Wednesday, 26 October 2011

~Wajah Seiras Jodoh Kuat~

Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye dah lama persoalan ni bermain-main di fikiran aku. Nak bincang kat belog, tapi pemalas yang amat la nak mengerah otak untuk ulas perkara ni dengan sangat bernas. Ececeh. Macam la selama ni penulisan aku bernas sangat kan. Berjela-jela je sampai orang meluat nak baca ada la. (-_-")


Jadinya, tetibe pulak sekarang ni aku jadi rajin. Pergi la menggoogle terlebih dahulu tentang topik ni. Saja nak tengok pendapat orang lain. Macam-macam versi entri ada. Kebanyakannya tempek gambar sendiri dengan couple dan tanya ade iras ke tak. Ada la jugak yang tulis bagi pendapat dari perspektif mereka sendiri. Tapi paling banyak entri kopipes la. Sama je ayat kat entri dorang. Haish.


Aku tak tahu dari mana dan siapa yang memulakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Err..dengarnye dari orang tua-tua zaman dulu. Macam mana terhasilnye teori ni ye? Kriteria apa yang membuatkan tok nenek kita terfikirkan tentangnye? Entah la. Aku sendiri tak pasti. Ada yang cakap mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, kelakuan, gaya dan entah apa-apa lagi. Kalau ada iras tu maknanya berjodoh dan jodoh sangat kuat serta berpanjangan. 






Pasangan yang sedang hangat bercinta selalunya akan menjadi sangat teruja bila ada orang menyatakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Terasa bagai diawan-awangan. Menjadi terlalu yakin yang pasangan itulah jodoh buat diri dan bakal dinikahi. Mula la nak membelek setiap inci wajah pasangan memasing nak cari 'spot' yang dikatakan seiras tu. Eksaited gila. Betul tak?


Ada jugak pasangan yang bercinta ni jadi was-was bila dorang rasa langsung tak seiras bila disogokkan dengan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' tersebut. Mula la risau dengan hubungan cinta yang terjalin takut-takut terputus. Maklum la, tak seiras maknanya jodoh tak kuat. Sia-sia je bercinta bagai nak rak tapi hubungan kasih tak berpanjangan. Risau kemain hati. Heh!


Perasan tak orang selalu cakap ayat-ayat klise seperti di bawah ini bila dorang tengok couple yang macam sweet-sweet je. Kononnya nak menegaskan yang couple tu memang berjodoh. 

"Eh..eh..muka korang ada iras-iras la. Jodoh kuat ni!"

"Sweetnya! Nampak macam adik beradik je. Muka memang sebijik sangat. Mesti jodoh korang panjang."

"Perasan tak muke korang sama? Ada jodoh la korang ni tau. Bestnya!"

Ramai kot di antara kita ni yang pernah terjebak dengan situasi ni. Betul tak? Baik korang mengaku. Bohong berdosa tau. Hehe. Memang la kadang-kadang kita rasa bila tengok pasangan tu macam seiras betoi wajah dorang. Kebanyakannya kita tengok memang seiras. Sampai jadi macam obses tengok orang muka seiras. Tapi itulah kita ni ha. Selalu terlepas laku. Dah macam kita ni pulak yang menentukan jodoh orang. Padahal soal jodoh ini rahsia Allah. Astaghfirullah. *Menginsafi diri yang selalu buat khilaf.*





~Ini masa kenduri kawen akak aku. Akak aku dengan suaminya. Adik aku dengan suaminya. Aku dengan encik CH (bukan suami lagi). Saje nak bagi korang belek muka-muka pasangan di atas ada iras ke tak. Hehe. Rasa-rasa ada iras tak?~



Sebenarnya, secara logik akalnya mungkin teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni semua kebetulan sahaja. Ye la. Dah kebetulan wajah pasangan tu ada iras dan jodoh berpanjangan pulak. Ada jugak yang pasangan tu takde iras langsung wajah dorang, tapi tetap berkekalan jodohnya. Ada yang dikatakan seiras wajah, tapi jodoh dorang tak berpanjangan pun. 


