Tuesday, 26 July 2011

~LURUS macam pembaris.~

Assalamualaikum. Hai!


Kalau korang nak tahu, hanya segelintir orang je ade penyakit pelik ni. Penyakit 'lurus macam pembaris'. Err..mesti korang tertanya-tanya penyakit ape la tu kan. Macam pelik je. Sebenarnya itulah penyakit LURUS BENDUL. Huahuahua. 



Tapi rasanya macam tak kena sangat kot lurus bendul tu. Lurus bendul tu macam ala-ala ngok je tak tau apa-apa. Err..ye ke? Ntah la weh. Agaknye kot. Kalau ye, bukan penyakit jenis yang itu la maksud aku. Bukan bukan! Penyakit 'lurus macam pembaris' ni kategori orang yang naif dan jujur. Lurus je takde bengkok-bengkok dah. Percaya je bulat-bulat lepas tu sendiri tersedar kena kelentong dek orang. Macam tu la lebih kurang.





Hmm. Cakap pasal penyakit 'lurus macam pembaris' ni, aku rasa macam nak hempok-hempok je diri sendiri. Sebabnye, aku ada penyakit ni woi! Saket hati betol la. Apesal la tak baik-baik lagi penyakit aku yang satu ni ha? Menyampah betol! Asyek-asyek aku je yang kena kelentong. Lepas dah kena kelentong, tetibe tersedar sendirik yang diri dah kena kencheng. Grrrr..sakit hati!



Aku sedar aku ada penyaket ni masa belajar kat universiti dulu. Ada kawan aku ni, kemaen serius lagi story mori kat aku konon-konon dia ada masalah. Aku pun serius jugak la dengar siap dah percaya mati-mati semua yang dia cerita tu betul. Pastu aku kemaen semangat bagi kata-kata hikmat berunsur nasihat dan motivasi kat kawan aku ni. Tetibe die boleh pulak cakap.."Sha. Apesal la ko ni lurus sangat macam pembaris? Aku tipu je la tadi tu. Ko ingat betul ke?" Aku pun terus terkedu seribu bahasa. Apakah?



Tadi aku terkena lagi situasi yang boleh dikategorikan dalam kes 'lurus macam pembaris' ni. Encik CH yang pekena aku. Sampai hati beliau. Nak merajok doplohpat jam takmau kawan dengan beliau. Wuuu. Nak tahu situasi orang 'lurus macam pembaris' ni macam mana dia punya reaksi? Nah baca sedutan mesej geli-geli aku dengan encik CH. CS tu aku la Cik Sha. CH tu beliau. Nah baca sampai juling bijik mata korang. Jangan muntah sudah.





See. Betapa 'lurus macam pembaris' nye aku ni. Huwaaa. Rasa macam nak smackdown encik CH bertubi-tubi. Sengal ubi betol! Padahal diri sendiri yang 'lurus' tak kena gaya. Lepas tu nak salahkan orang. Haha. Rasa macam nak menyorok dalam dinding batu. Ape ubat penyakit ni wei?! Tolong la bantu aku supaya penyakit ni tak terus berlarutan dan semakin melarat. Sadis betol rasanye. @_@



Korang kalau ade kawan-kawan yang sejenis macam aku, sila jangan memperdayakan mereka. Kesian tau. Spesis macam kami ni memang jenis jujur punya orang. Tegak, lurus, tak reti nak bengkok-bengkok. Kalau nak bercakap sila straight to the point. Kami tak faham ayat-ayat kias berhias semua. Tak boleh nak adapt dan terjemah dalam otak serta-merta. Jenis yang lidah bercabang-cabang cakap pusing satu pulau memang kami tak ambik port langsung. Maaf la kalau kami buat bodoh je. Ahaha. 



Cuma satu je la kelemahan kami. Kalau orang tu cerita bersungguh-sungguh, serius dan takde tanda-tanda macam bergurau, memang kami akan percaya bulat-bulat apa yang diceritakan. Jadi silalah pandai berlakon serius kalau nak kelentong kami. Sebab itulah kelemahan kami yang nyata. Tapi kalau boleh sila elakkan berbuat begitu ye. Tak baik menganiaya kami yang 'lurus macam pembaris' ni. Tak kesian ke?



Bisik2 :: Ramai ke orang sepesyen macam aku ha? Sila mengaku cepat!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

12 orang bagi nasihat:

aceDultraman said...

nghahhahahah.. shada aku berkongsi penyakit yg sama.. tp dia tak jd slalu la.. dia jd bila yg citer tu org2 yg rapat ngan aku ja... tak sampai ati nak syak kwn2 nak klentong.. huuhhhuuh

♥CIK SHA♥ said...

aceDultraman::

hahaha..geng la nih? kui3..

tapi betol woi..dgn yg rapat2 je kite akan jadi lurus macam pemnaris ni..dengan org luar takde maknanye..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

haha..

kami selalu pekena org yg lurus2 mcm ni hehehe....

tapi kadang2 diri sndiri pn lurus juga....

kui3

Zura said...

hahahha..teringat akak mase cakap kat kawan akak..cm tuelah..lurus macam pembaris..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

pernah juga kena gelar lurus mcm pembaris ms zaman anak dara.. Dorang buat lawak kias2 pasal seks.. kita ni bengong skit pasal tu. cth mcm bila dorang buat lawak pasal berlaga pusat.. terpinga2 juga masa tu. menda berlaga pusat. perut boroi lawan perut boroi ker.. kena gelak je manjang.

~eZmALiZa~ said...

kak sha, bile dgr kak sha kata lurus mcm pembaris ezma teringat masa kawan2 kata ezma punye lurus mcm pembaris 5 meter. sengal laaa... :((

Mizz ErMa said...

hahaha..mereka2 yang xbape nak lurus memang suka kenakan kita2 yang lurus ini..0ps? =P

ParkAir said...

Haha kawan aku ada sorang macam ni, sian dia kena buli sokmo ngan geng. Jaman sekarang terlalu lurus orang mudah amik kesempatan tahu.

gadisBunga said...

malu nak ngaku.

*kite sama...ihihihi~

Zulfikar Hazri said...

sha, aku pun lurus gak.. comel tak? kekekekekeke

Frause said...

aku memperakui la kelurusan Cik Sha nih..kerana dia selalu kena kelepek dengan aku tika masa aku sedang bosan...yang bestnya tiap kali kelepek mesti terkena...kekadang kena kelepek benda yang sama 2 kali pon ada....tapi apa pon dia memang best walaupun senang dikelepek

Syafiq Rosle said...

Hmmmm..kita geng la...aq po x tau pasaipa laa aq jdi mcm ni...jujur pom salah..menipu pon salah...payah btui laaa...x reti ka nk bersyukur dpt kwn yg jujur.....harap dpt balasan kat sna..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com