Sunday, 13 January 2013

~PORTFOLIO :: Belog Kak Ecah~

Assalamualaikum. Hai!


Nak update lagi pasal portfolio. Maaf la berturut-turut pulak. Hehe. Kali ni portfolio untuk kakak encik CH. Sebenarnya dari bulan 2 tahun lepas lagi aku dah design belog ni. Tapi tak siap sepenuhnya. Aku tinggalkan dan hold dulu. Tapi punya la lama aku abaikan blog tu. Huhu. Sebabnya kakak encik CH pun tak update sangat tahun lepas. Tu yang aku biarkan dulu. Dok biar sekali dah nak masuk setahun daa. Jadinya aku siapkan jugak la touch up blog tu lepas siapkan blog customer sebelum ni. Hehe.


Blog ni sebenarnya encik CH yang daftarkan untuk kakak beliau. Lepas tu beliau dah malas nak tengok sebab tak tau nak design camne bagi cantik, beliau upah la cik tunang dia ni ha. Tapi masa tu tak jadi tunang lagi. Masih cik awek. Haha. Naseb baek dapat upah jugak. Dengan penuh semangatnya aku pun design la belog ni. Nak ambik hati bakal kak ipar kononnya. Tapi sekerat jalan je buatnya. Apa pun tak boleh. Kuikuikui. Yang lagi bestnya, masa aku bagi link blog ni memula dulu kat kakak encik CH, dia boleh cakap cantik masa dia tengok walaupun tak siap lagi. Hehe. Ok la. Meh tengok hasil lepas aku touch-up balik dari yang sebelumnya. Inilah hasilnya.


Capture entri pasal hari pertunangan aku dengan encik CH. Huehuehue. :P


Pakej design macam biasalah. Malas nak ulang taip dah banyak-banyak kali. Korang pun kang muntah nak baca ayat yang sama je. Haha. Kalau nak tengok lebih jelas, silalah ringankan jari kelik mouse pergi kat pautan belog ni : ISHAHCREATIVE STORE. Blog ni adalah blog peribadi+bisnes kecil-kecilan kakak encik CH. Sebab tu nama blog ni camtu. Hehe.


Nak rehat sat malam ni dari buat design. Tengah kering idea. Esok nak kerja cuci rumah pulak. 'Rumah tak siap lagi' bak kata anak sedara aku yang kiut miut si Iqbal dah siap dah sepenuhnya. Jadi esok kena gotong royong dengan mak dan kakak untuk bersihkan la. Dah nak masuk balik rumah sendiri. Yeay! I miss my home sweet home. Enam bulan wei numpang rumah orang. Seronoknya rumah dah siap. Aku dapat satu bilik. Kata kakak dengan mak, bilik bakal pengantin. Huahuahua. Nanti aku update pasal rumah yang punye la lama nak siapnye tu eh. Renovate sampai nak masuk 7 bulan. Gila betol.



Bisik-bisik :: Sesiapa yang berminat nak rasa hasil design blog dari tangan sakti aku ni jangan memalu contact eh! (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 orang bagi nasihat:

Pn. Sheila@CC said...

cantik... akak suka.. header risha tu pun mmg cantik la...

Shahada Fauzi said...

@Pn. Sheila@CC :: hehe..mekaseh akak..(^_^)

Alif Ismail said...

salam cik riesha, boleh tak share dengan alif camne nak buat full background sidebar tu? menarik lh. alif cuba buat tapi tak menjadi. harap cik riesha dapat share..

Shahada Fauzi said...

@Alif Ismail :: wassalam alif..saya tak pernah buat tutorial..tapi insyaAllah boleh..nnt saya share dengan alif..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com