Peliharalah Solat. Mudah-mudahan kita mendapat kelebihan

adoi..sakit mata pulak aku ni ha..mata sebelah kiri..tetibe je petang tadi jadi merah2..takkan sebab lens kot..selalu ok je..rasa macam ade habuk masuk..tapi tengok2 takde pulak..balik kerja petang tadi bukak lens..cek2 lagi sekali kot ade something masuk mata tak nampak ape2 pun..malam ni sakit lak rasa..mata still merah..nape la eh..mata stress sangat ke sebab ngadap notebook kecik kedemek masa kat ofis nak update database..gamaknye la kot eh..takpe la...sok kalau tak ok lagi mata ni aku nak p klinik la..uhuhu..

haaa..nak share something sebenarnye..pagi tadi kami satu ofis p dengar diskusi ilmu tentang solat dan kaitannya dengan sains kat Dewan Budaya USM..2 panel dijemput khas dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM bagi talk dan pembentangan tentang hasil kajian depa yang berkaitan dengan tajuk..Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar dengan Encik Ng Siew Chok..agak menarik juga kajian depa ni..banyak sebenarnye kelebihan solat ni kalau kita nak kaji..

menurut para pengkaji ni..setiap gerakan dalam solat mempunyai kelebihan tersendiri di mana dapat meningkatkan tahap kesihatan kita secara menyeluruh..setakat ini mereka sudah mengkaji dari segi aktiviti otot, isyarat otak dan komposisi tubuh..pelbagai pendedahan yang telah diterangkan..memang ada kelebihannya dari segi saintifik..mesti angpa pernah dengar para2 pengkaji yang sebelumnya kafir, ramai yang convert kepada Islam bila depa mengkaji tentang Islam dengan lebih mendalam..Islam memang agama yang sangat sempurna..

solat ni macam senaman jugak sebab masa solat hampir seluruh otot2 kita digunakan..jadi secara tidak langsung dapat memperkuatkan sistem otot dan fizikal..itu kata Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar..encik Ng pulak cakap, solat dapat meningkatkan penumpuan kita pada sesuatu dan dapat memperkuatkan kuasa otak sebab masa kita bersolat kita berada dalam arus alpha(tenang)..untuk dapat kelebihan2 ni, solat yang kita lakukan perlulah kusyhuk dan sempurna..



tadi encik Ng Siew Chok tu tadi terang2 cakap masa dia buat kajian ni macam2 jenis orang dia jumpa..ada yang solat tu ekpress betul, 3 minit je..kata dia memang dia tak dapat ape2 bacaan masa kaji gelombang otak orang tu..bagi dia solat yang sempurna ialah selama 5-6 minit..kui3..sape2 yang solat ekspress kemain tu mesti terasa dengar encik Ng ni cakap..tapi memang betul pun..aku rasa ramai je yang solat kartun ni..laju gila..tetibe je dah habes..ntah ape yang depa baca pun aku tak tahu..huhu..

macam2 la yang dibincangkan tadi..walaupun kajian depa ni belum habes dengan sempurna..tapi pendedahan yang dibuat sedikit sebanyak leh buka mata kita..aku pun terkesima jugak la masa dengar tadi..tambah2 ade sorang yang bukan muslim bagi talk dan cakap pasal kelebihan solat..dan ade teguran die yang boleh dijadikan peringatan..macam solat ekspress tadi tu..hehe..



apa2 pun..kita sebagai seorang yang beragama Islam memang wajib menjaga solat kita..sebab solat itu tiang agama..kalau kita tidak berupaya menjaga solat seolah2 kita telah meruntuhkan tiang agama..Imam Al-Baihaqi pernah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda," Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama." jadi, peliharalah solat angpa semua ok..jangan tinggalkan..semoga Allah sentiasa melindungi kita dan semoga kita tidak lalai dengan kewajipan kita yang satu ini..insyaAllah..


bisik2:: aku membebel ni untuk peringatan diri aku sendiri juga..janganlah kata aku ni nak tunjuk alim ke ape eh..aku pun biasa2 je..tapi aku tak pernah lagi la tinggal solat..alhamdulillah..moga aku terus kekal begitu..amin...


3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. betul..solat tu tiang agama..

    mcm rumah kalau takder tiang runtuh juga..

    buang yang keroh amik yg jernih..

    bisik2:: aku membebel ni untuk peringatan diri aku sendiri juga..janganlah kata aku ni nak tunjuk alim ke ape eh..aku pun biasa2 je..tapi aku tak pernah lagi la tinggal solat..alhamdulillah..moga aku terus kekal begitu..amin...

    jgn la ckp mcm tu..ingat mengingatkan bagus..jgn dipikir saper org yg menasihatkan tu..tetapi pikirkan aper yg dia nasihat..huhuhu

    BalasPadam
  2. embun::

    terima kaseh atas pesanan itu..huhu..sebab dah banyak kali dituduh tunjuk alim bila menasihatkan orang..sedih..tu yang jadi macam pobhia sket..T_T

    BalasPadam
  3. sebab tu kita perlu solat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan