Saturday, 11 December 2010

~Keajaiban MAKE-UP yang boleh merubah keaslian wajah~

Assalamualaikum dan salam sabtu semua. Tak keluar mane2 ke hari ni? Aku tengahari nanti nak pergi kenduri. Walaupun sebenarnye aku paling tak suka pergi kenduri. Huu. Tapi demi menjaga hati kawan yang dah menjemput, aku gagahkan juge diri pergi. Ye la. Mana la nak tahu kan nanti time aku kahwin takde pulak orang nak mai kenduri aku sebab aku pun tak pergi kenduri orang. Kire macam balasan la tu. Ye tak?






Wokeh. Topik kita hari ni masih berkisar tentang mekap lagi. Dapat idea nak tulis entri ni sebab komen dari cik eiysha zasya's. Mekasih sedari bagi saye idea nak membebel. Wahaha. Dalam entri yang lepas, aku cerita pasal keajaiban mekap yang boleh merubah wajah yang kurang lawa jadi lawa. Tak baca lagi? Sila pergi belek entri ini kalau rasa2 nak belajar macam mana nak jadi lawa.



Hari ni pulak aku nak cerita pasal keajaiban mekap yang berupaya merubah wajah jadi sangat huduh dan buruk. Ye kawan2. Mekap bukan saje boleh buat wajah jadi cantik tapi boleh jugak buat wajah jadi tidak cantik. Macam mana? Haaa. Kalau nak tahu macam mana sila la mekap muka anda sendiri sesuka hati dan sesedap rasa anda. Nak lagi best suruh je orang yang 'tangan bangku' untuk mekap anda. Dan hasilnya nanti dapat la macam kat bawah ni.






Ini namanya terlebih konfiden nak mekap. Calit la lipstik tebal2, eyeshadow berinci2 dan segala mak nenek barang mekap lagi yang boleh disapu ke wajah. Cantik tak? Wahaha. Hadoi. Nak mekap tak salah ye kawan2. Tapi agak2 la jangan sampai semua menda mekap korang nak taram kat muka. Nanti jadi la macam kat atas ni. Dah rupa burung jampuk pun ada. Amenda burung jampuk tu? Aku pun tak tahu. Ni mak aku suka cakap kalau dia tengok artis mekap tebal kemain dalam tv. Kui3.



Itulah die keajaiban mekap. Boleh jadi LAWA sangat2 tapi boleh jadi HODOH teramat jugak. Hehe. Kesimpulannya, mekap biasa2 sudah. Orang cakap natural mekap. Rasanya ramai yang suka mekap nampak natural sekarang ni kan? Tambah time kenduri tunang ke, kahwin ke. Barulah wajah tak ketara berubah. Masih nampak keaslian wajah tu. Sedap je mata nak memandang. Kan2? Lagi satu jangan mekap selalu. Nanti hilang seri wajah. Wajah nampak kusam kalau tak mekap. Itu mak aku la cakap. Tak tau la betul ke idak. Mungkin betul la kot.






Mekap ni die macam kita mewarna la jugak. Tapi mewarna kat muka. Seni merias wajah. Jadi kalau nak mekap tu nampak cantik, kena la ada skill. Tak boleh hentam je sesuka hati. Kena belajar. Bagi aku la kan, tangan ahkak aaw aaw ni memang ajaib. Dorang kalau mekap mesti meletop. Cantik gile! Sebab dorang suka something yang cantik. Tapi ikut jugak la. Tak semua antara dorang ni mekap cantik. Ada yang mekap korang terus nampak macam cik ponpon. Maksud aku lelaki yang transform jadi pompuan a.k.a pondan. Hee.



So kena pandai2 pilih tukang mekap la ye. Nak2 time kenduri. Tak kisah la kenduri tunang ke nikah ke sanding ke. Cari yang betul2 pro dan korang selesa. Pastu hasil dia memuaskan hati dan memang cantik. Tapi sekarang ni pun dah banyak pilihan. Tak semestinya nak kena pergi mekap kat ahkak2 ni. Sekarang dah ramai kaum2 wanita yang terer mekap jugak. Yang penting kena pandai cari la. Okay? Bersederhana la jika nak mekap. Jangan jadi macam beliau kat bawah ni sudah. Hahaha.



*Cantik tak I??*



Bisik2:: Perghhh..Macam kaunselor mekap lak aku rase..Wahaha..


*Gambar cilok kat GOOGLE*
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 orang bagi nasihat:

Mar said...

org yg make up pandai match mmmg cntik,.bukn make up main semberono je.he.jadi semuany mmg kna ad skill kan,,.

Jejaka Terhangat said...

haha..tengok la..beruk pon kalo dikenakan mekap bleh jadi cun woah..haha, nice pic..=p

violetless said...

cik shaaaaaa...tak reti mekap lor..berani buat smokey eye ja..yang kaler len tak berani...

buat tutorial mekap sket cik sha..hukhuk

hiro said...

make up kan up laa.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com