Saturday, 6 October 2012

~Vitamin Kecantikan~

Assalamualaikum. Hai!


Secara realitinye, perempuan mana yang taknak kulit cantik kan? Ade ke yang suke kulitnye hodoh, berkerak dan berkedut? Mana ada! Perempuan normal takde yang cenggitu. Semua kalau boleh memang mengimpikan kulit yang halus mulus. Tambah-tambah kulit muka la. Itu aset utama kot sebab kecantikan wajah memang menjadi titik fokus kebanyakan orang terutamanya lelaki. Kan kan kan?


Kalau bulan seploh tahun lepas aku tulis tentang 4 kategori obses kecantikan, bulan seploh tahun ni aku nak tulis pulak pasal produk yang ramai orang ambil untuk cantik. Terdetik nak menulis pasal ni sebab tengok keghairahan ramai dealer yang menjual vitamin cantik ni kat fesbuk. Ekeke. Aku kan, sampai fenin-fenin sebab tengok punya la bermacam jenis vitamin yang dijual. Sama jenis iaitu vitamin C. Tapi produk lain-lain. Sama tapi tak serupa. Kebanyakan nya takde jenama. Cuma dipanggil vitamin C je.


Bila tengok testimoni yang dorang share, macam teruja la jugak. Gila kau! Sapa tak teruja tengok muka sebelum punya la kurang santek, bila ambil vitamin tu dalam masa 2 minggu dah boleh transform jadi sedikit santek. Kulit terus 'glowing in the dark' putih melepak halus mulus. Mahu tak terkagum aku kan? 


Kalau ikut kan kegedikan untuk kelihatan cantik macam tu, mesti la aku ni tergoda juga untuk membeli vitamin-vitamin itu. Tapi memandangkan aku ni ada tahap kecurigaan dan paranoid yang agak tinggi jugak, maka tak berani la aku nak ambil risiko dengan membeli produk yang tidak diketahui dari mana datangnya itu. Err..mungkin la dorang dapat dari supplier yang pakar pasal ubat-ubatan ni. Pakar kulit mungkin. Tapi aku still takot. Uhuhu.


Takpe la. Mungkin itu cara dorang mencari rezeki. Takde maksud pun nak jatuhkan perniagaan dorang. Aku pun bukannya menceburkan diri dalam perniagaan tu. Mudah-mudahan perniagaan dorang maju dan berjaya. Harapnya tiada la kes penipuan dan sebagainya yang berlaku. Tambah-tambah meniaga melalui maya ni. Kalau jadi apa-apa kat customer, takot penjual tu lari cenggitu je la. Itu yang aku maksud kan risiko tadi. Ye..aku memang paranoid. Harap maap. Huk3.


Bila cakap pasal vitamin kecantikan ni, vitamin C memang bagus untuk kulit sebenarnya. Aku pun ada jugak ambil vitamin C. Cumanya aku dapatkan dari farmasi. Sebab lebih murah. Dan aku yakin sebab ada jenama. Yang aku ambil ni sekotak ada 3 balang. 1 balang ada 10 biji. Maknanya sekotak ada 30 biji. Lepas tu die tak payah telan. Aku beli hari tu 2 kotak dan ada promosi harga baru RM40.50. Murah kan? Nak tahu ke aku ambil vitamin C jenama apa? Inilah dia..Flavettes Vitamin C Effervescent. 




Sebab apa aku ambil vitamin C jenis ni? Entah. Sebenarnya dah lama jugak aku beli. Tapi tak termakan-makan. Kebelakangan ni je rajin sikit. Kalau korang nak tahu, aku ni manusia yang paling liat nak telan ubat. Huishhh..fobia habes. Memang tak suka telan ubat. Tapi kelebihan vitamin C ni yang telah buat aku jatuh hati dulu adalah sebabnya ia larut dalam air. Macam panadol soluble tu. Rendam je dalam air terus *bling* jadi macam oren juice. Dah le sedap pulak tu. Takde la seksa macam nak telan biji-biji ubat. Wakaka.


