Friday, 25 February 2011

~PTPTN oh PTPTN! Sistem Ujrah tak membantu pun.~

Assalamualaikum!


Genap seminggu tak update belog. Bukan taknak update, tapi mood nak menulis tu hilang ntah ke mana. Idea bukan takde tapi tu la, M-A-L-A-S yang teramat sangat. Hiks. Hari ni kat ofis agak mengantuk sikit. Jadi marilah kite update belog. Kui3. Ni gara2 malam tadi tidur lewat sebab tak boleh nak lena. Selalu awal2 dah hanyut. Hmm. Sedang memikirkan sesuatu yang agak merunsingkan kepale hotak. Mungkin sebab tu tak boleh tidur kot malam tadi. Aduiii! Untuk hilangkan mengantok ni, marilah kita berbicara ye. Kali ni aku nak berdiskusi pasal HUTANG PTPTN! Walaweh. Berdiskusi tu tak menahan. Keh3.


Rasanya korang yang dah habes belajar @ sedang belajar, yang dapat pinjaman PTPTN ni mesti runsing fikir camne nak bayar hutang tu kan? Lain la kalau korang dapat biasiswa ditanggung sepenuhnya. Maklum le bijak2 belaka. Mesti la dapat sponsor kan? Kalau orang macam aku yang nak-kata-bijak-sangat-tu-sikit2-je ni kalau tak dapat PTPTN memang mimpi le nak sambung belajar weh. Mana nak cekau duit beribu-riban nak tanggung kos pengajian? Nak belajar tinggi tapi tak mampu jadi nak tak nak terpaksa buat pinjaman pelajaran. Dan dah tentu2 lah pinjaman tu dibuat dengan PTPTN. Ye dak?


Aku BERHUTANG dengan PTPTN sebanyak RM25ribu lebih kot. Huwaaa! Jenuh nak membayar. Sebenarnye jumlah pinjaman aku RM21ribu je. Tapi kan ke PTPTN kenakan caj perkhidmatan sebanyak 3% setahun. Maka bertambah la lagi RM4ribu lebih yang aku kena bayar jugak. Ntah hape motif nak kenakan caj perkhidmatan. Macam rasuah je aku rasa. Rasuah ke riba' eh? Huk3. Tapi tu la, nak taknak kena bayar jugak. Hutang la katakan. WAJIB dibayar.





Setakat bulan Februari 2011 ni aku dah bayar RM990 kat PTPTN. Haha. Sembang kencang macam dah bayar beribu2. Ntah hape2 perangai! Aah..tak kesah! Janji aku bayar tetiap bulan tak miss walaupun bayar sikit2. Hutang weh hutang! Wajib bayar. Huhu. Aku start bayar bulan April 2010 dengan gaji pertama yang aku dapat. Aku kan baru start kerja masa tu.


Alhamdulillah sebab aku dapat kerja pada bulan yang sepatutnya aku start bayar hutang tersebut setelah memohon diberi penangguhan selama 1 tahun dari tahun yang sepatutnya aku grad. Sebab aku extend pengajian 1 semester untuk fokus kepada Projek Tahun Akhir dan buat tesis semata-mata. Gile kan? Terpaksa sebab FYP dan tesis menguji tahap kesabaran yang amat sangat. Sadis kot. Huk3.


Sepanjang tempoh extend memang tak dapat dah loan PTPTN. Cuma dapat penangguhan bayaran je. Jadi masa tu aku hidup dengan berbekalkan duit titik peluh berbisnes. Buat printing servis dan format lappy. Yuran pengajian untuk semester tu kakak aku yang tolong bayarkan. Berkali-kali p menebalkan kulit muka kat Bahagian Kewangan bayar yuran ansur2. Hehe. Nak buat camne, orang susah. Kakak pun terpaksa tarik sikit duit gaji die tetiap bulan nak bagi kat aku bayar yuran masa tu. Mekaseh kakak! Jadi sepanjang tempoh penangguhan bayaran tu, caj perkhidmatan 3% masih berjalan jugak. Sebab tu la aku kena bayar jugak RM4ribu lebih dari jumlah pinjaman aku yang sepatutnya tu.






Awal bulan Disember 2010 hari tu aku ada buat permohonan pembiayaan ujrah PTPTN dari 3% caj perkhidmatan jadi 1% caj upah. Rasanya ramai kot yang dah tahu pasal ujrah ni dan dah buat. Kalau masih tak tahu, silalah cari maklumat sendiri. Malas aku nak suap2. Hek3. Tapi bile aku kire2 balik dari yang asal 3% tu dengan 1% ni sama je jumlah yang aku kena bayar. Cuma berkurangan sikit la dalam RM100++. Itu yang buat aku musykil. Bile aku belek2 lagi dengan teliti, rupanya tempoh bayaran balik tu yang berbeza. Untuk yang 3% tu aku perlu bayar dalam tempoh 10 tahun. Yang 1% tu pulak dalam tempoh 15 tahun. Hmm.


