Monday, 22 November 2010

~Lagu yang mendamaikan jiwa, hati dan minda~

Disebabkan tunggu lagu Allahi Allah Kiya Karo nyanyian Maher Zain yang ala2 hindustan ni habes loading lambat sangat, sampai terlentok tido aku kat meja tepi lappy. Ish3. Buruk benau la perangai nye. Nak buat macam mane. Udah berukben nye lembab meleleh2. Demi lagu tu yang dah menarik hati aku nak nyanyi2 sama maka aku sanggup tunggu. Kui3.


Kalau dah ngantuk tu sila lah pergi tidur dengan selesa di atas tilam ye. Jangan ikut perangai buruk aku tu. Huahua. Sekali terkejut jaga sebab mesej tetibe terasa bunyi begitu kuat padahal tak kuat pun. Gamaknye syot kot eh. Kui3. Yo la tu tetibe bunyik kuat. Padahal mesej bertubi2 masuk dari encik CH. Keh3. Ampun mas! Gue tertidur. ;p


Bila terkejut jaga ni otomatik mata terus jadi segar bugar terang benderang la kan. Maka dengan itu terhasillah entri ni. Eh2. Tetibe terskema lak. Eh? Serius la best pulak lagu Maher Zain ni aku dengar. Padahal memang semua lagu dia best pun. Cuma lagu ni pestime aku dengar masa kat opis tadi. Hee. Rase macam nak goyang2 macam hindustan tu dengar rentak lagu ni. Tapi mane boleh la. Lagu nasyid tuh. Buang tebiat ke hape nak menari lagu nasyid. Astaghfirullah. *sambil geleng2 kepala kat diri sendiri. sigh.


Nah aku bubuh link nak suruh korang layan jugak lagu ni. Siap dengan lirik lagi. Jadi boleh ikut nyanyi sama. Senang je sebutan lirik dia. Maksud setiap lirik ni pun bagus ok. Kalau rajin sila cari lirik ni dan pergi translate sendiri kat google translator. Hek3. Jom kita bernasyid sama2.





Sesekali layan lagu genre nasyid macam ni bagus jugak. Boleh buat tenang hati dan minda. Buat kita kenang siapa kita. Buat kita muhasabah diri. Buat kita kenal siapa pencipta kita. Nak lagi bagus dengar zikir takpun bacaan quran. Damai je rasa. Itulah lagu terbaik yang boleh mendamaikan jiwa, hati dan minda kita yang kadang-kadang kacau. Serius aku cakap. Aku kalau rasa tekanan dengan kerja aku pasang je zikir dengan bacaan quran kat opis. Terus rasa tenang je jiwa raga. Apa nak susah. Berlambak kat youtube. Search je tak payah nak pening2. Hiks.




Tetiba teringat kenangan masa first year kat kampus dulu. Aku ada geng nasyid sendiri. Heee. Jangan tak tau aku dulu penyanyi nasyid ok. Wakil kampus aku lagi. Aku dulu kat kampus cawangan UMS Labuan. Menang tempat pertama tuh masa pertandingan akhir nak pilih wakil dari kampus aku pergi bertanding peringkat universiti kat kampus induk UMS dan cari wakil universiti. Tapi takdo rezeki nak menang. Group nasyid lelaki yang menang. Tapi tak kesah pun. Yang penting pengalaman tu. Nak berhadapan depan audience. Perghhh. Macam tak percaya aku yang PEMALU ni nyanyi nasyid atas pentas. Nostalgia betul.



Ini gambar kenangan aku masa pertandingan mencari wakil kumpulan nasyid universiti. Cari aku yang mana satu. Wahaha. Aku yang kat tengah2 tu le. Slim melim nye aku time ni. Eh! Rindu betul la kenangan tu. Aku yang kasaq kedegaq (bahasa rekaan aku) ni masuk group nasyid. Unbelievable betul. Masa first year ni aku aktif main bola jaring. Petang2 terkinja2 melompat main netball sekali tengok masuk nasyid da. Haha. Owh! Rupa-rupanya dari dulu lagi aku memang serba boleh. *mood perasan!





Eh, ok la. Aku nak pergi sambung tido. Bantal busuk aku dok goda2 aku tu. Selamat malam semua. Have a nice dream. Kita jumpa lagi esok. Assalamualaikum.



Bisik2:: Sesekali kita perlukan sesuatu yang boleh menenangkan jiwa dan buat kita merenung dalam-dalam siapa diri kita sebenarnya. Aku suka renung alam ciptaan Allah yang mendamaikan.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 orang bagi nasihat:

Linglung said...

perghh..masuk nasyid..konpem suara sedap mcm burung belatuk ni..ye dak??

Peminat Katie Holmes said...

for me, awaken yang terbaik.

maiMOONyet said...

hehehe... lama tak layan nasyid ^^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com