Vitamin C ni kandungan nye ada 1000mg Vit C, 250mg Calcium dan 300iu Vit D. Vitamin C ni aku rasa bukan untuk kecantikan pun macam yang orang sedang hangat jual sekarang ni tu rasanya. Yang ini lebih untuk membekalkan vitamin C kepada tubuh badan. A dietry suppliment. Sebab setakat aku ambil ni takde la kulit aku jadi licin halus mulus 'glowing in the dark' semua tu. Lagipun aku selalu skip minum die. Maklum la. Pemalas. Hoho. Tapi aku memang suka vitamin ni. Serius sedap gile.


Hmm..apa pun aku nak berpesan la kepada pembaca-pambaca belog busuk aku ni. Dalam keghairahan nak dapatkan kulit cantik tu, berhati-hati jugak bila ambil sesuatu produk @ ubat. Jangan sebarangan tau. Mungkin kesan jangka pendek dapat kulit yang cantik. Takut masa jangka panjang nanti ada kesan yang memudaratkan pulak. Berhati-hati ye. Seeloknya, kalau ada masalah kulit ke apa ke, pergi dapatkan rawatan dan nasihat doktor kulit terlebih dahulu. Itu je aku nak ingatkan.


Buat yang berniaga menjual produk ubat-ubatan ni, sebelum jual sesuatu produk, kalau boleh dapatkan juga nasihat dari doktor atau pakar kulit. Jangan cuma bertanya pada supplier je. Kekadang supplier ni die nak kejar keuntungan je. Jangan disebabkan keghairahan nak untung jugak, korang tak peduli kesan jangka masa panjang kalau in case berlaku something kat customer korang. Berhati-hati tau. Nanti korang yang dipersalahkan pulak. Apa-apa pun aku doakan rezeki korang sentiasa diberkati Allah.


Itu je la pesanan dari aku. Bukan la dengki tengok kulit korang cantik atau dengki tengok perniagaan korang laris. Cuma hendak mengingatkan je. Jangan salah faham pulak ye.



Bisik-bisik :: Teringin jugak nak kulit cantik. Siapa taknak wei. Tapi bersyukur je la dengan apa yang ada ni asalkan takde penyakit kulit yang teruk-teruk. Huk3.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

21 orang bagi nasihat:

Farah Farhana said...

hai riesha :)
entry awak ni mengingat kan sy pd vitamin c itteww. sy penah makan n the results were awesome. eh, jangan salah sangka, sy bukan penjual vitamin c. huhu. now,disebabkan entry awak sy nak cari balik vitamin c ni. thanks riesha ;)

Shahada Fauzi said...

@Farah Farhana :: uik? awak pun pernah makan vitamin ni ke? ehehe..sedap kan?

Farah Farhana said...

@Shahada Fauzi sedap n berbaloi. boleh beli satu kotak je x? esok jugak saya nak beli..heeeee

Shahada Fauzi said...

@Farah Farhana :: boleh je beli satu kotak..hari tu saya beli die buat promosi..tu yg beli 2 kotak..hehe..

tulip tepi bandar said...

Nak kena makan vitamin eh?kalau dah berkerak muka ni,payah la. Plus i pun pemalas juga nak makan ubat.haha

ParkAir said...

Kalau aku balik kampung, petang2 mesti ada segmen tajaan. macam2 produk kecantikan/kesihatan orang dok promote. aku terpikir kat mana la lab/kilang diorang tu. sampai boleh wat macam2 produk. mungkin kah semuanya datang dari kilang yang sama, cuma packaging sahaja berlainan?

Namee Roslan said...

vit c sangat penting untuk ketahanan kulit. namee kalau tak makan, mesti tumbuh gatal2. :/ berapa gram tu vit c riesha tu ? :)

Shahada Fauzi said...