Tapi bile dihitung balik yang sistem ujrah 1% tu, kalau tempoh bayaran aku kekal 10 tahun, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan kurang dalam RM2ribu lebih jugak la. Cuma tetiap bulan aku PERLU bayar hampir RM200 melalui potongan gaji. Bayaran adalah tetap setiap bulan sampai habes dibayar. Huk2. Dengan gaji aku sekarang ni yang cipot'et, jumlah tu terlalu besar kot. Kalau gaji besar takde masalah nak bayar lebih dari tu pun.


Tapi masalahnye sekarang ni, surat tawaran tu cakap tempoh bayaran adalah 15 tahun, fix, dan melalui potongan gaji. Boleh ke aku nak mintak jadi 10 tahun kalau aku berminat nak guna sistem ujrah ni? Hmm. Rase macam tak boleh je. Agaknye die buat macam tu supaya tak lari jugak jumlah yang asal bayaran dengan kos pentadbiran 3% tu dengan yang setelah dibuat 1% sistem ujrah. Mesti la dorang taknak rugi kan? Kalau pendekkan tempoh upahnye jadi kurang.


Heh! Bijak betul. Nak manupulasi aku la tu konon. Ingat aku tak belek dulu ke?Sebab tu la aku tak hantar lagi borang pengesahan penerimaan walaupun aku dah terima menda alah tu bulan Disember hari tu. Sebab rasa was2 tapi malas nak siasat masa awal2 tu. Busy dengan kerja tak sempat nak kaji. 2-3 minggu ni la asyek terfikir. Tu yang belek2 jugak surat tawaran dan borang pengesahan tu nak tahu situasi sebenar.


Tempoh untuk buat pengesahan dah nak tamat sebab PTPTN bagi tempoh selama 90 hari dari surat tawaran. Tapi aku satu menda pun tak buat lagi. Agak berat hati jugak la nak teruskan sebab rasa macam kena 'tipu' je. Patut la orang panggil 'pity-pi-tipu'. Macam ngam pulak aku rase. Har har har. Jadi, perlu ke tak aku teruskan dengan menerima tawaran bayaran pembiayaan melalui sistem ujrah ni? Konpius betul la. Hmm.






Memula tu macam excited bile kawan bagitau pasal sistem ujrah ni boleh mengurangkan beban. Aku try pohon dan berjaya dapat surat tawaran. Tapi bile tengok surat tawaran tu dia tulis sekali nama arwah abah aku sebagai penjamin pertama terus rasa macam tak berminat. Aku rasa masa aku update buat permohonan tu aku bagitau arwah bapa dah meninggal. Aku kol tanya PTPTN pasal tu, tapi aku lak disalahkan.


Katanya aku yang salah isi maklumat bapa. Memang la aku isi, tapi masalahnye aku maklumkan bapa aku SUDAH MENINGGAL kot. Macam mana depa ni buat kerja. Adui. Dah tu nak suruh aku p korek kubur arwah abah aku yang dah 12 tahun tu suh tulang2 die sign surat tawaran tu ke? Sengal betul! Orang check la betul2 baru keluarkan surat tawaran. Dalam surat tawaran tu tak payah la tulis nama penjamin pertama kalau sudah dimaklumkan SUDAH MENINGGAL. Sedap sikit kot tengok. Ni terus luluh hati aku nak buat.


Memang la dalam panduan yang dia bagi ada dimaklumkan kalau penjamin tak dijumpai @ sudah meninggal dunia kena sertakan salinan sijil kematian @ surat akuan sumpah. Tapi yang buat aku jadi tak syiok sebab aku disalahkan bila aku tanya kenapa nama bapa aku tertulis sebagai penjamin walaupun aku maklumkan dia dah meninggal. Huu.


Ntah la. Masih berkira-kira nak proceed atau tak dengan sistem ujrah ni. Ada lagi 2 minggu untuk fikirkan dan bertindak. Kalau takpun aku stick je dengan kaedah pembayaran yang asal. Lagipun aku p bayar sendiri melalui bank. Tak buat dengan potongan gaji sebab kerja sekarang ni masih tak menentu walaupun jawatan tetap. NGO weh. Bile2 masa je die boleh nak 'kick' pekerja. So kena bersedia mental dan fizikal. T_T

p/s:: Update terbaru pasal sistem Ujrah baca di entri ini. (^_^)



Bisik2:: Alahai..bile nak habes bayar hutang PTPTN ni. Hidup orang 'kurang senang' macam aku ni memang tak boleh lari dari hutang kan?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

