Kenapa saya pilih WD?

Assalamualaikum. Hai!

Takde perempuan yang tak suka jadi cantik kan? Semua idamkan kulit yang cantik dan sihat.

Kebanyakan nya memang suka merias wajah. Tapi tak semua juga yang suka pakai make up. Ada yang lebih senang kalau mukanya polos je tanpa solekan.

Itulah yang dinamakan citarasa. Kita tak boleh la nak kecam sesuka hati.


Macam saye ni, memang tak suka mekap. Memang satu alat solek pun saye takde. Lipstik, maskara, eye shadow, eye liner, blusher, foundation dan apa2 lagi la, memang tak pernah ada. Kalau ada pun bedak compact jenama silky girl. Tu pun dah bertahun bertahan. Maklum le sebab jarang sangat pakai.

Sadis nye jadi saye eh? Dah le tak lawo. Pastu tak reti nak melawo. Haha. Entah la. Kurang berminat solek-solek ni. Tapi nak je nampak macam cantik. Nak kulit lawo, bersih, sihat.

Sebab tu sekarang saye guna WD untuk rawat kulit. Kulit muke dan kulit badan. Maklum la dah kertu ni, dah beranak pinak, kulit dah kurang anjal macam anak dara dulu. Hihi.

Kenapa WD?
Sebab dia bukan sekadar krim kecantikan biasa. Hanya yang dah cuba pakai secara konsisten je tahu keistimewaan WD ni. Bukan kulit muka je dirawat. Luar dalam dirawat tau. Cantik dapat, sihat pun dapat. Best. Guna pun mudah, calit-calit je kat 3 point utama nadi. Jimat pun jimat sebab calit pun secoet je. Pastu jimat masa jugak, calit lepas mandi tak sampai seminit dah siap. Jadi suri rumah dan mak kepada 2 anak yang masih kecik ni buat kerja semua kena cepat. :-P

Ada perubahan ke saya guna WD ni?
Alhamdulillah. Mesti la ada. Kalau tak, mustahil saya nak setia guna sampai sekarang. Walaupun perubahan nye tak la sepantas kilat. Lagipun, saya dah 'sengsara' dengan masalah kulit ni dah bertahun, lepas salah pakai skincare dulu. Sampai dah serik nak pakai skincare. Sekarang saya cuma cuci muka je dan konsisten calit-calit WD kat nadi. Takde pakai dah krim itu ini kat muka. Dah fobia.

Nak bukti perubahan yang saya alami?
Gambar kat bawah ni sebagai buktinye. Saya buat compare dari zaman anak dara masa nak bertunang tahun 2012 sampai dah anak dua tahun 2016. Tahun 2013 tu nightmare bagi saya. Lagi dua bulan nak kawin muka jadi teruk sebab gatai pi cuba krim nak bagi hilang parut jerawat dan bintik jeragat. Start dari tu kulit jadi kusam dan kelam. Parut tak hilang jugak. Ambik ko! Padan muka.


Gambar last sekali tu lepas 3 bulan konsisten guna WD. Kulit dah tak kusam. Parut jerawat, jeragat, parut eksiden dah makin pudar. Sekarang dah botol ke 7 (Feb/2017).






Saja je nak kongsi cerita. Sebab ada je yang pm kat pesbuk tanya kenapa tak mekap..pakai skincare ape sekarang..ok ke pakai wd..dan macam-macam lagi. Mungkin sebab saya kekadang tempek muka tak lawo saya ni kat pesbuk kot. Saya faham ramai yang sayang saya. Nak saya cantik jugak macam dorang. Tu yang concern dengan saya tu. Hihi. Perasan.

Jangan risau eh. Cik abang saya tak lari. Dari tahun 2005 dah kami kenal. Kalau sebab saya tak cantik die nak lari, lama dah kot die lari. Mungkin rupa saya tak lawo, tapi hati lawo tau. Hahaha. Ini semua poyo!

Nak rawat kulit dengan WD? Nak tanye lebih detail pasal WD? Boleh PM tepi okay. Saya sedia membantu. Peace!

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Kecantikan asli lagi menambat hati seorang suami..hehe

    Tapi kalau pakai make-up ni lagi lah cair suami awak haha..gurau je

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan