Monday, 13 February 2012

~Perlu ke memilih kerja?~

Assalamualaikum. Hai!


Hampir 2 minggu menyepi sebab sibuk tahap ultra dengan kerja. Tak menang tangan oi nak buat semua menda sensorang. Walaupun opismate baru dah masuk, tapi die kan baru lagi. Jadi nak tak nak aku kena la cover jugak kerja-kerja dia sementara dia nak biasa. Tambah-tambah lepas ni mungkin takde pengambilan staf baru dah. Cuma kami berdua je yang akan bekerja di opis ni. Maknanya kerja kena multi-task. Even jawatan aku cuma dalam IT still kena buat jugak admin punye kerja. Biasa la tu. Kerja dengan NGO kan. Berpadanan ke tak gaji dengan workload kerja dan tekanan dari pihak-pihak lain, itu risiko yang terpaksa dihadapi la walaupun boleh mengundang stress yang teramat. Syahdu je rasa. (-_-") 


Bercerita pasal kerja ni, tetiba teringat zaman lepas habes study dulu. Memang susah sangat nak cari kerja masa tu. Ramai jugak kawan-kawan yang tempelak aku. Sebabnya aku taknak keluar dari Penang ni ha cari kerja kat tempat lain. Tetap berpendirian teguh nak cari kerja di sekitar kawasan Penang je. Sebabnya course yang aku ambil, peluang pekerjaan kat Kolumpo memang berlonggok-longgok. Kalau mintak konfim senang nak dapat interview dan kerja. Tapi entah la. Aku memang tak berminat nak berhijrah ke Kolumpo. Lagipun, syok ape bertenggek celah ketiak mak. Haha.


Tapi, walaupun time tu aku menggangur, tak bermakna aku duduk saja makan tido je kat rumah ni. Aku ada jugak buat kerja sampingan. Ambil upah ajar anak-anak kawan mak aku. Buat home-tuition la kiranya. Kekadang dapat job mengajar kat pusat tuisyen sebagai part-time kalau cikgu sebenar tak dapat mengajar. Dan masa tu aku adalah jururawat sepenuh masa tak bertauliah yang kena jaga nenek aku yang dah uzur dan kerap masuk sepital. Oh! Mungkin sebab tu aku susah sikit nak dapat kerja masa tu kot. Allah nak bagi peluang aku berbakti dekat arwah nenek aku. Gamaknye la. Hehe.


Sebenarnye timbul idea nak tulis pasal ni masa opis aku buat temuduga untuk cari pengganti yang akan uruskan hal pentadbiran opis hari tu. Cuma tak berpeluang sebab kerja memang berlonggok-longgok nak kena cover sensorang. Tak sempat nak menulis. Time cuti pun aku pergi pejabat buat kerja. Malam memang terbungkang le sebab otak dah letih. Nak memerah idea menulis memang idok le. Jadi hari ni rasa stress kerja tu dah kurang sikit, boleh la nak luang masa menulis sekejap.


~Erk? Kalau meja opis aku macam ni mahu pengsan. Sekarang pun boleh tahan semak dah. (-_-")~
*Imej carian Google*


Masa aku sort semua resume yang dihantar tu, aku rasa bersyukur pulak sebab aku dah ada kerja tetap walaupun bekerja dengan NGO dan gaji  tak berapa nak besar. Sebabnya sangat la ramai calon yang hantar permohonan untuk jawatan tu. Hampir 50 orang untuk satu jawatan je. Dan kesemuanya adalah Melayu. Rupanya ramai jugak yang masih mengganggur dan takde kerja tetap. Hmm..kesian pun ade. Mungkin sebab bukan rezeki kan? Lagipun nak cari kerja sekarang ni bukan mudah. Banyak saingan. 


Hari tu aku pernah terdengar dalam berita kat ntv7 pasal ramai graduan Melayu yang mengganggur dan penyebabnya. Jobstreet buat kajian. Kebanyakannya sebab tak fasih berbahasa Inggeris. Dan lagi satu sebab terlalu memilih kerja. Haa..topik ni la yang aku nak bincangkan sebenarnya. Tapi mukadimah berjela kemaen. Haha. Jadi, perlu ke tidak kita memilih kerja? Maksudnya terlalu cerewet dalam memilih kerjaya. Mungkin ada yang begini sebab nak cari kerja berpadanan dengan kelulusan. Tapi ada jugak yang sesetengahnya 'memilih' kerana nak gaji besar walaupun tahu kelulusan tak berapa nak ada.


Hmm..agak rumit jugak kan bile fikir pasal ni? Sebenarnya jika kita memang ada kelulusan, aku rasa wajar nak memilih kerja yang berpadanan. Cuma perlu ukur jugak dari segi kemampuan samada kita mampu ke tak nak pikul tanggungjawab dengan kerja yang kita pilih tu. Kerja ni bukan setakat nak gaji beso je. Kerja adalah amanah dan tanggungjawab. Kerja jugak adalah ibadah. Jadi kita kena pegang amanah tu. Gaji nak beso tapi kerja tak sungguh-sungguh. Asyik ngulat je makan gaji buta. Memang tak amanah langsung. Tapi ramai kot spesis yang camni kan?


Sepatutnya kita jangan terlalu demand sangat dan mengharap gaji besar tapi taknak bermula dari bawah. Semua nak terus melonjak naik ke atas. Salah prinsip macam tu. Orang yang bermula dari bawah selalunya lebih berjaya dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab kerja dia. Pada hemat aku, boleh nak memilih kerja. Tapi jangan terlalu memilih sangat sampai berterusan jadi penggangur. Sementara nak dapat kerja yang berpadanan dengan kelulusan, kerjalah dulu apa-apa pun asalkan gaji yang diterima halal. Kalau jadi usahawan pun molek jugak. 


Aku sendiri ada cita-cita nak jadi usahawan. InsyaAllah mungkin bila dah berkahwin, aku akan berhenti kerja dan ikut suami kendian jadi usahawan. Memang itu perancangan aku dengan encik CH bila kami dah berkahwin nanti. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Nak tahu kenapa aku nak jadi usahawan walaupun ada kelulusan ijazah? Nanti-nanti la aku cerita kat korang sebabnye eh. Sekarang aku nak tanya korang, perlu ke memilih kerja? Berikan sebab-sebabnya selain dari yang aku dah nyatakan dalam entri ni. Ecewah. Macam bagi soklan exam pulak. Ahaha.



Bisik-bisik :: Kerja sendiri ke, kerja swasta ke, kerja kerajaan ke, semuanya adalah ibadah. Kena amanah dan bertanggungjawab. Baru boleh jadi insan cemerlang dunia akhirat. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 orang bagi nasihat:

! Sam Posmen ! said...

pilih kerja? bagi aku perlu. tak salah. jika

1. course kamu. dah memang layak/expert dalam bidang tu. memilih la sikit. kalau tak, rugi dan penat je belajar bertahun-tahun kat kolej

2. suka adventure. kalau nak bersaing pilihlah kerja. makin baik job tu makin banyak orang apply. maka lagi banyak persaingan. dan kamu mesti tak kan menyesal bila dapat kerja tu.

3. disiplin. kalau agak diri tu terbaik dah boleh ikut arahan dengan baik, tak ada masalah nak pilih kerja. kalau rasa lebih kurang je, baik lupakan. kerja apa yang ada sudah.

4. naluri. bila kerja mesti nak bertahan lama. jadi pilih kerja yang betul betul suka. percaya tak, orang sekarang suka tukar tukar kerja. sebulan, dua bulan, setahun dan paling lama boleh stay untuk 5tahun. kenapa? sebabnya, kamu buat benda yang kamu tak minat.

apapun vice versa untuk yang tidak memilih kerja. kalau rasa kerja sebab untuk suka-suka, ambil pengalaman, penganggur terhormat berbulan-bulan, hari-hari makan berkais dan tak capai standard job description, janganlah memilih sangat ok.

