Tuesday, 27 December 2011

~Prepaid vs Postpaid. Yang mana berbaloi?~

Assalamualaikum. Hai!


Dulu aku pernah tulis pasal tebiat orang yang suka tukar-tukar nombor phone. Sebab aku rasa pelik kenapa dorang mudah dan kerap sangat buat camtu. Dah rupa macam hobi. Pastu tak reti pulak nak maklumkan pada kenalan-kenalan dorang yang agak rapat. Kesnye sebab aku pernah call member lama. Konon nak tanya khabar. Tetibe suara garau yang jawab. Ingatkan salah tekan nombor. Check dengan orang tu betul pulak nombornye. Bile tanya die kata nombor tu dia baru beli. Aiseh! Kes recycle number le pulak. 


Dalam entri yang tu jugak aku ade tulis yang aku ni pengguna setia talian Maxis selama 10 tahun. Kengkonon nak claim hadiah sempena kesetiaan aku tu la kan? Kire macam reward la untuk pengguna setia macam aku ni. Hoho. Tapi memang mimpi la kot nak dapat hadiahnye. Ingat dorang kesah ke dah berapa lama pun kite ni guna khidmat dorang tu. Kirim salam je la. Ye dak? 


Tapi dalam bulan 9 yang lepas aku dapat panggilan dari Maxis. Kononnye aku akan diberikan broadband free dari Maxis sebab kesetiaan aku. Memang dapat pun la broadband free nye. Cuma untuk activekan line intenet aku kena bayar jugak la activation fee. Pastu tetiap bulan aku kena bayar jugak la bilnye. Takdenye la nak dapat free semua. Mampos bankrup le dorang kan. Ehehe. Tapi kire orait la dapat broadband free. Cuma aku jarang online la pulak guna broadband tu. Sebab line macam tak berape nak laju. Rugi pulak tetiap bulan bayo tapi jarang guna. Rase macam nak terminate pun ade. ;p


Sekarang ni kerap pulak pihak dorang call nak offer aku guna postpaid line. Kirenye convert dari prepaid ke postpaid la guna nombor yang sama. Oh ye. Aku memang guna prepaid line sejak dari dulu lagi. Tak berminat nak guna postpaid. Sebab aku bukan orang kaya nak bayar bil memahal. Jadi orang mesekin macam aku lebih sesuai guna prepaid. Hehe. Cumanye, bila dorang kerap sangat call offer aku guna postpaid tu aku jadi macam rimas pulak. Tak boleh ke dorang take note yang aku dah pernah cakap aku tak berminat. Adudui.


Tak standard eh aku tak mau pakai postpaid? Takpe la. Nak buat camne. Dah memang aku tak berminat. Lain la korang. Mampu nak bayar bil memahal. Rajin contact sane sini. Kan? Aku tak macam korang. Ini adalah alasan-alasan aku kenapa taknak guna postpaid line :
  • Jarang call orang. Jarang ke tak pernah eh? Ehehe. Aku cuma akan call bila ade benda penting atau urgent saje. Kalau sesaje nak call bergayut, memang takde la. Harap maaf. Even dengan encik CH pun  aku jarang call die. Die pun jarang call aku. Memang kami PJJ. Tapi perlu ke 24 jam tetiap hari nak call? Err..macam takde life pulak.
  • Aku cuma spent RM30 untuk sebulan topup kredit. Kadang-kadang RM30 tu pun tak habes sebulan kalau aku tak call orang. Kredit banyak dihabeskan untuk bermesej-mesej je. Mesej pun dengan encik CH. Satu mesej baru 1sen. Itupun sehari tak sampai 30 mesej. Memasing busy kerja. Mesej dengan orang lain? Kalau orang tak mesej aku, aku memang jarang nak mesej orang. Haha. Err..sebab tu mak angkat aku selalu merajuk dengan aku kot. Jarang nak mesej die. Uhuk! Sori mak.
  • Aku guna henpon cap ayam je. Takde henpon canggih manggih macam korang yang sesedap rase nak online internet guna phone. Harap maaf. 

Jadi apalah faedahnye aku nak guna postpaid ye? Jarang call orang. Mesej pun dengan encik CH je. Online internet guna phone lagi la tak. Kekadang henpon tu aku campak merata je kalau encik CH busy kerja. Dah tu watpe la aku nak guna postpaid line. Wat merugi je. Jarang guna tapi tetiap bulan bil kena bayar jugak. Baik aku teruskan je dengan line prepaid. Jimat pun jimat. RM30 je tetiap bulan. Jadi antara prepaid dengan postpaid yang mana lagi berbaloi bagi aku? Tentulah jawapan nye prepaid. Hehe. Dasar orang kedekut memang macam ni ye.



Bisik-bisik :: Korang guna prepaid ke postpaid? Mesti postpaid eh. Sebab korang kan kaye. ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

17 orang bagi nasihat:

BeloG MTT said...

Kalau bukan jenis suka buat call,prepaid pon dah okay. MTT sendiri pon guna prepaid jer. Nanti kalau guna postpaid gayut sakan tak hengat dunia :P

amirah said...

lau kaya tak pa ah nak guna...saya ni masih belajar lagi konfom2 la tak mampu. lain la kalau ada bapak gula-gula sorang.kuikuikui

Muslimah Optimis said...

guna prepaid je... 3 no.. huhuhu.. 1 no topup sebulan 30.. 2 no lagi topup 10/20 sebulan.. :-)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dulu penah guna postpaid..

ngarut je... macam ada cas tersembunyi plak..

padahal tak guna byk mana pon...

pastu tukar pakai prepaid blk...

HalaTuju said...

Yup btol tu tuan umah..
bukan masalah kaya x kaya..
tp pasal kita guna ke x..
kalo kita jarang guna baik
guna prepaid je..nt pkai postpaid
jd membazir la plak..ye x?..hehe

jom la singgah jap:)

zulfikar hazri said...

dulu aku pakai topup, pastu bill, pastu topup balik...

yg penting kalau bill maxis mahal, tak berbaloi langsung!....

♥CIK SHA♥ said...

@BeloG MTT :: guna prepaid jimat kan? ehehe..saye ni memang kedekut sket..takde maknanye saye nak habeskan duit bayar bil tepon..baek simpan duit tu..;p

♥CIK SHA♥ said...

@amirah bapak gula-gula? amboiii..ade hati ke nak sorang amirah? ahahaha..

♥CIK SHA♥ said...

@Muslimah Optimis :: 3 nombor? banyaknye! saye yg satu tu pun dah biol nak manage..ehehe..

♥CIK SHA♥ said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: ye eh ade cas tersembunyi dalam bil postpaid? die cas cukai kot..

tapi betul..better guna prepaid..;p

♥CIK SHA♥ said...

@HalaTuju kaya tu maksud saye mampu nak membayar le..ade je yg tak kaye tapi mampu nak membayar..ye la sebab guna banyak kan..ehehe..

tapi tu la..kalao jarang guna baek guna prepaid..jimat! ;p

♥CIK SHA♥ said...

@zulfikar hazri :: behehe..ramai jugak pesyen ko ni rupanya..tukar-tukar..sat topup sat postpaid pastu topup balik..

aku rase semua bill pun mahal kot..jadi gunalah topup..murah..;p

haikal blank said...

dulu masa ada gadis, aku pakai bil. musim mengaruk kan, pastu mampus tak makan bayar hutang. setelah penyesalan tu timbul, maka sehingga kini masih topup dan sebulan RM10 pun tak habis.

mak aku pulak amatlah cool sebab dia tak pernah angkat telefon kalau aku telefon dia. dia akan tunggu aku givap, dan dia akan kol aku balik. HAHA sayanglah mak! memang tak habis kredit aku.

Namee Roslan said...

riesha,prepaid je bagus. :) hehe. sy guna prepaid je sbb kalau guna postpaid pun emm kdg2 smpai over limit. :/

Anonymous said...

Sekarang ada postpaid yang boleh kata bersaing dengan prepaid. Kalau jarang bercakap, hanya perlu bayar RM 8 sebulan untuk line. Itu pun boleh guna RM 8 itu sebagai talk time credit. Lebih lagi, panggilan antara sama rangkaian adalah percuma. Caj biasa call pun Rm 0.15 satu minit malah prepaid RM 0.25 sen ke atas. Jadi yang mana lebih berbaloi?

♥CIK SHA♥ said...

@Anonymous :: erk? ye eh ade gitu? line mane la tu? tak pernah pun tahu lagi..

Lee Chor said...

Kalo yg byk guna laptop dari handphone.. memang terpaksa pkai postpaid.. sbb untuk update software atau window update yg byk mkn data korang.. hanya org yg pkai internet kt hp jer yg lebih suka pkai prepaid sbb murah dan senang nk top up tuk whatssup dan facebook



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com