Haa. Perkara ni boleh dikatakan subjektif jugak la kiranya. Sebab kan pandangan mata manusia ni berbeza. Kita tengok pasangan tu seiras sangat. Tapi pada pandangan mata orang lain, pasangan tu langsung takde iras pun. Jadi, tidak mustahil teori ini ada kebenarannya. Dan mungkin jugak tidak. Jangan terlalu taksub sangat sehingga mempercayai teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ini sepenuh hati. Lari akidah nanti. Apa-apa pun, yakinlah kita pada Allah. Jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya apa yang terbaik untuk kita.


'Wajah Seiras Jodoh Kuat' bukanlah jaminan yang kita perlu cari pasangan seiras untuk hidup bahagia dan jodoh berkekalan. Sentiasalah berdoa kepada Allah untuk memberikan kita pasangan yang baik. Kalau dapat pasangan yang seiras wajah tu kira bonus la tu buat diri. Kemudian berusahalah untuk mencorakkan hubungan suami isteri supaya sentiasa bahagia. Yang penting sentiasa memohon keberkatan dari Allah. Itulah usaha yang sebaik-baiknya. *Amboi..cakap macam orang dah kawen tu. Hehe.*



Bisik2 :: Hah! Mesti ramai yang tengah belek muka memasing ada iras ke tak dengan pasangan la tu. Kuikuikui. ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

29 orang bagi nasihat:

Zulfikar Hazri said...

mana satu muka sama cm aku? adik ipar ko yg berdiri tu ke? haha


dulu aku ada kawan. muka sama gila ngan pakwe dia... dah kawen kot.

tapi aku ingat lagi dialog...

"bangga la korang muka sama, sekali cek darah rupanya adik beradik kandung baru pdan muka" hahahahaha

aniki said...

teori yang langsung tak boleh di terima akal..haha

Kumbang Jingga said...

kalau seiras pun kalau takde jodoh tak ke mana gak hehe.rasanya kalau sekampung dan kerja dekat antara satu sama lain itu lebih membuatkan jodoh kuat hahahaha....

starzieti said...

tak pena ag jmpe org laki yg seiras ngan sye. pmpuan yg seiras ramai la. hehehe. :b

♥CIK SHA♥ said...

@Zulfikar Hazri ::

a'a la weh..bile aku belek2 muke adik ipar aku tu..ade pulak iras ko sikit2..korang ade jodoh eh? wahaha..

hoh?jahat gila dialog tu..sian kawan ko tu..keh3..

♥CIK SHA♥ said...

aniki ::

kan? itulah yang aku cuba nak sampaikan..macam tak ngam je..tapi ramai kot couple yg obses muka seiras ni ha..jodoh kuat katanya..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@kumbang jingga ::

ha'ah..betul tu..iras sekalipun kalau takde jodoh memang tak ke mana..lagipun kan, bukan ke manusia ni ade 7 individu yang mempunyai wajah seiras..habes tu takkan 7-7 tu semua jodoh pulak..kalau pompuan dgn pompuan tu rupa seiras, takkan berjodoh jgk..ye dak? haha..


yg part sekampung dan kerja dekat tu agak boleh jugak la diterima akal kot..haha..

♥CIK SHA♥ said...

@starzieti ::

uiks? kalau gitu kamu ni lesbian la ek..ahaha..;p

tak logik kan?

~eZmALiZa~ said...

pertanyaan dan persoalan kak sha mmg betul dan selalu bermain di kepala otak neh..hahaha :D

ehem2.. kak sha punye partner muka ade lebey kurg same x? hehehehe :P

Siti Safiyyah said...

yg selalu org kata dekat ss, ss ni ada iras macam muka abah. hehe. eh macam lari tajuk je? ;p

FarhanaDr said...