♥CIK SHA♥ said...

@! Sam Posmen ! :: good point! 4-4 point terbaik..semua sekali aku setuju..tp yg paling setuju sgt dengan point ke-4 tu..ramai org suka lompat2 kerja..sebabnya yg macam kamu cakap tu le..sebab tak minat..

Jobs Blog said...

Blog Untuk Pencari Kerja.
http://jobs-view.blogspot.com

P/s: Bukan senang nak dapat kerja, kalau kerja yang dah ada tu..better stay la.Kalau ada rezeki lain baru blah. Hehe..

Namee Roslan said...

nak jadi memilih okay tapi kena cermin diri dulu. kalau setakat ada spm je tp memilih nak jawatan executive, mmg tak la. tapi kalau layak, apa salahnya :) lagipun kelulusan yang tinggi, barulah rasa puas hati kalau dapat kerja yang layak dengan kita. tapi jgn demand lebih sgt lah sbb zaman skang ssh nk cari kerja. :)

ParkAir said...

Aku dulu tibai je keje apa yang ada, pernah keje kedai makan sekali.. sekarang kalu nak diberi pilihan aku nak keje yang dapat aku explore bakat sendiri..

Nur Syazana Mohammed Sani said...

memang kene memilih kerja ! huhu . tapi kena berpada pada lah .

http://syazanasani.com

~eZmALiZa~ said...

kak shaaaa.... kalau pendapat ezma, ezma akan terima rezeki yg dtg dulu..sbb ALLAH yang beri :) insyaALLAH, mungkin ade rezeki lain bila kita pilih walaupun kerjaya tu tak berkenan di hati :)

♥CIK SHA♥ said...

@Jobs Blog :: betul2..skang ni nak cari kerja memang susah..kalau dah dapat tu baik stay dulu dgn kerja tu..tapi sambil2 tu boleh la cari kerja2 lain yg lebih berbaloi..mana tahu rezeki kan?

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan :: well said! tapi tu la namee..ade stgh org, kelulusan tak berapa sangat, tapi demand nak kerja jawatan tinggi+gaji besar..tu yg ramai menganggur..

♥CIK SHA♥ said...

@ParkAir :: ko kan jadi cikgu skang? ok la tu weh..tapi tu la..kekadang kerja yg kite ade skang ni tak bertepatan dan memenuhi minat kan? cuma itulah..mungkin di situ rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita..aku nnt nak buat bisnes je..jadik bos..skang ni kerja untuk kumpul modal..;p

♥CIK SHA♥ said...

@Nur Syazana Mohammed Sani :: memang boleh untuk memilih..takde salahnye..cuma kena fikir jugak cabaran nak dapat kerja skang ni banyak saingan nye..tapi kalau kite well perform dan memang layak, takde menda yg perlu dirisaukan..ye dak?

♥CIK SHA♥ said...

@~eZmALiZa~ :: good! macam ni la adik kaksha..ehehe..

betul tu ezma..apa pun kerja, semuanya rezeki dr Allah..yang mana datang dulu, dan bersesuaian dgn kite, accept je dulu..mungkin itu langkah pertama dan pintu rezeki pertama yang terbuka untuk kite..mana tahu bila kita kuat berusaha, pintu rezeki yg lain pula bakal menyusul..rezeki kan rahsia Allah..yang penting kita berusaha..kalau pemalas dan tak berusaha memang takde nye la Allah nak bagi rezeki..betul tak?

norinaomar said...

Lagi satu,semua nak kerja yang best2,kerja opis..duduk dalam aircond..
tapi tak semua macam yang saya kata ni kott

Anonymous said...

CARIAN KERJA YANG LEBIH MUDAH LAYARI LAMAN WEB INDEED.COM ATAU MUDAH.MY



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com