Tuesday, 30 November 2010

~Rajuk si ibu..Si anak gelisah tak tentu hala..~

Angkat sana angkat sini, lama-lama terus tak terangkat. Ni apehal lak aku dok sebut perihal angkat2 ni? Takde ape. Saje buang tebiat. Huuu. Sebenarnye rasa bersalah kat mak angkat aku. Beliau merajuk dengan aku. Katanya aku dah lupakan beliau sebab sebulan dua ni aku tak mesej beliau. Bz sket dengan kerja sebenarnya. Tempoh hari beliau hantar mesej emo kat aku kata aku dah buang nombor fon dia dan dah lupakan dia. Huu. Camno nak buek ni? Puas dah pujuk tapi still merajok jugak. Berdose tak aku?



Mak angkat aku ni tinggal kat Johor. Mak kepada classmate bahasa jepun masa aku study kat UMS dulu sebenarnya. Beliau berkenan kat aku masa first time tengok aku masa dia jemput anak die kat airport masa kami balik cuti semester sama2. (Berapa banyak kali sebut masa da? Haha.) Oit2! Anak die perempuan la. Jangan salah anggap pulak. Sejak dari tu terus beliau menyatakan keinginan beliau nak jadikan aku anak angkat. Maka terangkat la aku.



Tahun ni dah 4 tahun kot aku jadi anak angkat beliau. Sejak habes belajar dan dah bekerja ni aku jarang sikit mesej dengan beliau. Maklum la busy dengan kerja. Malam2 pulak aku selalu tertido awal. Tadi pun sebenarnya aku dah tertido tapi terkejut jaga sebab dengar suara mak aku macam petir dok bising kat adik sepupu aku merangkap anak angkat mak aku sebab mak aku asuh dari baby yang penakot nak mampus nak pergi basuh tangan pun nak berteman. Mak oi! Terpanjang lak ayat tadi tu. Hehe.



*Aku sayang semua mak-mak aku*


Itulah wei! Serba salah aku. Bukannya aku dah lupakan beliau pun. Langsung tak pernah terlintas pun nak buang beliau. Mak angkat tu dah macam mak sendiri weh. Hadoi. Tapi mak angkat aku ni sensitip betul la orangnye. Huu. Dah banyak kali jugak la beliau merajuk macam ni. Sedih aku ni ha beliau anggap aku dah lupekan beliau padahal tak pun. Cuma jarang contact je. Nak jaga hati mak sendiri juge. Pastu nak jaga hati anak2 mak angkat aku sama.


Hadoi. Aku bukannye ape. Aku risau beliau terkecik hati dengan aku je. Kan dah tak redha hidup nanti walaupun beliau cuma mak angkat. Hati orang tua wei. Tambah2 die dah sayang kite ni ha macam anak sendiri. Wuuu.




Nok wak guane ni weh? Nak g pujuk sendiri jauh la pulok. Aku kat Penang beliau kat Johor. Eh2. Dah rupe macam kekasih nak pujuk kekasih merajuk lak aku rase. Wakaka. Gelak2. Pang sat g baru tau. Uhuk! Makkkkk. Sha mintak maap la kalau sha wat mak kecik hati dan merajok. Takde niat pun. Wuu. Bukan taknak contact mak langsung. Sebulan dua ni ha bz sket dengan kerja. Sekarang ni dah free sket. Tapi mak pulak merajuk. Wuuu. Sha mintak maaf mak. ( Bajet macam mak angkat aku baca blog aku la konon2. T_T )



Susah sebenarnye nak jaga hati orang tua weh. Ni baru mak angkat. Mak mentua nanti macam mana la gamaknye. Mak sendiri lagi la kena jaga2. Hadoi. Tu la cik sha oi. Ang tu banyak mak sangat. Eh? Mane pulak banyak. Mak kandung, Mak Pah (mak angkat kat penang), Mak Yah (mak angkat Johor) dengan bakal Mak Mentua. Baru ade 4 orang mak. Rileks la. Rileks hotak ang! Pastu gelabah biawak tak tahu nak buat apa bile mak-mak tu merajok tetiba. Padan muka! Huwaaaa. Sedihnye rase. Anak mane tak sayang mak even mak angkat pun. Tak tenang hati dok mikir hal ni. Ok la. Nak tido sekarang. Huuuu.



