Tuesday, 25 December 2012

~Cincin Emas ke Cincin Perak?~

Assalamualaikum. Hai!


Lama menyepi sebab sibuk dengan kehidupan di dunia realiti. Dengan kerja opis yang tak kan pernah habes. Kerja part time design yang makin mencurah-curah. Ecewah. Takde la mencurah mane pun. Tapi ada la sikit. Sampai banyak yang tertangguh. Huk3. Sorry my customer. Agak selow sikit. Sebab bile stay kat rumah orang ni aku tak berapa boleh nak fokus sangat. 


Maklum la, tempat tido aku adalah terkedang kat tengah ruang tamu. Kesian. Haha. Nak tido lewat tak sedap pulak. Polisi mak sedara aku, kat rumah ni kena tido awal. Kalau aku tido lewat kang anak die yang bongsu tu pun ikut sama tido lewat. Adoiyai. Bile la gamaknye nak siap rumah sendiri ni? Dah 6 bulan menjadi gelandangan tumpang rumah mak sedara. Huhu. Tapi demi mencari rezeki lebih nak tak nak kena jugak la wat kerja design tu sikit-sikit walaupun selow. Kena la kerja kuat kan? Kata nak kawen tahun depan. Haha.


Sebut pasal kawen ni,  entri kali ni ada kaitan dengan yang itu la. Tapi pasal cincin. Tetibe aku teringat masa pergi spa buat rambut tempoh hari, adik yang layan aku tu ada tanya pasal cincin-cincin ni masa dia dok cuci rambut aku. Dia tanya masa bertunang atau bernikah sesuai ke tak kalau pihak lelaki nak bagi cincin perak je. Wajib ke bagi cincin emas? Katanye ramai orang cakap elok bagi cincin emas. Kalau bagi cincin perak bukan ada harga. Tak boleh jual macam cincin emas. Persoalan yang dia ajukan kat aku, ada ke orang jual cincin tunang/nikah sendiri?


Persoalan tu jugak pernah aku fikirkan bila orang bagi cadangan kat aku tentang cincin yang patut aku mintak dari encik CH. Pelik benor rasa bila ada yang cakap cenggitu. Hello. Dah nama pun cincin tunang/nikah. Takkan la tergamak nak jual pulak. Pada aku la, kalau satu hari nanti aku hidup susah sekali pun, aku tak rela nak jual cincin tunang/nikah yang aku dapat. Gila. Sayang kot. Ada sentimental value. Eceh! Korang sanggup ke nak jual? Ish3. Nasihat aku, andai jodoh tak panjang pun, dari korang jual cincin emas tu, baiklah buat investment. Untung berganda-ganda. Haha. *Apa aku merepek ni? (-_-")*





Berbalik kepada perbincangan asal. Jadinya, cincin emas ke cincin perak yang sesuai nak bagi masa tunang/nikah? Bagi aku dua-dua pun okey je. Sesuai. Ikut atas pilihan hati sendiri berkenan yang mana. Ikut bajet jugak. Kalau harga cincin emas sama je dengan harga cincin perak, ikut suka la nak beli jenis yang mana satu. Tepuk poket dompet si lelaki, tengok duit berkepuk-kepuk ke tidak kat dalam. Haha. Mana tahu berkenan lagi yang design cincin perak dari design cincin emas. Kadang-kadang cincin perak pun cantik jugak siap ada batu-batu berkilau tu ha. Ada yang lagi mahal dari cincin emas. Terpulanglah.



Kalau ikut aku, tak kisah la pihak lelaki nak bagi cincin jenis apa sekali pun. Perak atau emas, murah atau mahal, aku terima je. Asalkan dia mampu. Sebab aku memang bukan seorang yang high demand dan materialistik. Aku terima je seadanya ikut kemampuan si dia. Yang penting 'berharga' pada aku. Tapi jangan la bagi cincin mainan yang tikam-tikam tu pulak. Jahat beno la kalau bakal suami aku bagi cincin gitu. Terus mogok tunda kawen kalau dia buat camtu. Itu takde hati perot namanya. Huhu.


Tapi itu diri aku sendiri. Kalau pompuan lain aku tak tahu la. Macam ada kawan aku cakap, pada dia kalau lelaki tu bersungguh nak kan seorang pompuan, laki tu kena sanggup keluarkan duit penuhi semua tuntutan pompuan tu. Tak kesah dari segi wang hantaran kahwin, mas kahwin dan cincin. Mahal camna pun kalau laki tu betul-betul nak, kena la berkorban. Hue hue hue. Nasib la eh kalau yang lelaki dapat gadis idaman yang high demand. Sebab dunia sekarang ni memang kejam banyak. Memang la duit bukan segala-galanya. Tapi kekadang duit tu peranan die 'amat besar' jugak. Itulah realiti hidup zaman sekarang. Harap bertabah buat kaum lelaki. Haha.


Oh ye! Dah terlanjur tulis pasal cincin ni, nak ingatkan la sikit. Ramai jugak pihak yang konpius nak bagi cincin jenis apa untuk si lelaki masa majlis nikah/tunang. Sebagai seorang Islam, kita semua sedia maklum yang lelaki haram pakai barang-barang yang emas sepenuhnya atau ada sedikit unsur emas. Jadi, jangan sesekali beli cincin emas untuk si lelaki. Cincin emas putih atau suasa pun tak boleh tau. Haroommmm. Jadi belikan je cincin perak. Takpe la 'murah' pun. Yang penting 'value' dia tu. Dan itu juga adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi lepas ni tak payah la pening-pening nak beli cincin apa bagi kat bakal suami tu. Pergi je cari cincin perak ye.



