Tentang Pemilik Blog




Assalamualaikum. Hai!
 

CIK SHA di sini. CikSha ni nama branding tau. Dah guna sejak mula menulis blog tahun 2009. Walaupun ramai je blogger yang gunakan SHA sebagai panggilan nama, tapi CikSha tetap nak guna jugak. Nama je sama, identiti dah tentu la berbeza kan. CikSha yang ini comel lagi berbudi bahasa dan kuat perasan. Hihi.


Awalnya CikSha terjebak dengan blog ni sebab nak isi masa lapang yang masih menggangur masa tu. Suka tulis pelbagai topik yang relevan dengan kehidupan. Kekadang selit juga entri personal. Sebab tu CikSha guna label Personal & Lifestyle Blogger sebagai identiti blog ni. 


Itu la sejarah CikSha menjadi blogger dah hampir 14 tahun ni. Jom CikSha kenalkan diri sendiri pulak. 


CikSha anak nombor 2 dari 3 adik-beradik yang semuanya PEREMPUAN. Dah takde ayah. Beliau dah pergi tinggalkan kami selama-lamanya. Arwah Abah meninggal masa CikSha umur 15 tahun. Lagi sebulan nak PMR kalau tak salah. Jadi mak yang besarkan kami adik-beradik sampai dah tua bangka. Sekarang semuanya dah berkahwin. Jadi dah ada suami masing-masing la yang jaga pulak.


Buat pengetahuan korang, CikSha anak darah campuran tau. Jadi CikSha bukan Melayu Tulen la kiranya. Tapi consider Melayu la jugak sebab arwah abah cakap dedulu, bila dia dah masuk Islam otomatik dia jadi Melayu. Jadi keturunan dia semua akan Melayu la jadinya. Bangga ok arwah abah nak jadi Melayu. Haha. Lagipun iras muka CikSha kemelayuan jugak kan? Kalau nak tahu pasal keturunan CikSha, BOLEH LA BACA ENTRI YANG INI. Semuanya CikSha dah coretkan kat situ. Dah tahu tu jangan la segan nak berkawan dengan CikSha pulak eh. CikSha spesis manusia jugak walaupun kekadang perangai tu err entah la nak cakap camna.


CikSha anak jati Pulau Pinang okay. Penang di hatiku. Gituu. Dilahirkan di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Tapi dari kecik sampai umur 15 tahun dibesarkan di Bidor, Perak. Umur 16 tahun baru pindah dan menetap di Pulau Pinang lepas arwah abah meninggal. Sekarang dah jadi orang Ganu Kiter sebab kahwin orang Ganu le. Alhamdulillah dah masuk tahun ke 10 jadi orang Ganu celup. Hihi. 


Err..mesti ramai yang nak tahu UMUR sebenar CikSha kan? Eksyen muda je memanjang. Nak buat camna dah muka sweet awet muda gitu. Huahuahua. Perasan! Ok la. Setelah dihitung tambah tolak bahagi darab, UMUR CikSha 39 tahun (Ogos 2023). Ohmai. MUDA nya saya ini! (-_-")


Kalau yang follow CikSha dari awal, mesti dah tahu pasal encik CH yang selalu je terselit dalam entri yang CikSha tulis. Hati ni dah kena curik oleh beliau sejak tahun 2005. Jumpa kat U masa First Year. Gatainyaaaa. Hihi. Tapi alhamdulillah dah jadi laki bini pun. Kuat chemistry gituh. Jodoh Allah izinkan gamaknya. Kami bertunang pada 28 Oktober 2012 dan bernikah pada 31 Ogos 2013. Terkini dah dikurniakan 5 orang anak. Seorang darinya anak istimewa Sindrom Down. Syukur. Rezeki kami la tu. Semoga jodoh kami berdua ni sentiasa diredhai Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berpanjangan hingga ke syurgaNya. InsyaAllah. Amin.


Pengajian tertinggi CikSha cuma Ijazah Sarjana Muda je. Ada impian nak sambung ambik Master. Tapi dah tua-tua ni rasanya macam malas pulak nak sambung dah. Hahaha. Pemalas Ya Rabbi betoi CikSha sekarang ni weh. Adoi la. CikSha grad dalam bidang Teknologi Multimedia. So, korang boleh agak dah la kan kenapa CikSha pilih freelance designer sebagai kerjaya CikSha sekarang.


Dulu CikSha pernah bekerja sebagai Pegawai IT di sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO). Ada la dalam 3 tahun lebih. Lepas tu CikSha ambil keputusan berhenti kerja start penghujung bulan Ogos 2013. Notis sebulan sebelum kahwin. Sebabnya nak ngikut suami duk kat Terengganu la. Mane boleh jauh-jauh uols. Mesti la nak berkepit dengan suami. Ecewah. Padahal tak sanggup dah nak PJJ. Cukup le masa bercinta je duduk jauh.


Sekarang ni CikSha kerja sendiri je. Fokus kat kerja designing dengan buat bisnes online. Sesambil tu duk menulis blog ni la buat review/collaboration berbayar jugak kalau ada job. Ada jugak ambil kerja sebagai ghost writer kalau ada permintaan. Bekerja dari rumah je sebab anak dah berderet. Tapi best la wei. Memang impian CikSha dah tu. Semoga Allah permudahkan jalan CikSha dan luaskan rezeki CikSha dalam bidang ni. Amin.


Kesimpulannya, itulah serba sedikit tentang diri CikSha. Kenal sikit-sikit sudah la. Rasanya korang baca entri kat belog CikSha ni pun dah boleh tahu CikSha ni camna orangnya. Takde selindung-selindung punye. CikSha seorang yang lutsinar tau. Bukan putaq alam punye orang wokeh.


Nice to meet uols. Selamat membaca belog busuk ini ye. Kalau nak skodeng CikSha selalu, boleh la follow IG : @shada_fauzi atau FB : Shahada Fauzi okay. Situ CikSha aktif sikit. Menulis blog ni je jarang-jarang.

SALAM PERKENALAN! (^_^)
Sekian, terima kasih.

Dikemaskini pada 6/6/2023.


Borang Maklumat Hubungan