Friday, 4 February 2011

~CANTIK ITU SUBJEKTIF!~

Assalamualaikum!


Hari ni kita berbicara perkara serius sikit. Mintak maaf terlebih dahulu kalau menyinggung perasaan. Ini hanyalah pandangan dari aku saja. Maaf kalau ada yang tidak setuju. Lain orang lain pandangan dan pemikiran kan? Jadi aku sekadar mahu berkongsi pandangan aku tentang perkara ini. Sebenarnya aku tertarik dengan tulisan cikgu Zara "Nak Menantu Cantik, Biar Cucu Comel". Pada firasat aku, makcik tu salah konsep la. Sepatutnya dia kena cakap "Nak Menantu Bijak, Biar Cucu pun Bijak!".


Sebab apa? Kalau korang semua nak tahu, gen kecantikan/kecomelan tu datangnya dari sebelah bapa. Ya! Gen dari sebelah bapa. Jadi, makcik tu kena cermin dulu muka anak lelaki die tu kacak atau tak. Kalau rupa anak dia kacak, kemungkinan besar dia nak cucu comel memang akan tercapai. Kalau rupa anak dia biasa2 saja, mimpi je la nak dapat cucu yang comel2. Itu fakta. Ada kajian tentang itu. Kakak aku pun pernah bagitau tentang perkara ni kat aku.


Kalau nak contoh, sila lah google sendiri gambar anak artis2 yang cantik tapi suaminya biasa2 saja dan anak artis yang kacak tetapi isterinya biasa2. Bukan tujuan aku nak menghina. Cuma nak bagi korang fikirkan sendiri. Try la google. Pandai2 la cari eh. Nampak tak perbezaan?




Kenapa aku tulis makcik tu perlu sebut "Nak Menantu Bijak, Biar Cucu pun Bijak"? Ya! Sebabnya gen kepandaian/bijak itu datangnya dari sebelah ibu. Bukan lah aku nak kata, biar ayah die bodoh mak bijak pun takpa sebab konfom dapat anak bijak jugak. TAK. Bukan macam tu. Tapi secara saintifiknye, kajian mengatakan anak2 yang bijak memperolehi gen bijak dari ibunya. Serius! Kalau tak percaya sila cari sendiri fakta tentang itu.


Cantik/kacak itu kan subjektif pada pandangan mata manusia. Mungkin pada mata kita, orang tu nampak cantik/kacak tapi pada mata individu lain orang itu biasa2 saje. Kita tak boleh sewenang-wenang nak menghina rupa yang dimiliki seseorang hanya kerana tak kena pada pandangan mata kita. Sebab itu seolah-olah menghina kejadian Allah. Apa sahaja yang dijadikan Allah dah cukup sempurna dan cantik. Sekalipun mungkin ada sedikit kecacatan, itu adalah ujian yang Allah berikan pada individu tersebut. Jadi, tak perlu la sampai nak menghina kekurangan tersebut. Berdosa tahu!


Tapi itulah kelemahan manusia. Di mata hanya nampak kecantikan luaran saja dan pada pandangan mereka kecantikan rupa paras itu sangat PENTING. Sedangkan itu hanyalah bonus yang Allah berikan. Kalau rupa saja cantik/kacak tapi dalaman langsung tak cantik takde guna jugak. Sia-sia je. Jadi bersederhana lah dalam memilih pasangan. Yang penting cari yang sekufu. Dalam Islam pun ada cakap, untuk elakkan perkara hina menghina dalam perkahwinan, carilah yang sekufu. InsyaAllah perkara tu boleh dielakkan.


Kesimpulannya, janganlah jadikan isu rupa paras ni sebagai halangan untuk berkahwin. Kalau dah memang jodoh dah ditentukan Allah, cantik dan hodoh macam mana pun kalau itu jodoh maka bersatu la jugak akhirnya. Jangan lah jadikan perkara ini isu besar. Kan aku dah cakap, CANTIK ITU SUBJEKTIF. Sebenarnya semua orang cantik pada pandangan mata Allah kalau kita sentiasa menurut perintahNYA.





Bisik2:: Rajin2 la amalkan surah Yusof lepas solat masa peknen tu insyaAllah anak yang keluar nanti rupa comel je.



Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

LORD ZARA 札拉 said...

Hehehe~

Pemutusnya kena cari suami kacak gak ni~

Ha ha ha~

FarhanaDr said...

Haaaa.. Yup yup.. Saye penah wat pasal kisah genetik ni..

http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com/2010/01/antara-bijak-dan-emosi-kaitannya-dengan.html

Wanita memang wariskan genetik bijak ni.. Heehee.. Cantik dalam, aitomatik luar pun nampak cantik kan? :)

cikgu isza said...

akak suka info ni.. boleh akak kongsi di blog akak?

Jejaka Terhangat said...

haha..kasi fakta tp kena carik sendiri..adehh..malehnya nak google search..=p

dlm islam jugak suruh cari yg cantik..tp bukanlah yg utama.. utamakan agama, pastu baru tgk keturunan, harta dan kecantikan..perempuan nak cari laki pon patut guna konsep yg sama..

segaris dgn hadis nabi ni:

“Wanita itu dinikahi karena empat hal. Karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah agamanya, nescaya kamu akan beruntung.”

sekufu tu memang sgt dititikberatkan dlm islam..utk keuntungan dua2 blah pihak jugak..=)

♥CIK SHA♥ said...

cikgu zara::

hahahaha..kalau dapat suami kacak tu kire bonus la untuk dapatkan anak comel lote..tapi tak mustahil jugak kalau Allah nak bagi anak yg comel lote untuk kite walaupun kite dan suami biase2 saje..kan2?semua tu kuasa Allah..^_^

♥CIK SHA♥ said...

doc hana::

tahu2..pernah baca..hehe..

saye setuju! kalau dalam dah cantik..otomatik luaran pun terus cantik..^_^

♥CIK SHA♥ said...

cikgu isza::

boleh je kak..saye tak kesah pun..^_^

♥CIK SHA♥ said...

JT::

kui3..sebab nak bagi pembaca rajin p cari maklumat sendiri..boleh macam tu?^_^


setuju dengan 4 syarat tu..sebab tu pilihlah agama yang paling utama..sebab kecantikan takkan kekal..dan sekufu tu memang membawa keuntungan bagi kedua2 pihak supaya tidak timbul pertelingkahan yang menyebabkan ungkit mengungkit kekurangan pasangan masing2..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com