Bisik-bisik :: Misi mencari cincin perak untuk encik CH. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

18 orang bagi nasihat:

Rara Nasiha said...

tapi kebanyakkan orang prefer cincin emas kan? kita pun tak tau la nanti macam mana. hihi

Shahada Fauzi said...

@Rara Nasiha :: A'ah..ramai yang prefer cincin emas..mungkin sebab nampak kilau kemilau keemasan nye kot..hehe..:P

Ayuni said...

first time datang cni, cantiknye blog!

eZmALiZa said...

kak sha.. kalo kak sha ade bace abes kat blog ezma ade cite pasal cincin gak..

kalau untuk perempuan, elok la amik yg emas.. sebab emas nampak 'mahal'nya. tapi kalau perak, org nampak mcm silver. niat tu mmg bukan nak show off.. tapi kalo dah di jari letaknya, org mesti akan nampak.. ye tak..hehehe :D

kalo untuk lelaki pulak, ada mcm2 jenis cincin lelaki yg boleh di pakai. mcm untuk tunang ezma, ezma belikan palladium. ade yg jenis zircon, palladium, silver. tapi rupa cincin2 ni semua sama je warna. cuma kalau silver mmg takkan diukir mcm cincin palladium dan zircon sbb silver mmg murah. :)

Zura Zue said...

cincin perak..???erm...boleh jd salah satu hantaran...akak tgh fining dok pk hantaran...hehe

akak tulip said...

akak dulu risik dan tunang emas putih, sebab akak mmg tak suka emas kuning. awak pilih la yg rasa awk suka ..baru rasa nk pakai sepanjang masa. pastu utk suami bagi perak je..tp dia tak rajin pakai..heheheh

Anna Boleyn said...

Macam hana hr tu masa tunang beli cincin silver je then untuk kawen amek cincin platinum ke titanium ntah nm die. Hehe :D

Anonymous said...

Kalau ikut hukum Nabi ajar apa pihak lelaki boleh beri kalau tak mampu cincin besi pon boleh kalau tak mampu jugak ajar Al-Quran pon leh sebagai mas kawin.. tu mas kawin.. so tunang tu yang optional tu lagi la kan..

So terpulang la kalau mampu intan berlian emas berkilau bagi apa salahnya.. ikut kemampuan la..

cicin tu harta dunia je yang paling penting lelaki tu mampu ke tak nak pikul tangungjawab nak menangung dan menjawab kat akhirat kelak.. dan nak jadi Isteri dah sedia ke nak bertangungjawab.. nak menangung dan menjawab nanti.. Wallahualam.

Umie Artoqiemie said...

cincin perak seem nais. nampak hipster gitu , hehehe.

Shahada Fauzi said...

@Ayuni :: mekaseh sudi datang..hehe..^_^

Shahada Fauzi said...

@eZmALiZa :: baca baca..

hehe..bab cincin tu ntah la..macam kaksha, kaksha tak gemar sangat pakai emas..kalau ade pun kat bdan ni emas, emak la tu yg kasi..dah org kasi kite pakai je la..:P

cincin tunang kaksha emas merah campur emas putih..dah encik tunang kasi, akak pakai je yang mak die sarungkan..hehe..

untuk die kaksha belikan cincin platinum kot ari tu..lupa pulak..

Shahada Fauzi said...

@Zura Zue :: boleh je kak..asalkan noat ikhlas..hehe..selain perak ade lagi pilihan lain macam titanium, platinum, zircon, macam2 la kak..akak kena rajin survey je..ehehe..

kenduri akak bila?

Shahada Fauzi said...

@akak tulip :: saya amik je apa yg pihak laki kasi kak..naseb la saya ni tak kesah sangat..asalkan die mampu dan ikhlas..saya terima je dengan hati terbuka..hehehe..

Shahada Fauzi said...

@Anna Boleyn :: ala hana..tak kesah pun cincin jenis apa..yang penting 'value' dia tu..lagi berharga berganda-ganda dari harga cincin tu..

Shahada Fauzi said...

@Anonymous :: betul tu..semua ikut kemampuan..

bab tanggungjawab tu, memang semua orang yg nak melangkah ke alam perkahwinan patut bersedia dan ambil tahu tentang tanggungjawab masing-masing..kawen bukan untuk sekadar tempat salurkan nafsu pada yang halal..lebih besar skop yang perlu dilihat..tanggungjawab hidup di dunia dan juga untuk akhirat..mudah-mudahan kita semua mampu memikul tanggungjawab dengan baik jika dah bergelar suami/isteri..insyaAllah..

Shahada Fauzi said...

@Umie Artoqiemie :: kan? memang nais sebenarnya kalau pandai cari design..hehehe..

Namee Roslan said...

cincin namee cincin arwah mak isham lagi namee suka. hehe. :) tak kisah pun apa pun kalau tak mahal pun takpe. sebab marriage ni bukan cincin je....kehidupan lepas tu! :) riesha buat persediaan awal2 tau ! jgn macam namee. jd banyak tak puas hati sbb last minute.

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: best nya namee pakai cincin pusaka arwah mak isham..

saya pun pernah request kat tunang kata nak pakai cincin mak die je..tak yah beli cincin..tp die cakap takde..jadi tak kesampaian la impian saya tu..huhu..

tapi betul..marriage bukan semata-mata cincin..yg penting kehidupan lepas kawen..saya setuju tu..

insyaAllah memang buat persediaan awal2..hehe..(^_^)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com