Sunday, 9 January 2011

~Selamat Bertunang!~

Semalam sehari suntuk kat rumah mak angkat jadi jurukamera ambik gambar sepanjang majlis pertunangan adik angkat. Perghhh. Letih kot. Ecewah. Ngengade nak letih2 konon padahal snap gambar pakai kamera digital cinonet je. Bukan kena angkat kamera DLSR besar gedabak yang berat nak mampos. Kui3.


Tapi letih la jugak tau. Seharian tu. Malam tu balik rumah terbungkang tak hengat dunia. Pukul 8 dah hanyot. Letih satu hal. Tambah pulak tetibe saket perot memulas2 macam nak terkeluar semua tali perut, usus besar, usus kecik. Pasai pa ntah. Salah makan ke lambat makan ke tak tahu la. Sebab siap muntah2 habes semua yang aku tibai kat rumah kenduri terkeluar balik. Dah la tak hadam pulak tu. Wakaka.


Siang tadi pulak sebok edit2 semua gambar yang amik semalam. Banyak siot. Sampai beratus. Aku ingat sikit je. Nak kena claim ni kat adik angkat. Mintak upah. Kui3. Profesional ni weh. Amik gambar pakai kamera digital biasa pun hasil kebabom cantik menarik tau. Ewah2. Puji diri sendiri pulak. Wahaha. Nak buat camne. Aku kan memang suka puji diri sendiri ni. Syok sendiri la katakan. T_T


Ok la. Meh la kite layan gambar2 yang ade. Aku tempek sikit je la dalam belog ni ye. Takkan nak tempek semua sekali sampai beratus2 tu. Gile! Mampos berat la belog aku nanti. Kalau rase nak tengok hasil kerja tangan aku yang HEBAT ni, sila lah ke pesbuk aku ye. HEBAT itu kena caplocks sebab nak menunjuk kat korang yang aku ni memang HEBAT dan berbakat snap2 gambar. Wahaha. Cik Sha gile!



*Cik gadis yang bakal bergelar tunang orang. Masa ni baru lepas kena mekap kat kedai.*





*Orang mesjid tengah baca doa kesyukuran sebelum pihak lelaki datang.*





*Saat cincin tunang disarungkan.*





*Cik gadis dengan parents kedua-dua belah pihak.*





*Itu dia cik gadis dengan encik tunang beliau.*





*Sudah bergelar tunangan orang. Jaga2 cik adik. Darah manis tu. Kui3.*






*Yang ni WAJIB ada. Tuan belog interprem dengan cik gadis. Wahaha.*



Itu je la gambar yang boleh aku share. Yang lain p tengok kat pesbuk. Berlambak2. Tengok la sampai muntah. Sekarang tengah proses nak upload. Lembab meleleh betul la berukben aku ni. Sabau je la. Haishhh. Eh eh. Aku rase kan, macam nak serius je buat part time jadi photographer. Boleh dapat side income. Kan2? Tapi aku takde DLSR. Sape la yang nak upah aku amik gambar pakai kamera digital cikai. Wuu. Sedih ah! Diskriminasi betul. Semua orang gila dengan DLSR. Aku nak satu jugak. Tapi tak mampu nak beli. Takat tengok dari jauh je boleh la. Uhuk!


Oh oh. Lupa nak bagitau. Ini adalah anak mak angkat aku yang ke-3. Tempoh hari kakak beliau yang ke-2 bertunang. Bulan 10 kalau tak salah. Ada aku share jugak dalam belog dalam entri ini. Tapi nanti adik yang ni nikah dulu kot. Dalam tahun ni jugak. Kakngah dalam tahun depan sebab die ikat tunang 2 tahun. Yang kakcik ni tunang kejap je kot. Beliau punye tunang dah cukup duit rasanye. Lagipun umur tunang beliau dah 25tahun sebaya dengan abang ipar beliau kot. Kerja polis kot eh. Lupe plak. Oh ye. Tunang beliau ni kawan kepada abang ipar beliau. Haha. Terberkenan masa kat kenduri kahwin kaklong 2 tahun lepas. Walaweh. Hehe.


Aku ni kerja ambik gambar orang je bertunang ek? Aku ni ha bile pulak nye? Belum sampai masa lagi. Sabarlah ye kawan2. Tapi rasanye aku tak bertunang kot. Terus nikah je. Hari tu risik2 kat encik CH beliau macam taknak tunang je. Ikut je la kehendak beliau. Lagipun jauh Penang dengan Terengganu. Membazir duit pulak nanti nak tunang2. Mungkin buat majlis merisik je kot. Itu pun kecil-kecilan antara famili je. Bile? Tungguuuuuuu. Huehuehue. Cakap kemain je kan macam dah nak jadi. Padahal ntah bile tak tahu. Kui3. Alaaa. Sampai masa nanti aku reveal la. Jangan risau. ^_^




Bisik2:: Oh my! Esok dah Isnin. Malasnya nak pergi kerja. Uwaaa. T_T

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 orang bagi nasihat:

mohashiqa said...

"Tapi rasanye aku tak bertunang kot. Terus nikah je."

hoyeah!!semoga mjadi spt yg dihajatkn k...amin.

♥CIK SHA♥ said...

iqa::

aminnnnn..kui3..

Fashionista said...

ehem3...yang tu bile nk tunang gmbr last tuh...;p

sebelas said...

nice pict :P

nora said...

yea yea memang HEBAT =p

nora said...

babe..x abis penat lagi ke ni

ParkAir said...

Aku pun nak bertunang gak, cepat amik gambar aku.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ouuuuww~ camat bertunang buat beliau okeh;)

melawat ck shaa dgn senyuman~:)

ARC™ said...

pergh tuan blog pun nak sama2 hot dengan org bahagie :D

~eZmALiZa~ said...

wah! dye pon sempat lg enterprame yer..hehehe... :D

Mr. Swift said...

Hyee! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Heyy btw lawa blog and happy blogging! And happy new year 2011! Sempat lagi kan? :)

Psst! : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!

nora said...

mane u gi ni uwaaaaa

izzatul said...

wuhoo....
bez nye dpt tunang,,,nk ugak..
haha
owh ye..jgn lupe fflow blog kite eh..hehe



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com