Thursday, 18 November 2010

~Ada 7 manusia yang mempunyai iras wajah yang sama. Percayalah!~

Dah banyak orang cakap tentang ni kat aku. Tapi aku buat tak tahu je. Siap gelak mengekek bila dengar mereka cakap macam tu. Terasa lucu yang amat. Geli hati aku. Tapi dalam masa yang sama bangga la jugak. Kui3. Astaghfirullahalazim. Tak baik bangga2 cik sha oi. Insaf sekarang. Hehe. Bangga tu idok le. Kembang je sikit. Eh? Tak sama ke tu?



Dulu masa aku belajar kat U, junior2 yang selalu datang untuk print servis dan format laptop kat bilik aku pun kerap cakap benda yang sama. Kawan2 aku pun dah selalu jugak cakap pasal tu. Bila dah kerap orang cakap, kadang2 terdetik jugak kat hati. Eh? Betul ke sama ni? Tak kot. Aku cuba nak menafikan konon2 tak boleh terima kenyataan. Ngeh3. Macam ada unsur2 kedengkian je. Burok beno perangainye. Ish3.



Tapi rupa-rupanya dalam diam tak diam, ada jugak kawan blogger yang perasan dan cakap perkara yang sama. Aku penat2 tulis entri cakap pasal benda lain. Semangat gila aku dok cerita pasal Filem Pertama aku. Depa p komen pasal benda lain. Cepuk kang! Hahaha. Ini antara komen2 yang telah dikemukakan. Eh! Terskema pulak ayat aku. Kui3.








Ahh. Ini tidak boleh jadi. Rasa tidak puas hati, terus aku google nak buat perbandingan. Dan inilah dia hasilnya. Boifren aku vs Faizal Hussein. Sama ke weh? Hahaha. Part mana la yang korang kata sama tu weh? Kenapa aku tengok macam lain je? Korang ni salah tengok kot. *Ayat dengki. Kui3.




*Kajian kes pertama*



*Kajian kes kedua*



Itulah dia Faizal Hussein versi cerah dan klonnya yang kurang cerah (boifren aku). Erk? Harap2 my dear bushuk2 tak baca entri ni. Keh3. Sama eh? Mungkin la kot ade iras2nya sikit kan. Bukan ke manusia kat bumi ni ade 7 yang mempunyai iras wajah yang sama? Tak caye? Pergi la wat kajian sendiri. Aku pun tak tahu kesahihannya. Mungkin betul la kot kan. Keh3.







Gambar ni la puncanya yang kawan2 blogger aku tu tegur. Ada aku tempek kat sidebar blog aku ni. Owh! Perkara ni harus aku rahsiakan dari pengetahuan encik CH. Dan aku berdoa semoga beliau tak baca entri aku yang ini. Sebab nanti beliau eksyen dengan aku. Huh! Tapi tak heran pun kalau beliau nak eksyen dengan aku sebab aku pun boleh eksyen dengan beliau jugak. Kakak aku cakap, muka aku ada iras Vanida Imran. Muahaha. Takmau kalah tu. Tetibe perasan jugak. Hampeh betul perangai. Kui3. Buktinya ada kat bawah. Silalah lihat sendiri. ;p



*Sama tak? Sama tak?*

Ada iras tak muka aku dengan Vanida Imran? Muahaha. Aku memang kuat perasan. Jangan la korang tensen dengan perangai huduh aku yang satu ni. Nak buat macam mana. Memang takda ubat kot nak rawat. Redha je la ye. Macam ni la aku kalau mai otak mereng tetiba. Kah3. Muka korang ada iras artis mana2 tak? Cepat eksyen kat aku pulak. Kui3. Sekian mekaseh.



Bisik2:: Perasan adalah perangai huduh aku yang first class punye. Jangan marah aa. Hahaha.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

25 orang bagi nasihat:

Nur Areefah said...

sama tapi tak serupa.hohoooo

akmalhilmi said...

a'a la
same2

roy2
atie kaw keras

gila gila remaja
hehehe

zati said...

a'aah laa same, bestnyee muke sama dengan artis, nak juga, jap2 nak g google miahahaha ^^

Khairy said...

mengenai bf ko...bagi aku tak serupa la...

mengenai ko...sebiji woo...phewwit....minta sign boleh? hehe

Apie said...

memang dari 2nd year cek suspek vanida imran tiru muka ang ni..

tapi terkejut lak tngk tun ade iras2 faisal.haha

Echam said...

Salam Aidiladha... Betul... mmg same.

amirah said...

haha...cik sha ...rasanya cik sha mirip vanida tp bf cik sha xmirip faizal husin ...juz my opinion =)

Cik kEChiks said...

haah..sama2!

♥CIK SHA♥ said...

nur areefah::
hehehe..a'a sebab lain mak lain bapak..jenis darah pun lain walaupun sama kaler merah..^_^


akmalhilmi::
same eh??hehehe..pelanduk dua serupa..pasni dia boleh berlakon gila gila remaja 2 versi moden..;p

♥CIK SHA♥ said...

zati::
heheh..tapi takleh nak berlakon macam dorang..muke je la same..hik3..nak jgk eh??p google skrg..



khairy::
eh?ko org pertama yg kata tak same muke bf aku dgn faizal hussien..hehe..lain mata lain pandangan kan..

wiiwiitt..meh nak sign meh..kui3..

♥CIK SHA♥ said...

apie::
hahahaha..rupanya ang pun dah lama ke perasan muke cek mcm vanida imran??kui3..

sshhhh..sila diam dan jangan infom kat tun eh..hahaha..



echam::
salam aidiladha..heeee..same eh..ki3..

♥CIK SHA♥ said...

amirah::
heeee..vanida imran dgn saye boleh berlakon kembar la kan??kui3..


cik kechiks::
heeeeeeeee..^_^

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha..

sama la....

wah BF cik sha artis.. meletups tu

kih3....

UNDI GKSB NO 51

Lovely Emy said...

hahaha, ada ah sama, tang kurus kot.. yelah faizal cerah sikit.. :B

Marya Hana . said...

haha muke i plak..? same ngan sape..? haha..

heh. betol lah muke bf u ade iras faizal hussein.. woot woot **

mate u same ngan vee..

hamzah ian said...

muka gua sama dengan tom kurus

cik EPAL said...

aah la ada sama la sikit. hehe =)

cikgu isza said...

akak pernah jumpa dua orang yang macam muka akak.. akak pun naik confuse..

Privacy_Resident said...

muka bf ko yang pakai baju biru tu memang gaya faizal husein.

hiro said...

keh2..same2.hehe

Zura said...

bentuk muka sama...

Anna Boleyn said...

haha baca entry ni and lepas tengok betul2 baru lah perasan. yep yep muka mr CH cik sha ada iras iras faizal hussin :)

zul said...

boleh la tu.:)

Sadat Muaz said...

Woww handsomenyaa boss akuuuuuu 😣😣😣😣😣😣😣😣😣

Sadat Muaz said...

Wowww. Handsomenyaa boss akuuu



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com