@tulip tepi bandar :: hahaha..boleh geng la ni..geng pemalas makan ubat..hahaha..

makan vitamin ni bagus sebenarnye..tapi ikut atas orang jugak la kan..kalau pesyen pemalas mcm kite ni, nak cakap apa pun tak boleh..haha..

Shahada Fauzi said...

@ParkAir :: maksud ko kalau balik kampung ada org dtg approach ko dan promote kat rumah ko? hahaha..gila la semangat nak menjual..;p

tu la..aku pun ada jugak terfikir macam tu..mungkin kilang sama tapi packaging lain-lain..

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: dulu saya rajin makan vitamin..vitamin c la e la..tapi bile dah tua pemalas nak mampus..bile kulit dah tak berapa nak santek dan salu gatal2 baru terhegeh nak makan balik..kui3..

vitamin c saya ambil tu 1000mg..sedap..rasa jus oren..hehe..

Zura said...

akak makan vitamin jenis jugak tp yg dlm botol 30 bijik tue..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Tak yakin sgt dgn apa2 produk yg jual online.selesa beli kt frmasi jer.. Skrg ni memg x ambil apa2 vitamin sbb lala still bf lg wlau x fully pn.xnk effect kt bby.elok2 sihat kang antibodi x kuat asyik sakit2 lak.jd mumy rela brkorban.

Irsya Healthy House said...

huhu.. memang kurang yakin dengan produk yg jual online skrg ni, tapi tak semua penjual tu peel dorang sama kan..ada yg betul2 cari rezeki halal n betul2 niaga, bukan jual n cabut.. hehe..
memandangkan terlampau byk org yg jual vitamin c sana sini, sy pun buat la research serba sikit ttg kelebihan vitamin c yg menjadi pujaan malaya ni..ttg yg ada jenama, yg tade jenama & yg re-pack.. dan hasilnya sy sendiri sekarang gunakan produk shaklee..hihi. mula2 takut gak nk amik coz sy ni preggy..tapi lepas tanya dgn doctor baru la berani amik..hasilnya tade la smp glowing2 2..hehe..cuma rase la sikit perubahan pd kulit (tatau la kalau perasaan sndr kan ;) hihi)
so kalau sape2 nak vitamin n supplement boleh la melawat blog sy..jgn risau jgn takut, insyaallah dijamin selamat :)

Irsya Healthy House said...

huhu..sy juga slh seorang pengguna vit c..tapi sy mkn yg shaklee punya..waktu amik 2 tgh preggy, mula2 takut gak nak amik..tapi pas consult dgn doc baru la berani amik..alhamdulillah, hasilnya walau tidak seglowing2 yg lain tapi tetap dapat rasekan perbezaan pd kulit sndr.. pada sesiapa yg nak dapatkn supplement & vitamin tambahan..bole la ke blog sy :) insyaallah yakin selamat..

Shahada Fauzi said...

@Zura :: akak pun makan vit c jenama flavettes eh? ok tak kak?

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la kan mummy..saya pun tak yakin yg juai kt online ni..takuit..mmg la tgk testimoni depa bg macam wow..tapi still tak berani..

Shahada Fauzi said...

@Irsya Healthy House :: produk2 yg ade jenama ni saya tak berapa kesah sangat kalau well known..macam shaklee, herbalife sume tu..cuma mmg tak mampu la nak consume..mahai nak mampuih..saya tak mampu..hehe..

yang takut nye yg jual tanpa jenama yg di repack tu..huishhh..takut efek jangka panjang jadi ape pun tak tau..

ncy cy said...

sya pon mkn flavettes vitamin c, sedap... rasa mcm mkn gula2.. hehehe.. sya beli kat watsons, ada 100 biji, bru RM20.40 je.. :)

SiGadis Yuyu said...

salam ukhuwah..done follow..yuyu pun skrg tgh mencari vits utuk acne management..karang nak pi ronda2..

Anonymous said...

Kt mna nk bli vit ni(.. Puan n0r)

Anonymous said...

sedap vitamin ni n mengembalikan kecergasan badan yg lesu



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com