Friday, 10 February 2017

Tinggal Dengan Mertua

Assalamualaikum. Hai.

Selalu bila kita dah nak berkahwin, mesti ada yang remind kita jangan tinggal dengan mertua. Duduk asing. Cari rumah sewa. Kalau takde rumah sewa, dapat bilik sewa pun takpe. Kan? Tinggal dengan mertua ni macam taboo la kiranya. Macam menempah tiket ke penjara/neraka. Ibarat macam mertua tu sejenis yang horror yang amat. Boleh buat hidup jadi miserable sepanjang perkahwinan. Huhu.

Bila orang tahu saya tinggal sekali dengan mertua tanpa suami di sisi 3 tahun lepas, semua macam kagum gila. Huhu. Macam-macam persoalan diajukan. Sampai tak terjawab dibuatnya. 

♡ Kenapa tak ikut suami?
♡ Macam mana biasakan diri sebab mertua orang Ganu saya orang Penang?
♡ Takde isu ke dengan ipar-ipar?
♡ Hubungan dengan mertua ok ke?

Banyak lagi la persoalan yang timbul. Siap ade yang puji tinggi melangit kata saya ni mesti baik dan penyabar orangnya. Macam mana la boleh duk sekali dengan mertua, suami jauh, famili sendiri pun jauh beribu batu.

Sebenarnya, saya pegang pesan mak dan maksu saya.
Anggap mertua macam parents sendiri. Jadi kawan. Jangan asingkan diri. Layan depa macam hang layan mak. - pesan mak saya.
Rajin-rajin tolong mertua. Jangan berkira buat kerja rumah. Nanti mertua lagi sayang kat Shada. - pesan maksu saya.

Hakikatnya, saya dah biasa pun tinggal dengan orang tua. Bila suami request saya duk dengan mak ayah dia, tolong jaga dan tengokkan depa, suami akan balik seminggu sekali jenguk kami, saya pun ok je. Lagipun cuma tinggal mertua saya berdua je kat rumah ni dan seorang kakak suami yang masih bujang.

Mertua pun layan saya macam anak sendiri. Masa saya peknen 2 budak bertuah tu, ayah mertua yang bawak saya pi check up setiap kali ada apoimen. Bila dalam pantang, mak mertua yang jaga saya selain suami. Kalau depa tegur pun, saya anggap macam mak selalu duk bebel kat saya la. Takde ambik hati sangat. Bagi saya itu tandanya depa sayang. Hihi. Saya pun menumpang kasih kat depa.

Ipar-ipar semua pulak takde isu pun. Boleh je ngam dengan semua 8 beradik suami yang lain. Dengan biras-biras pun boleh je jadi kawan. Alhamdulillah. Pada saya, buat je macam biasa. Takyah nak ambik raplah sangat bak kate orang Penang. Be yourself.

Kerja rumah? Takde hal pun. Buat je macam rumah sendiri. Nak rumah cantik, hias. Nak rumah teratur, kemas. Tapi mintak izin mertua dulu la. Mak mertua saya ok je. Dia tahu dah menantu dia ni OCD. Hahaha. Masak bergilir dengan mertua.

Sekarang suami dah ada di sisi. Masih lagi duk dengan mertua. Suami cakap tanggungjawab dia sebagai anak lelaki jaga mak ayah dia sebab adik beradik yang lain jauh. Sebeno nye die tu anak manja. Anak lelaki bongsu katekan. Bhahaha. By the way, saya takda hal pun.

Sebenarnya, inilah lagi satu NIKMAT Allah beri pada saya. Dapat keluarga baru yang baik. INI REZEKI SAYA. Takda apa yang perlu saya banggakan dan orang lain kagum pun. Istilah 'Jauh bau bunga, dekat bau tahi' tu takde dalam kamus hidup saya. Alhamdulillah.

Saya teringat ceramah ustazah nor hafizah musa.
'Mertua/menantu yang hebat, ialah mereka yang masih berbuat baik dan sabar walaupun terpaksa melayan karenah mertua/menantu yang serupa hantu. Yang penting jangan merungut.InsyaAllah ada ganjarannya  di pandangan Allah swt.' 
Jadi kalau awak dalam situasi yang ni, awak memang hebat. Saya salute awak!

Nanti kite dah tua, akan dapat menantu jugak. Nak Allah kurniakan kita menantu yang baik, kita dulu kena jadi menantu yang baik kat mertua kita. Itu je prinsipnye yang saya pegang sebab saya ada anak lelaki. Hihi.

Semoga yang diuji tu, tingkatkan kesabaran dan mengadu pada Dia mohon pertolongan dipermudahkan segalanya.

#NoteToMyself
#MuhasabahDiri
#SharingExperience


Bisik-bisik :: Tak boleh expect semua mertua tu jahat tau. Ubah mindset kita. 
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 orang bagi nasihat:

Zura Tahir said...

Dah baca dlm fb...hehehe...terbaik...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com