20 orang bagi nasihat:

Nur_cahayamataku said...

salam..
saya setuju dengan pendapat sya. saya pun tengah dok fikir2 juga nak accept ke tak ujrah ni. sebab bila accept ujrah, kene bayar fix rm200++ lepas tu melalui potongan gaji. huish..xnak la..hehe selama ni pun saya bayar tiap2 bulan ikut perjanjian asal(nilai berubah setiap tahun).belum pernah miss pun saya bayar dan sukahati saya la nak bayar berapa, janji kita bayar..
sebenarnya saya ada dengar juga kawan2 cakap ujrah ni kalau kita kira2 balik, tak banyak beza pun,sama je..baik bayar sendiri ikut suka.

so kesimpulannya: saya dah berkira2..saya menolak ujrah ni.
hehe

AiDa AzRyN said...

nasib baik aida xamik ptptn.. tak sanggup nak tanggung risiko.. huhu

Marya Hana . said...

hai sha :)
i sekarang masih bermaharajalela ngan PTPTN, sbb sambung degree.
macam mana lah kalau dah habis study nnt .

-.-' jenoh nak membayo.

Omaq oTai said...

adus, btul ke? OmOt x baca pun, main setuju je..pasal 'pity-pi-tipu' tu, mmg lg agree..seksa sgt rasanya..kerna tu la Nabi SAW pun kata KLU BOLEH LEKKAN BERHUTANG..to dgn keadaan skang ni, bleyh ke klu x berhutang?

OmOt jnis rajin mbaca bila ada isu penting..tq atas luahan, 10 minit gak baca td..hehe

♥CIK SHA♥ said...

nur_cahayamataku::

tu la kan nur..saye pun dah berkira2 nak menolak je ujrah tu setelah difikirkan semasak-masaknye..

♥CIK SHA♥ said...

aisa_azryn::

wahhhh..untungnya aida..takyah semak2 pale nak bayo PTPTN..huhu..jeles..

♥CIK SHA♥ said...

marya hana::

marya lagi byk kan?dip ari tu..pastu degree lg..aiyaaa..

♥CIK SHA♥ said...

omaq otai::

sebab saye was2 bile bandingkan jumlah yang asal kena bayar dgn yang ujrah..sebab tu la saye belek habes2 semua syarat dalam surat tawaran dan buat kire2..huuu..

tapi tu la..saye setuju sangat..keadaan hidup skang yg sangat 'high maintainance' terpaksa buat kita kena berhutang..huk3..

terima kasih sudi membaca ye..saye ni kalau tulis belog memang panjang berjela..hehehe..

HonEyBuNNy said...

salam..alamk...nanti dah beh belajar kena bayar ugak hutg neh..huwawwa..ila da tukrkan ke 1% bukan 3 %..hehe

ParkAir said...

last skali aku byar pitis2N ni 2 taun lepas kot. sebanyak rm50 hahaha. pastu x bayar2 dah. nasib baik aku bekas bdk poli so hutang pun 6k jek.. (tu pun cam siput nak bayar).

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sebbaik pengajian lolly tak gune langsung ptptn. kal0 tak fening gakkkk huhuhu!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ri 2 ada tya ptptn pasal sistem ujrah ni...

dia ada bag penerangan pasal ni..

lepas dgr tu rasa lega sket..

tp skrg ni dh jadi konpius plak huhu...

kami wat pinjaman 19500 aduyai..jenuh nk bayaq

Uyun Aman said...

eh..eh..serius ke??? hahah..da submit pon agrement. deng~ biasela, org mls nak srabutkan otak pk byk2. padan muke aku~

hamzah ian said...

gua punya ptptn da abis.. hahaa

Liquid said...

ujrah ni juz trick je ptptipu ni nak pksa peminjam bayar mlalui potongan gaji. haih. pndai diorg ni.

♥♥syahadah♥♥ said...

akak pulak hutang MARA..kena bayar separuhpun masih tak bayar2....huh

nora said...

bile utang aku nak abis niii....

ENTRY HOT : Cam Kerang Busuk

Latifah said...

jalan-jalan cari info pasal ptptn jumpa lak blog ni. rm24k sikit je tu. Latifah dah dalam rm50k, lagi masak nak melangsaikannya... hahaha..

btw, sistem ujrah ni memang nampak tak best kan~~~

daimpressive said...

Suatu penulisan yang kreatif.

Ini suatu perkongsian

http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html

Silalah jenguk.

Terima kasih

毛澤 said...

cari google nak faham tentang Ujrah ni...terbaca blog engkau.

kamu masih ok, hanya Ujrah sebanyak 20 tahun, lepas saya kira, i kena bayar 27ribu...

HARI I TERUS GELAP GELITA!!!

=(
memang rasa macam kena tipu...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com