Wednesday, 27 October 2010

~Alamak! Dapat LUVBITE dari encik H..~

Lama jugak aku tak update eh blog busyuk aku ni. Semenjak kerja berlonggok longgok ni bapak pemalas gile aku nak update blog. Gile?? Haha. Teringat pada persoalan yang cik GT bangkitkan kat pesbuk tadi. Betul jugak kan. Orang suke mention terms 'GILE' bila nak express their feelings about something. Contoh macam ni.."Comel GILE cik sha ni." Muahaha. Ayat perasan nak mampus! Sila abaikan. Tuan blog memang kuat perasan. Tapi betul kan kite memang suke gune terms 'GILE' tu. Hehe.


Hah! Cakap pasal update blog, bulan ni baru 6 ketul entri kot aku tulis termasuk entri ni. Sikit gile. Gile lagi. Haha. Ni memang kategori pemalas tahap kronik ni. Tapi claim diri tu pembebel tegar kat blog. Kui3. Nampaknye azam nak tulis sehari satu entri dah tenggelam dalam kat laut mane ntah. Tinggal angan2 je la. Ngeh3. Takpe. Akan aku laksanakan azam itu dalam sedikit masa lagi. InsyaAllah. Bile kerja kat ofis dah tak terlalu memberi tekanan perasaan kat aku. Nak tulis blog ni kena relaks. Baru idea mencurah curah. Maklum la. Aku kan menulis pakai hati. Aiseh.


Malam ni mata terbuntang pulak tak ngantuk lagi. Semalam pukul 8 dah hanyut p belayar kat alam lain. Isya' pun terbabas pukul 4 pagi. Huk3. Letih sangat gamaknye. Ahad malamnye tak dapat tidur lena atas train. Oh! Nanti aku cerita part tu kemudian. Hehe. Tadi aku balik dari opis pun dah lewat. Pukul 9.45 malam baru gerak balik. Ada sedikit discussion. Itu rahsia pejabat so tak boleh nak expose. Biar aku simpan dalam hati je. Tapi dah lega sebab dapat luahkan dekat the right person. Hehe.


Tadi on the way balik aku kena kejar dengan 2 ekor mamat selenge. Huuuu..Takut nak mampus! Aku rempit sampai 110km/j atas bridge tadi, tapi lagi laju depa kejar. Dok mintak no tepon. Bengong betul. Dah aku rempit laju depa pun laju last2 aku slow. Depa lajak ke depan. Aku maintain slow ikut jauh sket dari belakang depa walaupun depa try nak bawak slow jugak. Gile takot weh! Huhuhu. Macam2 ayat quran dengan zikir aku kumat kamit baca takut punya pasal. Dalam pale otak tak fikir ape dah. Nak cepat sampai rumah dengan selamat je.


Sampai2 rumah masa nak bersihkan diri tengok2 ade luvbite kat tangan. Bukan kerja mamat selenge 2 eko tu la. Agaknye Encik H bagi hadiah kat aku kot time aku lalu kat tempat dia. Haha.Sepanjang on the way nak balik rumah aku perlu lalu highway yang panjang dan gelap gelita takde lampu serta 2 kubur Islam dan 1 jirat cina. Seram kot time2 kenderaan dah tak berapa nak banyak kat jalan raye masa tu. Maklum la. Aku kan duduk kat hulu. Pukul 10 dah macam pukul 12. Kawan aku yang cakap macam tu masa die hantar aku balik rumah waktu malam satu masa dulu. Ngek betoi die tu. Haha.


Tapi kan..nape eh orang kita ni suka cakap kalau kesan lebam tu tanda kena gigit antu? Betul ke? Kat mana yang relevannye fakta depa tu ye? Aku pun terfikir2 jugak. Tak perasan lak aku tadi ade antu gigit aku. Nasib baik tak nampak. Kalau nampak mahu pengsan 24jam atas moto tadi. Pastu antu tu yang drive moto aku tetibe. Haha. Nak kata aku hit something yang keras terkena kat lengan takde pulak tadi. Hmm. Musykil lak rase. Tapi malas nak fikir banyak. Agaknye Encik H saje nak bagi aku hadiah tu kot. Ye tak? Kui3.


Pasni kalau boleh aku takmau dah balik malam. Takut! First, takut kena kejar lagi dengan mat rempit. Second, sebab kena lalu kat kawasan scary. Tapi kalau naik moto je la. Kalau naik kereta takde masalah takut macam ni sangat. Hehe. Ape2 pun, pesanan kepada diri sendiri dan gadis2 yang pergi kerja merempit macam aku. Sila berhati-hati ye. Rempit2 jugak, keselamatan diri sila utamakan. Sekian sahaja pesanan ikhlas dari saya. Terima kasih. ^_^



Bisik2:: Encik H. Luvbite yang anda bagi sangat la hijau kesannye dan sakit. Huhu.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 orang bagi nasihat:

Privacy_Resident said...

Hey I yang kejar U tadi. Kenapa bawak laju sangat? I nak cakap U cute je. HAHA tetiba je. ;)

FarhanaDr said...

Eh.. Tulisan entry ni tak boleh dibace laa CIk Sha..

♥CIK SHA♥ said...

Privacy_Resident::

hoh??ye ke u??jangan la kejar2..i takot tau..hahaha..


FarhanaDr::

dah ok dah dochana..bahasa kuno mane ntah keluar..silap setting..hehehe..

Zura said...

bahayanye cik sha..asal x langgar je..hahaha..jd kes polis plak..

Anna Boleyn said...

huhu seram lak hana baca citer ni. cik sha, hati2 tau. macam kes mat rempit tu. nasib baik tak jadi pape kat cik sha. huhu oh yg psl encik H tu tak tau lah betol ke tak. sbb mmg dah biasa org dulu2 ckp cmtu. ye lah.bukannya ada sesiapa pon gigit kita kan. tiba2 je menda tu dah ada. ye lah kot tu perbuatan encik H. huhu



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com