Bisik2:: Tetibe rase nak nyanyi lagu Ummi Ummi Ummi tu. Uhuk!
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

27 orang bagi nasihat:

Cikbelog said...

heehe cikbelog pun ada mak angkat coz hari tu kena ikuti program anak angkat tapi skang dah tak contex ngan fmly angkat..heee

Syafiq Rosli said...

huhu..bese la u..u explain kt dye sbenar2 nye mst dye paham kn..

Hellioz said...

mak angkat?

kental2...

Rara Nasiha said...

explain kat die baik2, pjuk dia, mesti okey punya. hati mak, lembut. :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

merajuk2 manja tu.. dia sebenarnya nakkan perhatian

♥CIK SHA♥ said...

cikbelog::
uik??awat tak kontek??hehehe..saye pun pernah ade family angkat masa join aktiviti belia dulu2..tapi yg tu terus tak kontek2..segan sebab mereka kaya..T_T

♥CIK SHA♥ said...

syafiq rosli::

wuuu..ntah la u..dah byk kali jugak explain..tapi mak angkat i ni jenis kuat merajuk sket..uhuk3..

♥CIK SHA♥ said...

hellioz::

perghhhhhh..dah habes kental dah ni ha wei..hahaha..

♥CIK SHA♥ said...

rara nasiha::

huk3..tu la..nak try pujuk lagi ni..arap2 la die cool nnt..T_T

♥CIK SHA♥ said...

the lekat lekit story::

ha'ah..memang tahu..die memang macam tu...tapi tu la..sedih oh bila die anggap kita dah buang dan lupakan dia..huk3..

CGG said...

hi cik sha:)
ibu permata hati kita:)

Anna Boleyn said...

huhu pujuk lah lagi jgn putus asa..lama2 nnti sejuk lah ahti dia tu.. :)

ParkAir said...

aku nak kakak angkat, anyone?

FarhanaDr said...

Macam best jek ade mak angkat.. Heehee.. Moga mak angkat tak merajuk daa.. Ape lagi.. Pi johor cepat.. Hehe..

Jejaka Terhangat said...

hantar je post laju..bg hadiah barang kegemaran dia..sertakan surat pendek..cara klasik utk pujuk urg yg klasik. ahaks..=p

♥CIK SHA♥ said...

CGG::
hi CGG..ape maksud CGG tu eh?hehe..
yup!ibu adalah permata hati kita..^_^



anna boleyn::
huhu..tu la hana..sodih sis..sapo tak sayang mak kan??harap2 la die ok nnt..gelabah nak pujuk orang2 tua merajuk ni..wuuu..

♥CIK SHA♥ said...

farhanaDr::
Best..tapi nak jaga hati susah ooo..orang dah sayang kite kan..uhuk3..

uik??jauh tu doc..kalau saye boleh terbang lama dah pergi..bole buat megik ke ok gak..haha..



JT::
hah! idea paling bernas..gud2..ade gak aku terfikir2 tadi mcm nak bg sumtin..nnt akan kufikirkan..tenkiu..^_^

Syazwana said...

comelnye blog ni
heee
xD

Liquid said...

hee biase la org dh berumur ni, nk perhatian sikit dr anak2 die even anak angkat hee =)

pujuk2 la secara bersungguh2 oke

hamzah ian said...

gua syg mak gua..

Heidi Shafiq said...

wow.. ade mak angkat.. :D

Fakhrur Razi berkata said...

hahaha bestnya ada mak angkat..
xpe nnti hari raya nnti dtg lah melawat dia XD
huahua

cikgu isza said...

pujuk sampai jaya.. lama2 ok lah tu..
lama tak bertanya khabar dengan mak angkat yang berada di baling..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

post adiah kat dia atau kad ucapan
yg dibuat sendiri

huhu

Privacy_Resident said...

aku ada mak angkat orang Perlis. dia selalu call suroh aku balik sana. aku dah susah hati dah. bukan taknak balik tapi umah sendiri pon aku tak balik.

tiap kali call ajak balik. hmmm. masalah betol. so sekarang susah la aku nak angkat dah call dia. dia asyik ajak balik je.. aku serba salah jadinya. haish.

Khairy said...

banyak pulak mak2 hang ni...huhu aku pun ada mak angkat gak...cikgu aku...saje nak eksyen skit kat ko..hehe

Orang tua ni makin tua, makin sensitve...ko kena paham2 la kan, nak tau cmne nak handle...gud luck dalam memujuk mak angkat ko...hehe

Zura said...

jagalah hati ibu kite...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com