Thursday, 24 March 2011

~Makin TUA Makin LIAT~

Assalamualaikum. Hai!




Apa dia la yang 'makin tua makin liat' tu? Agak-agak korang apa yang aku cuba sampaikan ni? Sebenarnye nak cakap pasal SOLAT. Siapa kat sini yang rasa dia makin dah menginjak umur ni makin liat nak solat? Baik mengaku cepat! Tak baik tipu tau. Aku secara jujurnya mengaku aku pun dah mula ade penyakit liat nih. Huhu. Bukan la liat langsung tak solat. Tak tak! Maksud liat kat sini makin suka melengah-lengahkan solat.




Seingat aku la, masa aku masih muda belia tengah sekolah dan belajar kat U dulu aku takde la liat sangat sampai nak lengahkan waktu solat. On time masuk waktu terus solat. Bila dah kerja ni la yang makin kerap lewatkan solat. Sejak kebelakangan ni. Kengkonon busy dengan kerja. Dulu masa mula2 kerja takde pulak. Huk3. Padahal nak solat tu amik masa 5-6 minit je. Kerap la sangat aku solat Zohor dah pukul 3 lebih nak dekat pukul 4. Kalau Asar pulak konon nak solat kat rumah padahal sampai rumah dah 6 lebih. Sangat lewat! -_-"






Sebenarnye, bila aku lewat-lewatkan solat tu aku mesti jadi tak keruan. Macam ada something missing dan ada je yang serba serbi tak kena. Kadang2 bile tengah rempit moto balik kerja masa tu belum solat Asar mesti terfikir, "Kalaulah aku ter'eksiden' time nih, mati katak la aku. Dah la berdosa sebab tak solat lagi!" Betul weh! Selalu jugak terfikir macam tu. T_T




Apa la nak jadi dengan aku nih?! Bukan nye tak sedar diri. Tahu yang tebiat ni sangat teruk. Waktu solat tak jaga. Suka sangat lengah-lengahkan. Wuu. Sekarang ni sedang mencuba untuk jadi seperti dulu. Solat on time. Takde la sengaja nak lewat-lewatkan lagi. InsyaAllah. Semoga kekal dan jadi macam dulu kembali. Amin.




Korang pun jagalah solat eh. Jangan suka lengah-lengahkan. Alasan busy kerja ke, busy ngadap pesbuk ke, busy hupdet belog ke, apa2 je la alasan. Semua alasan tu tak boleh pakai! Buang ketepi. Solat bukan amik masa lama pun. 5-6 minit je. Sekejap sangat. Meh sama-sama kita muhasabah diri. Ini adalah peringatan untuk diri aku jugak. Supaya aku tak terus lalai.



Bisik2:: JAGALAH SOLAT, insyaAllah diri pun sentiasa terpelihara dari sebarang hal yang memudaratkan dengan izin Allah.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

19 orang bagi nasihat:

Cik Blog said...

tapikan....sama la kte~~hehe risau gak kot tak sempat solat, Allah swt dh amik nyawa!!huhu

nora said...

ok ok aku try buang alasan yg tak leh pakai tu ketepi, emmm kebelakang leh tak??


ENTRY HOT : Beku

shahjiehan said...

solat tiang agama, x solat, maka x bertiang la agamanya, bila x bertiang, maka robohlah agamanya... huhuhu

jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Oprah terima gaji RM963 juta tahun lalu

psst: nk kad KBU!! Sj x dpt pi..hukhuk :(

♥♥syahadah♥♥ said...

skrg sukar nak solat secara kusyuk..kejap seorang ni jerit sorang ni nangis..huuhu

mie said...

itu la..
makin dah besar ni..
makin liat je nak solat..
harap2 dipermudahkan segalanya..

eiela said...

dulu je time study selalu melewatkan solat, tapi alhamdulillah sekarang dah ok.

Latest Entri :
Best Ke Blog Nih?

hamzah ian said...

insaf

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sungguhhhh. skng ni sllau lewat2 kan solat. hooooooooooooo geram btul dgn diri sndiri

naz said...

ingatkan liat pasal sunat hahaha. saya juga dalam keadaan kritikal tentang solat. harap boleh di baik pulih :)

♥CIK SHA♥ said...

cik blog::

rasanya ramai kot yg sepesyen dgn kite mar..uhuhu..tu la..sekali Allah amik nyawa takdan nak solat padahal pergi berjimba2 men internet semua ada je masa..uhuhu..T_T

♥CIK SHA♥ said...

nora::

kebelakang??tak boleh!!ko ketepi ke, kebelakang ke, kedepan ke, tak boleh langsung ok!

kejam tak aku?wahahaha..

♥CIK SHA♥ said...

@shahjiehan::

betul! jadi pelihara lah solat anda..huhu..


p/s: boleh je kalau nak..bagi detail eh..pastu kena cas la..RM3 je..ehehe..

♥CIK SHA♥ said...

kak syahadah::

sian kat akak..ade anak2 ni macam2 ragam gak eh kak..uhuhu..

♥CIK SHA♥ said...

mie::

amin..semoga dipermudahkan..uhuhu..takut jugak mati tetibe padahal solat tak tunaikan lagi..uu..takot!

♥CIK SHA♥ said...

eiela::

baguslah..alhamdulillah..kekalkan eh..^_^

♥CIK SHA♥ said...

hamzah ian::

bagus insaf sekarang..jangan tak insaf langsung..uhuhu..

♥CIK SHA♥ said...

miss lolly::

geram geram geram..jom kite belasah diri sendiri..nak?

♥CIK SHA♥ said...

naz::

hoh?liat pasal sunat??ahaha..sengal je naz nih..

insyaAllah..semoga kite berjaya baik pulih solat kita..amin..

Frause said...

Penyakit yang sama melanda aku sekarang...tapi aku cuba ubahkannya...kadang kala tak perasan masa berlalu begitu cepat..solat pun kadang kala hujung2 waktu jer..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com