Tuesday, 20 September 2016

Berkenalan Dengan Si Kecil WD

Assalamualaikum. Hai!

Tempoh hari, aku update pasal testimoni diri sendiri selepas sebulan menggunakan WD. Hari ni rasa macam nak perkenalkan pulak si kecik yang mabeles sangat ni kat korang semua. Penat jugak nak menjawab soalan yang sama je berulang kali. Jadi aku ambik inisiatif menulis kat blog je la senang. Nanti kalau ada orang gugel pasal WD ni pun boleh la dapat info serba sikit dari blog gojes aku ni. Mai la berkenalan dengan WD. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal confirm jatuh cinta. Hihi.






Q : Krim WD ni apa sebenarnya?

WD ni bukan ubat tau. Bukan ubat darah tinggi, diabetes, kanser, gastrik, alergik dan lain-lain. No no no. Jadi jangan la salah faham ye. 

WD ni sebenarnya sejenis krim kecantikan yang membantu menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit, menegangkan dan memantapkan tisu kendur, membantu mengatasi/ mencegah masalah jerawat/jeragat, mengurangkan masalah eyebag, membantu mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata, mengurangkan kesan parut, mengurangkan blackhead, mengurangkan kulit berminyak, menjaga kelembapan kulit dan juga anti-penuaan (awet muda).

InsyaAllah. Kalau konsisten guna, ada la kesan POSITIF yang akan dialami seperti testimoni-testimoni yang kami penjual krim ni dapat dari pengguna yang dah cuba guna. Kami yang menjual ni pun pengguna krim ni jugak. Jangan tak tahu. Hihi.


Q : Berapa lama boleh dapat hasil lepas pakai WD ni?

Kalau masalah pengguna tu banyak yang perlu dirawat, lama sikit la nak nampak hasil positif nye. Bukan sekali pakai je terus semua jadi OK ye. Ini BUKAN MAGIC tau. Mesti la kena rawat STEP BY STEP, satu persatu kata orang. Kena slow and steady. Jadi, jangan cepat melatah, jangan cepat putus asa. Kena YAKIN, SABAR dan terus KONSISTEN. Baru la perfect dan dapat hasil yang KEBABOMM. Gituuuuu.. Ni baru pakai sebotol terus nak dapat hasilnye memang takde la.


Q : Camne WD ni berfungsi?

Untuk soalan ni, aku nak jelaskan lebih-lebih pakai ayat sains memang la tak pandai walaupun form 4 sampai form 6 belajar aliran sains. Pastu cukup makan je pulak result exam. Huhu. Jadi bab ni kita ibaratkan macam korang duk pakai produk kecantikan lain yang macam-macam tu, pastu duk makan suplement jenis pil la, serbuk la, minuman la, semata-mata nak cantik. Take it simple as that. Semua pun boleh fikir rasanya kan pasal ni.

Yang kita duk try macam-macam produk untuk kecantikan, itu semuanya ikhtiar. Yang menyembuhkan, yang menjadikan benda tu boleh merawat kita, itu kuasa Allah. Takde benda yang jadi tanpa izin dari Allah. Kita cuma perlu ikhtiar dan tawakal. Tak perlu la nak fikir kompleks sangat.  Sampai duk pertikaikan itu ini. Boleh? 


Q : Hebat sangat ke WD ni boleh transorm orang jadi gojes hanya sekadar calit-calit kat nadi? Boleh percaya ke?

Percaya tak percaya, kena la cuba dulu. Baru tahu kehebatan dia. Hihi. Orang cakap ikhtiar. Macam yang dah explain kat atas tu la. Pi baca balik. 


Q : Takde kesan sampingan ke pakai WD ni?

InsyaAllah takde. Sebab produk ni cuma krim yang kita pakai kat luaran sahaja. Itu pun cuma calit sikit kat nadi. Tidak melibatkan organ dalaman pun. Lagipun ramai dah dapat kesan positif selepas konsisten guna. Takde alami kesan sampingan pun. Yang ade cuma healing crisis je.

Healing crisis tu macam proses nak buang toksin dalam badan kita. Ada yang alami, ada yang tak. Healing crisis ni akan buat badan kita mengalami tanda dan gejala tak selesa macam demam, selsema, pening kepala, sakit badan dan lain-lain. Itu tandanya si kenit WD ni duk buat kerja dia la tu. Selalunya healing crisis ni hanya berlaku dalam 1-2 minggu. Jadi jangan cepat putus asa eh. Teruskan konsisten pakai macam biasa dan lebihkan pengambilan air. InsyaAllah. Mesti teruja tengok perubahan diri yang berlaku lepas tu. 


Q : Produk ni ada kelulusan KKM ke tak?

Tentulah ada. Kalau takda cheq pun tak berani nak pakai. Apatah lagi nak jual. Takkan nak khianat diri sendiri dan orang pulak.


Q : Orang lelaki dan kanak-kanak boleh ke pakai?

Boleh je. Jangan tak tau, krim ni multifunction ok. Bukan orang perempuan je boleh guna. Boleh je nak sapu kat bahagian badan yang lain selain kat nadi. Nak buat krim muka pun boleh. Aku sendiri pakai sebagai krim malam. Hari tu anak sakit perot cirit-birit, aku ikhtiar sapu kat perot dia. Tangan suami bengkak dan merah kena sengat tebuan, aku ikhtiar jugak sapu WD kat suami. Alhamdulillah berkesan. Kite test je. :p


Q : Mahal la harganya. Botol kecik je pulak tu. Boleh tahan berapa lama je krim ni?

Rasanya produk kecantikan lain pun harga boleh tahan terbeliak bijik mata kot. WD ni memang harga mampu milik. Dah la multifunction. Satu botol boleh tahan 3-5 minggu. Takat calit-calit kat nadi je kan. Kalau pakai seluruh badan cepatla sikit habisnya. Tapi kalau dah berpuas hati dengan resultnya, rembat berbotol-botol pun mungkin dah tak kisah punye la. Hihi.


Q : Tester takde ke nak try dulu? Kalau berkesan baru beli. Ada tak?

Hamboiiiiiii...demand sungguh no. Duk beli macam-macam produk kecantikan lain tu ada ke tester nye? Harap maaf banyak-banyak ye. WD takde tester. Nak cuba sila beli sendiri. Boleh noooo. Hihii.


Haaaa..tu antara persoalan yang selalu aku terima. Penjual lain tak tau la soalan apa lagi la yang diorang kena hadap. Huhu. Tapi kena sabo la menjawab nya. Kang tak dapat sale pulak. Hihi. Yang duk tertanya-tanya pasal si comel WD ni, harapnya penjelasan kat atas dapat membantu la serba sedikit eh. Nak tahu lebih lanjut pasal krim WD ni boleh je contact aku secara personal. Nanti aku explain sampai korang faham.

Haaaa..Kalau berminat nak cuba produk ni, bolehlah roger la saya ye. Takpun penjual yang lain yang korang kenal. InsyaAllah, kami sedia berkhidmat. Ada tips special dan best juga nak dikongsikan. Tips tu special untuk pembelian dengan agen/dealer/stokis yang sah je tau. Tunggu apa lagi? Roger-roger la cepat. (^_^)v




 Bisik-bisik :: Jom cantik dan sihat dengan WD! 
Whatsapp 0125745051 sekarang!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

0 orang bagi nasihat:



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com