Friday, 8 April 2011

~Rezeki ada di mana-mana~

Assalamualaikum. Hai!




Nak cari kerja sekarang ni bukan mudah kan? Yelah, zaman moden sekarang ni nak cari kerja memang susah kalau takde pendidikan yang baik. Lagipun, rasanya rakyat Malaysia ni ramai yang sangat-sangat memilih kerja. Sekalipun pendidikan tak berapa nak bagus, tapi tetap 'high demand' nak kerja yang bergaji lumayan. Memang la kos kehidupan sekarang ni sangat tinggi. Tapi itu lah, nak bersaing dengan orang yang ada kelayakan dan berpendidikan tinggi ni agak berisiko jugak. Sebab sekarang ni dah ramai yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Hmm.




Pengalaman aku, lepas Ijazah dulu pun aku bukan terus dapat kerja. Hampir setahun jugak la aku menternak lemak dan menanam anggur yang tak nampak hasil. Memang seksa gila la masa menganggur tu. Tapi aku takde la duduk saje2 masa tu. Aku cari jugak la kerja-kerja part time yang boleh kasik income untuk aku walaupun sikit. Masa tu kan, ade sikit rasa menyesal sebab aku lepaskan kerja yang aku dah ada dan berjawatan tetap dalam sektor kerajaan sebab nak sambung belajar ke peringkat Ijazah. Uhuhu. Tapi itu pilihan yang aku dah buat kan? Mana boleh patah balik dah.





Kerja aku sekarang ni, walaupun jawatan bertepatan dengan Ijazah yang aku belajar dulu tapi gaji sangat-sangat la tidak bertepatan dengan jawatan. Nama jawatan je gah tapi income sebaliknye. Bekerja dengan NGO memang la tak berapa terjamin. Gaji pun memang tak berbaloi. Aku rasa gaji aku sekarang ni sama level dengan gaji kerani di sektor kerajaan. Kerja jadi cashier kat Tesco pun dapat gaji sama banyak macam aku. Tapi apa pilihan yang aku ada selain terima peluang yang ada ni kan? Takkan aku nak tolak.




Bukan la aku nak kata aku ni 'high demand'. Kalau aku jenis tu, dah tentu-tentu aku tak terima kerja ni dulu dengan tawaran gaji yang sedikit tapi kerja berlambak-lambak dan kena urus semua sendiri takde senior yang guide. Apa yang aku fikir, peluang yang ada aku kena ambil. Aku kena cari pengalaman. Aku kena survive. Mana tahu dengan pengalaman ni, aku boleh dapat kerja jawatan yang sama di tempat yang lebih terjamin dan gaji pun berbaloi kan? Mudah-mudahan. Biarlah aku bermula dari bawah dan perlahan-lahan menuju ke puncak.




Apa-apa pun aku bersyukur kerana masih ada rezeki untuk aku. Bekerja dalam bidang yang bertepatan dengan kelayakan aku. Kawan-kawan kampus aku dulu ramai yang dah jauh menyimpang. Kebanyakan ambil keputusan jadi cikgu je. Ada jugak yang habes belajar terus kahwen pastu jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan ada segelintir yang sambung Master sebab tak dapat kerja lagi. Hmm. Betul la kan rezeki kita ni Allah yang tentukan. Kita je yang nak berusaha atau tidak untuk mendapatkan rezeki tu.




Belajar tinggi-tinggi pun belum tentu dapat kerja yang bertepatan dengan kelayakan yang kita ada. Lagi la kalau tak belajar tinggi dan takde kelayakan. Jangan terlalu memilih kerja. Walau apa pun, rezeki ada di mana-mana. Yang penting kita tak jemu berusaha untuk mencari rezeki tersebut. Sebenarnya, pendidikan yang tinggi bukanlah penentu kejayaan seseorang dalam kerja dan kehidupan. 




Dah ramai orang yang tak belajar tinggi boleh buktikan mereka sebenarnya seorang yang HEBAT dan BERJAYA dalam kehidupan mereka. Yang penting usaha dan pandai mencari peluang. Bermula dari bawah sehingga sampai ke kemuncak. Itu lebih bermakna. Betul tak?



Bisik2:: Sentiasa positifkan diri, tak jemu berusaha, sentiasa bermohon dan bertawakal kepada Allah. InsyaAllah kejayaan pasti menjengah kita. (^_^)


*Gambar adalah carian dari Google.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 orang bagi nasihat:

ParkAir said...

Rezeki ada kat mana2, cuma kena usha cari je.. aku pun sama keje gred gaji sijil je walaupun ada diploma.

Zura said...

akak lepas spm ngan dip pun menganggur jugak...mmg seksalah...mule dpt keje yg xsama ngan qualification tp keje je sbb nk cari xperience...lah nie syukurlah ade keje tetap..

Cik Nathrah said...

thanks kak for this entry. :)

wath said...

Pengalaman tu penting. nanti da setahun lebih try lak apply kat tempat lain. mase tu da leh demand gaji,

nape benti keje kat gov dulu. nape tak amek pjj je. kan safety

Miss Meen said...

Miss Meen terima nasihat ini ...
BUkan memilih kdg2 kan ada hal yang tak dapat nak elak ..
Terima kasih juga atas m0tivasi yer ^_^

Amirrah Zawani said...

skrg ni mmg susah nk cari kerja.. i pun kena start cari dah dri skrg.. bulan 5 ni nak habis blajar dah.. taleh terlalu memilih lah kan :)

♥CIK SHA♥ said...

parkAir::

betul tu weh..yang penting kena usaha cari kan?

aku ni nak cakap keje gred gaji ape pun tak tahu..tak padan kot dengan degree yg aku ade..tapi takpe la..tu rezeki aku stakat ni dulu..nnt2 tak tahu lagi kan?

♥CIK SHA♥ said...

zura::

skang ni nak cari keje mmg susah kan kak? tambah2 nak cari yg bersesuaian dengan kelayakan..sebab ramai lagi yg ada kelayakan sama macam kita..

tapi yg penting jgn putus asa mencari..betul tak kak?

♥CIK SHA♥ said...

cik nathrah::

welcome nath..berusaha cari kerja eh..jgn cepat putus asa..

♥CIK SHA♥ said...

wath::

setuju..pengalaman tu yg penting kan?

erm..dulu berhenti keje gov tu sebab teringin nak merasa alam kampus..kalau buat pjj tak leh rasa semua tu..T_T

♥CIK SHA♥ said...

miss meen::

sama2..sekadar berkongsi..

memilih kalau kena gaya takpe meen..tapi yg memilih dan demand lebih tak padan dengan kelayakan tu yg tak kena gaya tu..

♥CIK SHA♥ said...

amirrah zawani::

sebenarnye peluang kerja tu banyak mira..tapi tu la..kita ni kadang2 terlebih high demand sangat..majikan skang bijak..dia cari pekerja yg boleh buat kerja..

nurul said...

thanks for the entry
memang ramai do pening kepala fikir belajar and jugak pasal kerja sampai terlupa rezeki tu milik Allah...

good entry.keep it up
=)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com