Saya penah dengar orang cakap, kalau kita dah hidup lama dengan seseorang pun wajah kita boleh jadi akan seiras.. Hehe..

era kecik said...

nice entry :)

Ain Atika Zailani said...

hehehheh kite tak sama muka dengan ehem ehem. mcne pun berharap akan berkekalah..mmuhehhehe=p

Namee Roslan said...

riesha..sangat lah. sy selalu dgr org ckp mcm tu tp entah la. hanis zalikha n bf dia muka serupa gila. kita tgk nnti depan kahwin !!, maknanya ye la tu. :P tp betulla kata riesha, jodoh ni kita tak boleh predict kan :)

♥CIK SHA♥ said...

@ezmaliza ::

dari dulu kaksha dengar pasal ni..dan selalu erfikir tang mana la kebenaran dia..hehe..

err..rasenye me n my partner muka tak same kot..taktau la pndangan orang pulak..ehehe..

♥CIK SHA♥ said...

@Siti Saffiyah ::

hehe..muka sis pun org cakap iras macam arwah abah sis..so kalau org lain rindu kat arwah abah sis yg dh 12 tahun pergi tu boleh la belek muka sis ni..ekeke..;p

♥CIK SHA♥ said...

@FarhanaDr ::

ha'ah doc..yg tu pun saye pernah dengar jugak..tapi macam mana la tu ek boleh jadi seiras tu..magik betul..hehe..

♥CIK SHA♥ said...

@era kecik ::

thanx era..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@Ain Atika Zailani ::

insyaAllah..mudah-mudahan jodoh kamu dengan ehem ehem tu berpanjangan..heee..

jodoh tu kan rahsia Allah..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan ::

kite memang takleh nak predict siapa jodoh kite Namee..hanya Allah saje yang tahu..

eiela said...

selalu dengar macam tuh, tapi takkan la sampai nak cari yg muka seiras, hubungan tuh kekal bukan sekadar rupa tapi persefahaman dan tolak ansur.

rainyscream said...

baru petang tadi borak dengan mak pasal ni. tp betul la xsemestinya muka seiras tu jodoh kuat, dan sebaliknya. kita sendiri xbole predict. doa je yang termampu. hihi

THE LEKAT LEKIT STORY said...

mak dgn ayah saya langsung x de iras.. alhamdulillah bercerai mati juga ayah & mak.. sy dgn en hubby pun langsung takde iras.. tp jodoh tu rahsia Allah.. kalaupun jodoh ni tak panjang (bukan minta tp kalau terjadi ler) bkn sebab muka x sama.. mungkin ada hikmah di sebaliknya. Apapun moga jodoh kami pasangan x seiras ni kekal hingga akhir hayat.. tak kira la hayat sapa yg pendek & panjang harap ajal je yg memisahkan. AMin

aleen aiden said...

hee,yup2.memang dari dulu slalu dengar org ckp pasal ni.muka klo ade iras kuat jodohnya.tp jgn percaya sgt plak kan.. :)

Zura said...

kalau cm tue dh tahulah sapa jodoh kite erk..hehe

ParkAir said...

2 tahun lepas aku pegi beraya umah member awek aku (sekarang isteri). member dia cakap "eh jemput la adik awak makan sekali"..

maziah musa said...

comelnyer blog awak...ajarla kter camner nak buat :))

zulhilmi izzat roslee said...

penjelasann.... memang betul apa yg dikatakan.. kadang ada juga jodoh seirans dgn muka bukankah hawa dicipta dari tulang rusuk adam bermakna seiras perbuatan nya kann...

Mimi said...

Ha'ah bnyak teori aku dngr "seiras muka jodoh namanya". Tak tahu la btul ke tak, jodoh ni smua urusan Allah wallahualam :)

Tpi kn, aku trtnya diriku.
Aku suka stu mamat ni. Non muslim. Bnyak org kata kitorang sma muka
Dah tu bnyak pula kebetulan trjadi pd kitorang kblkangan ni. Apa tu ek? o_o

Tpi sedih la dia tak suka aku balik huhu..



 
Copyright @ Belog Riesha Ariesha 2009-2014 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com