Tuesday, 6 April, 2010

~Petua nak jaga hamster dan doa nak jinakkan binatang..~

Dah lama aku tak mandikan budak 2 ekor ni since kejadian ini ari tu. Baca le kalau nak tahu kejadian apa. Memang aku hangen gila dengan budak 2 ekoq ni masa tu tau. Huhu. Tadi mood rajin aku mai. Maka aku pun geledah sangkaq depa. Basuh semua peralatan dari terowong, rumah a.k.a tandas awam depa, bekas makanan dan sangkaq depa. Dengan depa2 aku harung bagi mandi sekali. Kui3. Sian depa. Tengok la ni ha. Rupe pas aku mandikan. Haha..






Sebenaqnye, aku salin serbuk kayu dalam sangkaq depa ni 3 hari sekali. Lepas 3 hari aku salin lain. Menjaga kebersihan depa oke. Memang tiap kali tukaq habuk kayu tu aku akan basuh sangkaq depa dengan 'tandas awam' depa tu. Bau dia memang terbaik weh. Kuat kencing dan kuat berak depa 2 ekoq ni. Sabaq je la. Nasib baik dapat tuan macam aku. Rajin nak salin angpa. Kalau tak dah mampuih kot. Keracunan menghidu bau 'hasil perut' sendiri. Haha..




4 bulan dah kot aku bela budak 2 ekoq ni. Si ahmad bobo dengan si nur momo. Dulu kecik je. Ni dah besaq sikit. Ahmad bobo je manja dengan aku. Sebab dia jantan kot. Nur momo tu sampai sekarang ni sombong. Eksen betul. Nak pegang sikit je pun dah elak2. Macam la comey sangat. Huh!




Nak jaga hamster ni senang je sebenarnye. Tapi renyah la sikit. Korang kena rajin salin habuk kayu depa tu. Depa ni memang kuat makan. Tetiap hari kena bubuh makanan untuk depa. Pastu rajin2 la main2 dengan depa. Baru depa jinak. Aku suka pegang ahmad bobo je sebab die je manja dengan aku. Nur momo tu jinak. Tapi dia tak suka orang pegang dia. Tu la aku kata dia eksen. Hek3. Haa..pastu kalau rajin, sekali sekala mandikan la depa ni. Lap2 je pun takpa. Menjaga kebersihan. Baru la depa sehat dan tak cepat mati.




Ini ada satu petua nak bagi haiwan jinak. Baca ayat ni. Ini adalah petikan ayat dalam al-Quran. Aku tak ingat surah apa. Amalkan lah. Kat menatang ape pun takpe. Kucing ke, burung ke, arnab ke. Ape2 je la. Asalkan menatang. Rajin2 baca sambil usap2 depa. InsyaAllah. Mesti nanti depa jinak dengan angpa. Ini ayatnya..


"afaghaira di nillahhi yab ghuna wa lahu aslama man fis samawati wal ardhi dhow an wa karhan wa ilaihi turja'un.."




Ok la. Itu je aku nak share. Aku nak p rumah mak angkat aku depan rumah ni jap. Nak p setting password streamyx wireless rumah depa. Uii..macam teknisyen je aku ni ha. (camne nak eja dalam bahasa omputih eh? haha...tibai jek!) Kang malam sikit aku nak stori pasal kekasih gelap aku pulak. Uik? Aku ada kekasih gelap? Jeng3. Mampuih kalau tersebar kat encik 'tom cruise' ni. Huhu. Ok la. Jumpa lagi nanti. Bye2. 



Bisik2:: Rajin betul aku update blog ari ni eh? Yang ni entri yang ke-3 dah. Hek3. Memang addicted betul. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 orang bagi nasihat:

ParkAir said...

aku heran la, ang amik gambar dr angle mana tu. macam alien aku tengok.

♥CIK SHA♥ said...

park air::

wakaka..ang kata hamster aku alien..kui3..aku amik dari atas la..depa dok dalam baldi ni..

Secalit Tinta said...

macam tau jaa...doa tuh

Ira said...

aku nak tanye kat mane nak beli hamster?



 
Copyright @ Belog Riesha Ariesha 2009-2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi