Sunday, 5 September 2010

~Bila tujuan aku menulis blog disalahtafsirkan..~

Alhamdulillah. Selesai dah berbuka. Hari ni menu berbuka aku dengan mak, nasi bukhari+sambal telur+jelatah. Sedap2. Masakan mak memang mabeles. Aiseh. Macam la mak aku sorang je masak sedap. Hak3. Mak korang pun mesti masak sedap jugak kan? Masakan mak memang takde tandingan. Betul tak aku cakap?


Eh? Kejap je dah hari ahad ek. Alamak! Esok kerja la. Takpe2. 3 hari je lagi. Pastu boleh cuti. Hoyeahhhh! Adik. Tunggu tau aku datang dengan mak. Tahun ni kite beraya kat Muar. Merasa beraya kat kampung mentua kau pulak tahun ni. Meriah ke tak agak2 nye ek? First time merasa beraya kat Johor ni. Hehehe.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Wokeh. Mari kite pergi kepada topik seperti yang tertera di atas. Kenapa tetibe je aku tergerak nak cerita pasal benda ni? Saje. Tak boleh ke? Rasa-rasa aku, tak pernah lagi kot aku cerita pasal tujuan aku berblog dan menjadi penulis blog. Jadi, tergerak nak meluahkan sebab2 aku jadi ketagih blog. Seorang blogger yang tegar ke aku ni? Hehehe. Lepas baca ni korang boleh nilai sendiri. Ada akal guna untuk berfikir maksud kata-kata aku nanti.



*kelik untuk pembesaran maksimum..*


Seorang sahabat pernah menggelarkan aku sebagai blogger tegar. *Rujuk gambar di atas* Hmm. Itu mungkin pendapat peribadi beliau. Agaknye beliau ikut kot perkembangan semasa blog aku ni. Aku pun tak pasti. Bagi aku pula, ye! Aku akui, aku memang seorang blogger tegar. Kalau boleh setiap hari nak update walaupun busy dengan kerja. Hehehe. Kalau aku tak update pun aku still buka blog untuk pergi ke blog sahabat2 blogger yang lain baca entri mereka. Kire macam penagih dadah la jugak. Tapi aku ni penagih blog la. Addicted orang cakap. Hoho.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Ape tujuan aku berblog sebenarnye? 1st time buat blog niat aku nak suke2 je. Mencari platform untuk aku membebel sepuas hati. Yes! Aku memang kuat membebel. Hehe. Dulu aku pernah nak daftar untuk dapatkan online diary. Masa tu tak kenal lagi dengan dunia blog ni. Then adik aku kenalkan aku dengan blogspot. Die yang ajar aku. Dan bermula dari situ aku mula aktif berblogging sampai sekarang. Dah nak 10 bulan kot aku dengan blog ni.


Ape pengisian aku bile menulis entri dalam blog ni? Aku akan berkongsi apa sahaja maklumat yang aku ketahui. Selalunya aku akan bercerita tentang kehidupan peribadi aku, kisah keluarga, kisah kawan2, kerjaya, isu semasa dan macam2 lagi. Setiap entri aku tersebut akan aku selitkan dengan kata2 nasihat, pendapat dan sedikit info2 agama yang aku ketahui. Tujuan? Tentulah untuk berkongsi dengan sahabat2 blogger yang lain. Tak lebih tak kurang.


Setiap pengisian entri aku, bertujuan untuk memuhasabah diri aku sendiri juga. Tak pernah terlintas pun nak menimbulkan propaganda yang bukan2. Mungkin ada orang yang tak suka dengan cara penulisan aku. Terpulang. Dan aku tegaskan di sini, setiap entri aku tak pernah sekalipun aku mention nama2 orang tertentu. Salahkah aku menegur secara 'halus' menggunakan platform blog?


Buat mereka2 yang membaca blog aku dan terasa tersindir dengan kata2 aku, aku mintak maaf la banyak2. Sedikit pun takda niat nak buat anda terasa dengan setiap ungkapan aku. Dan aku tak pernah menjatuhkan air muka sesiapa, mengaibkan mahupun memfitnah orang. Setiap yang aku tulis hanyalah teguran sebagai seorang hamba Allah yang kasihkan orang2 di sekeliling aku yang membaca blog ni. Itu saja.


Anda mahu terima atau tidak, itu terpulang pada diri anda sendiri. Tak perlu nak mengutuk, mengeji dan menghina aku semata-mata kerana terasa dengan kata2 aku yang aku tulis secara umum. Berfikirlah secara matang. Bagi aku, kalau tak betul dan tak buat, kenapa perlu ambil hati dan terasa? Kemudian membuta tuli memaki hamun, menghina dan mengeji tanpa mengambil sedikit pun pengajaran. Bagi aku, orang yang begitu memang 'buta hati'.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Jadi, aku nak mengucapkan bebanyak terima kasih kepada mereka yang masih sudi datang bertandang ke blog aku ni dan membaca setiap coretan bebelan aku. Jika ada pengajaran yang baik dari penulisan aku, ambillah sebagai peringatan. Jika tidak, abaikan saje.


Pada 'orang2 yang tertentu' tu, terima kasih la sebab letak gambar blog aku ni kat blog kau. Lepas tu caci, fitnah dan kutuk aku sebab terasa dengan penulisan aku yang aku tak mention pun nama kau dan publish muke kau pun. Tak mengapalah. Sedikit pun tidak terkesan pada aku setiap fitnah dan cacian kau sebab tak betul pun. Kau hanya memalukan diri kau sendiri.


Eh? Popular sekejap aku kat blog kau. Tentu kau selalu datang menjenguk di sini kan? Sebab tu kau tahu perkembangan hidup aku. Terima kasih. For my dear lil sis, thanx sebab kau penguat semangat aku untuk berhadapan dengan 'orang' yang begitu. Ape2pun, aku yakin Allah selalu bersama dengan aku.

"Ya Allah, sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku bermohon. Tunjukkanlah kekuasaanMu pada mereka yang telah menghina keturunan keluargaku, mencaci ibu dan arwah abahku, serta memfitnah aku hanya kerana teguran aku supaya mengikut suruhanMu. Kalau ternyata niat mereka memang untuk menjatuhkan air mukaku, Kau berikanlah pembalasan yang setimpal ke atas mereka. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan berserah."

Maafkan aku kerana berdoa begitu kerana itu doa orang teraniaya seperti aku. Tidak bermaksud untuk meminta yang bukan2 berlaku ke atas mereka2 yang telah membuat onar pada aku. Cuma mahu Allah memberi petunjuk dan membuka 'mata hati' mereka supaya mereka sedar yang teguran aku adalah semata-mata kerana aku kasihkan mereka. Itu sebenarnya tujuan aku, bila aku menulis dan menegur secara penulisan di dalam blog aku ini.


Siapa yang ikuti penulisan aku dan mengenali aku, tentu faham maksud sebenar setiap apa yang aku tulis dan sampaikan. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat2 blogger yang mengikuti penulisan aku dan terus terusan menyokong aku. Anda memang terbaik!



bisik2:: entri sedikit beremosi kerana kecewa dengan sikap sesetengah mereka yang tidak bersyukur dengan teguran yang diberikan untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 orang bagi nasihat:

theblabber. said...

no worries, you're not alone. I feel you :)

cheer up ok.

cikgu isza said...

bersabar ye dik.. mulut tenpayan boleh ditutup..

blog payah nak cari mulutnya..

FarhanaDr said...

Hidup blogger memang banyak pahit manis dan masamnye.. Yang penting, kita kuat hadapinya.. Anggap je cabaran.. Kan? Heeee.. :)

mfamirs said...

Salam. Shada sabaq ja.. buat relex dah.. semua orang boleh buat tafsiran sendiri.. yang penting kita tau tujuan kita, sebab tujuan dan niat yang akan dinilai... bukan nalaian orang...

meh aku bagi satu video utk hang tengok.. mungkin leh mengubat hati duka.. hehehe http://www.facebook.com/video/video.php?v=1417414069846

Linglung said...

derr..jadi blogger mmg syok. gua baca byk juga blog org, tp gua malas nak gaduh2 nak kutuk2 nak maki2..diorang punya otak diorang punya ekspresi itu diorang punya suka..gua malas nak amik port sgt

sama la mcm kes org letak gambar blog lu ni, sebok pasal hang org..dah takde keje sgt la gamaknya tuu

happy blogging derr :)

hamzah ian said...

gua lagi tegar kot.. hahha.. btw aku nak ucapkan trima kasih byk2 sbb ko slalu je dtg blog aku kan.. sedih lak aku..

Anne Boleyn said...

lerrrr. camne ley jd cenggitu lak kak. pasal entry mana yang die tak puas hati tu??? ntah pape je lah.

sabar eyy c's. biar kan je lah. ape ade hal klu dye tak puas ati pon. wat tak tau je..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com