Friday, 1 April 2011

~Tidak Ada Manusia Yang Tidak Pernah Buat Silap~

Assalamualaikum. Hai!


Kali ni kita berbicara topik tentang realiti hidup manusia. Realitinya memang takde seorang pun dari kita yang terlepas dari berbuat kesilapan. Betul atau tidak? Yang membezakan hanyalah besar @ kecil kesilapan yang telah kita lakukan dan adakah kita menjadikan kesilapan tersebut sebagai pengajaran kepada kita @ terus mengulangi kesilapan demi kesilapan.


Sedar atau tidak, kita sering mengeji orang yang sedang atau telah melakukan kesilapan. Kita berlagak seolah-olah diri sudah cukup sempurna dan berhak mengeji mereka yang berbuat kesilapan itu. Kita terlupa bahawa satu masa kita juga pernah atau akan melakukan kesilapan. Mungkin tanpa disedari kita mengulangi dan melakukan kesilapan yang sama. Tapi sedarkah kita?






Selalu aku perhatikan, perkara ni berulang kali berlaku di sekeliling aku. Kadang-kadang aku terfikir, terlupakah mereka yang mengeji itu bahawa mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan? Kenapa dengan mudah sahaja mengeji orang lain yang telah tersilap perhitungan dalam mengatur kehidupan atau terbuat kesilapan tanpa disedari dan diluar pemikiran mereka? Perlukah mengeji? Adakah dengan mengeji itu akan menjadi penyelesaian yang terbaik?


Kita bukan manusia maksum yang suci dari sebarang dosa dan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Kita manusia biasa yang akan sentiasa melakukan kesilapan samada secara disedari @ tidak. Jadi, seelok-eloknya jika melihat insan lain tersasar dan melakukan kesilapan, tegurlah dengan cara berhemah. Bukan dengan mengeji dan menggunakan pertuturan yang kasar. Tidak salah untuk menegur sebagai tanda kita memprotes. Tapi biarlah dengan cara yang 'baik' dan meninggalkan kesan yang mendalam supaya kesilapan yang sama tidak diulang lagi.


Aku juga pernah berbuat silap. Dan alhamdulillah aku sedar akan kesilapan itu dan aku perbaiki diri dari semasa ke semasa. Aku belajar dari kesilapan tersebut supaya aku tidak akan mengulanginya semula. Sentiasa merenung diri dan bermuhasabah. Bersyukur kerana Allah sentiasa melindungi aku dari sebarang perkara yang boleh merosakkan diri, hati dan iman aku. Semoga aku terus terpelihara.



Jika kita tersasar dan melakukan kesilapan, muhasabahkan diri dan beristighfar. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Jika kita terlihat seseorang melakukan kesilapan, tegurlah dengan sopan. Supaya teguran yang diberi meresap ke dalam jiwa dan fikiran. Jangan dengan mudah menghukum kerana kita tiada hak menentukan dosa pahala seorang insan. Cukuplah hanya dengan memberikan teguran.


Aku juga kadang2 suka menegur kalau ternampak kesilapan yang berlaku di sekeliling aku terutamanya yang melibatkan insan2 terdekat. Bukan niat untuk menjatuhkan apalagi menghina. Dan aku tidak pernah menggunakan kata-kata yang kasar. Tujuan memberi teguran adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri juga supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jadi maafkan aku sekiranya tanpa disedari terlancang berbicara. Kerana tidak ada manusia yang tidak pernah buat silap.





Bisik2 :: Jadikan kesilapan yang pernah dilakukan sebagai pengalaman pahit dalam hidup dan ambillah iktibar daripadanya.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

suka menegur benda yg tak berkenan di ati dengan cara elok..

kadang2 dengan cara lembut tapi bermakna lagi pedas dari tegur secara tengking menengking ni...

♥CIK SHA♥ said...

setuju2..lebih baik menegur dengan cara lembut tapi ada kesan yg mendalam dan bermakna walaupun mungkin ayat yg diberikan sinis dan pedas..itu lebih baik dari menengking dan memaki hamun dengan kasar..betul tak anyss?

ParkAir said...

Aku lebih suka tegur dengan cara sarkastik, best wooo... tapi kalu kena kat diri sendiri tak best hehe.

Cik Nathrah said...

sgt suke entry ni sha! yup, semua org mesti ade buat silap. yg penting, kita amek iktibar dr kesilapan tu kan sha kan? hehe :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

sangat setuju entry ni.. :)

etomyam said...

manusia sebenarnya lebih cepat belajar dari kesilapan dari belajar dari kebetulan..eh ada ke 'kebetulan' tu ek? huhu



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com