Saturday, 4 June 2011

~Hadiah Perkahwinan~

Assalamualaikum. Hai!




Memandangkan musim cuti sekolah ni banyak sangat kenduri kahwen berlangsung, mesti ramai yang pening-pening lalat nak bagi hadiah apa kat pengantin kan? Tambah-tambah pengantin tu sepupu-sepapat dan kawan-kawan sendiri pulak. Kalau jemputan dari jiran-jiran ke, orang kampung ke, orang setaman ke, tak pening sangat nak fikir. Bagi je sampul berisi duit, sedekah untuk pengantin. Tak bagi hadiah pun takpe. Kalau sepupu-sepapat dan kawan-kawan yang dikenali rapat ni, kurang-kurang kena la bagi hadiah kan masa hari kahwen dorang. Ye dak?


Aku pun kadang-kadang pening jugak mikir hadiah nak bagi kat pengantin. Dulu masa belajar lagi dan belum bekerja, kalau ada kawan-kawan yang kahwen aku cuma hulur sampul duit je la. Bubuh la dalam lingkungan RM2-RM5. Tak mampu la nak bagi banyak-banyak masa tu. Kalau kawan aku tu perempuan, aku sukarela pergi tolong dia urus apa-apa yang patut tentang hal kenduri. Jadi hadiah boleh skip bagi sebab aku dah hadiahkan masa dan tenaga aku pergi tolong dia. Lagi istimewa tu. Huahuahua.


Tapi sekarang bila dah kerja ni, paling kurang kena beli hadiah le. Kang kata aku kedekut piang pulak. Walaupun realitinya memang aku kedekut pun. Huhu. Untuk membahagiakan dan menghargai kawan-kawan yang dah menempuh alam rumahtangga ni kena la aku tolak ke tepi sifat kedekut aku tu. Hadiah yang selalu menjadi pilihan aku tentulah BUKU. Buku motivasi atau yang islamik tentang alam rumahtangga. Kemain tau beli hadiah buku macam tu aku ni. Sendiri pun tak baca. Ekeke.


Bukan ape. Aku rasa kalau bagi buku ni lagi berbaloi kot. Ilmu tuh. Kiranya aku hadiahkan ilmu untuk pasangan suami isteri ni. Bila dorang baca buku aku beli tu dan ingat isi-isi dalam buku tu dan amalkan dalam kehidupan mereka suami isteri, aku dapat share saham pahala. Sebab aku yang hadiahkan buku tu kat dorang. Huahua. Bijak tak aku? Memang pon. *Perasan. Wekk.




*Pinjam kat sini*


Kenapa aku tak beli hadiah lain macam pinggan ke gelas ke jag ke cawan ke semua tu? Sebab nanti sama dengan orang-orang lain jugak. Taknak la. Tak ganjil langsung. Aku mesti la nak lain dari yang lain. Baru orang ingat kat aku. Kat dalam buku tu kan aku boleh conteng ucapan tahniah dan tulis doa untuk dorang. Siap boleh sign lagi macam buku tu aku yang tulis kengkonon. Wahaha. Jadi bila dorang sentuh buku tu dan baca, konfom dorang ingat kat aku kan? Walaupun dorang hanya ingat nama aku je. Kira ok la tu.





Tapi selalu pengantin ni masuk rumah baru dalam rumah kosong takde mende2 lagi kan? Lain la kalau dorang stay rumah mak bapak lepas kahwen. Tu lain cerita. Ni yang dah beli atau sewa rumah sendiri. Jadi boleh lah korang hadiahkan peralatan basic untuk rumah dorang tu. Kalau korang ade budget lebih, boleh la beli perkakasan dapur. Macam periuk nasi, heater, oven, cerek letrik, toaster, atau juice extractor. Kalau terlebih kaya dan budget banyak beli le peti ais. Ekeke. Oh! Boleh jugak hadiahkan peralatan dalam bilik macam cadar. Atau perhiasan rumah macam frame ke hiasan dinding ke.




Banyak sebenarnye pilihan yang ada untuk kita belikan hadiah nak bagi kat pengantin. Kalau aku memang tetap pilih BUKU la. Walaupun murah dari hadiah-hadiah yang lain tu, tapi aku rasa ia lebih berbaloi. Kira macam saham untuk akhirat aku nanti la. Apa-apa pun ikut budget masing-masing yang ada la kan? Kalau tak mampu jangan paksa diri. Sedekah duit pun dah ok walaupun sedikit. Jangan pulak bagi sampul kosong. Sian kat tuan rumah. Jahat beno perangai. Bagi ikut kemampuan. Yang penting ikhlas.




Bisik2:: Kadang-kadang pengantin bukan mengharap sangat pun dapat hadiah. 
Yang penting orang datang meraikan mereka pun dah cukup sebenarnye.
Ye ke? Bukan orang sekarang materialistik ke? Ekeke.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 orang bagi nasihat:

~eZmALiZa~ said...

haha..terasa pulak ezma..baru2 ni gi kenduri ezma hadiah set pinggan mangkuk je.tu pon beli last minit..ekekke :D ssshhh, jgn gtaw sape2 taw..hehehe :D

tumitKAKIkuLUKA said...

betul. yang penting ikhlas.. hee~;)

dark r0se said...

hurm, setuju la dgm kamu!:)beli buku pn bgus jgk! kn3;p

♥CIK SHA♥ said...

ezma::

ekeke..kaksha tak bgtau sape2..janji2..;p


tapi bukan ke set pinggan mangkuk mahal?wooo..banyak tu duit ezma..^_^

♥CIK SHA♥ said...

tumitkakikuluka::

haaa..itulah yang sepatutnya..kena ikhlas nak bagi ape2 pun..

♥CIK SHA♥ said...

dark rose::


ehehe..beli buku budget tak berapa mahal sangat..ikut jenis buku..kadang2 dalam rm50 tu boleh beli 2-3 biji buku..jimat!lagipun dapat hadiahkan ilmu untuk pengantin..kan?

meaw said...

kalau meaw lak suka bagi kain pasang.. idak pon baju baby,tapi baju baby tu susah jugak,buatkan pasangan tu tak dapat anak,terasa hati dorang...tapi meaw still pilih kain pasang la untuk laki bini tu...


orang sekarang demand..sesetengah jela bukan semua...

Zura said...

mmg pun sha..br2 nie byk nau undangan kawin..xth nk bg hadiah ape dah..

hanumHae said...

pengantin tak mengharapkan hadiah sgt kan? kalo gtu hang kawen nnt aku xpayah bg apa2 la noo.. aku munculkan diri aku cukup laa..kan?kan? ekeke ;p

♥CIK SHA♥ said...

meaw::

ok jugak kain pasang tu kan? boleh dorang buat baju raya..

♥CIK SHA♥ said...

kak zura::

musim cuti sekolah kak..memang banyak la kenduri kawen..ari tu kat taman perumahan sha setiap lorong ade majlis kawen..dah macam pesta kawen2 je..ekeke..

♥CIK SHA♥ said...

hanumHae::

eh?hang kena mai bawak hadiah..WAJIB!

AinieJamal said...

Nampak banyaknya hadiah tu semua.

CikWunny said...

Subhanallah..idea yang bernas..
Saya 2 hari dah pening nak bagi apa untuk 3 kawan baik kahwin dlm 1 bulan..nak beli barang elektrik banyak sangat pilihan..penat survey..terima kasih untuk entry ni..:)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com