kan. Hehe hana dah lama x rasa tolong2 buat persiapan untuk majlis kahwin ni.

Ehem ehemmm..cantik headee kak sha :)

Namee Roslan said...

hehe.tahniah buat pengantin. memang musim kahwin pun ! hehe. riesha pun tak lama lagi lah tu ! :D tp penat lah kahwin hehe.

zariffzarifah said...

ai bila lagi nie... nak tengok tuan blog pkai baju kawen mesti sweet...

Shahada Fauzi said...

@Anna Boleyn :: Memang seronok hana..nak buat persiapan sendiri belum lagi..buat org punye dulu..kui3..

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: terima kasih..*bagi pihak pengantin* :P

sama tarikh kawen dgn namee kan? ehehe..

insyaAllah tak lama lagi..doakan yg terbaek untuk saya tau..hehe...

kahwin penat eh? takpe..penat sehari je masa majlis..:P

Shahada Fauzi said...

@zariffzarifah :: err...hehehe..insyaAllah..tunggu tau..:P



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com