Friday, 26 August 2016

Calit Calit Cantik

Assalamualaikum. Hai!


Lamanya tak membebel kat belog busuk ni. Rindu amat! Sejak dah beranak dua ni memang rasa tak terkejar masa. Dengan macam-macam kerja rumah nak setel. Belek anak-anak lagi. Tambah sekarang ni dah start kerja dengan suami sendiri jadi chef. Fuhhhh..rasa macam superwoman terlebih kuasa pun ada. *kesat peluh kat dahi*


Lepas tu, sekarang ni duk berjinak-jinak dengan perniagaan online pulak. Jadi dropship. Saje nak cari duit lebih sikit. Untuk anak-anak. Kerja sendiri ni income tak tentu hala sikit. Ada orang upah buat design ada la income. Jadi, kena la cari alternatif lain nak tambahkan income. Rezeki ni kan luas. Nak dengan tak nak je cari. Tak usaha cari camne Allah nak bagi. Ye dak?


Eh.. termelalut panjang pulak mukadimah nye. Ehehe. Dah lama tak menulis, cenggini le. Sebenarnya nak kongsi dengan korang satu produk best ni. Aku sendiri pakai. Memang best la. Tu nak kongsi tu. Benda elok kena la kongsi bersama. Tak gitu?


Aku ni sebenarnya spesis yang susah dan malas nak telan ubat, nak telan supplements, nak pakai segala mak nenek krim malam la krim siang la mosturizer la. Impian menggunung tinggi nak gojes luar dalam, tapi pemalas...camne la? Huhuhu. Jadi aku pun duk survey sana sini. Taknak yang telan-telan punya sebab aku ni alergik beno bab produk yang makan-makan ni. Liat + takut sikit. Jadi aku nak cari produk yang memudahkan aku. Maksudnya pakai dia je pastu hasilnya merangkumi semua. Eh? Ada ke produk gitu? Hahaha.


Tapi.....jangan tak percaya..memang ada wei! Itulah dia Women Desire Essential Cream (WD). Lama dah duk ushar member sekolah rendah duk update kat facebook pasal produk ni. Dia pakai dan memang ketara nampak perubahan kat dia. Aku memang teruja la tengok transformasi dia. Admire dari jauh. Teringin nak mencuba tapi belum ada kekuatan nak approach. Mahu tapi malu. Gituuu. Hihi.


Kecik-kecik cili api ni. Banyak sungguh manfaat. Tak nak cuba ke?


Beliau ni la yang berjaya buat aku membara-bara di jiwa nak cuba produk ni. Hihihi.


Entah camno akhirnya aku pun terbeli produk ni. Sebab dah lama pendam kot. Hahaha. Lagi satu sebab terpandang testimoni customer die yang ada masalah dengan period jadi tak normal, try je produk tu period normal balik. Pastu dapat lagi kesan positif yang lain. Kulit jadi cantik, badan jadi cergas solid molid, muka nampak awet muda. Mahu tak tergoda aku ni ha. Kuikuikui.



Testimoni pengguna yang buat aku tertarik jugak nak mencuba krim ni.


Sekarang ni dah 2 minggu aku konsisten pakai. Ni kira macam testimoni dari aku la. Memang terasa ada perubahan kat diri iols ni. Kulit muka dah kurang berkerak. Dah tak kusam lagi. Glowing gitu. Hihi. Badan pun rasa sihat. Tak moody dah macam dulu. Lepas beranak moody kemain semacam lagi. Huhu. Sekarang dah ok. Lagi satu, iols makin manje dengan suami. Dah mood comei mahu tak manje. Awww. Malu pulak kite.  Hihi. Satu lagi yang aku perasan, parut stretchmark kat perot dah pudar sikit. Takde la nampak sangat perot kulit tembikai yang comei sangat tu. Seronok sangat bila ada perubahan positif camtu. Ni baru sikit kesan yang aku dapat. Tu pun dah teruja tau. Tak sabo nak transform jadi gojes macam member iols tu. Hehehe.





Nampak tak perbezaan kulit muka aku tu. Yang tudung bunga biru tu masa raya aidilfitri tahun 2016 ni. Yang sebelah kanan tu gambar terkini. Beza sangat kan? Kusam yang amat kulit muka iols dulu. Huhu. Alhamdulillah. Sekarang kulit muka dah glowing sikit. Suka sangat!


Calit calit cantik. Hihihi..


Serius memang best la pakai produk ni. Mudah. Calit-calit je kat 3 point utama dah boleh dapat kesan positif. Kalau nak calit kat bahagian lain pun boleh je. Tak jadi masalah la. Nanti dapat la result yang best kalau konsisten pakai. Contohnya macam kulit jadi cantik, badan jadi solid molid, dan macam-macam lagi la. Cuma kesan dia bukan sekelip mata. Ambik masa jugak. Bergantung pada tubuh badan kita. Kena sabar sikit la. Yang penting konsisten. InsyaAllah mesti dapat hasil yang buat hati teruja sangat.


Keratan akhbar. Klik untuk baca dengan lebih jelas.


Tengah promosi. Meh whatsapp 0125745051 cepat.


Kalau nak rasa transformasi diri korang, cubalah produk ni. Aku suggest sangat. Tak rugi kalau cuba. Nak cantik luar dalam tak? Meh transform diri korang sama-sama dengan aku. Kalau berminat nak cuba, whatsapp 012-574 5051. Sekarang ni tengah duk promosi lagi. Rugi kalau tak rebut peluang. Orang lelaki pun boleh je beli kalau nak. Hadiahkan kat isteri ke, mak ke, awek ke. Nak pakai sendiri pun tak jadi masalah. Boleh transform jadi kacak. Hehehe.



Bisik-bisik :: Jom sihat dan cantik sama-sama! 
Whatsapp sekarang 012-574 5051.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

0 orang bagi nasihat:



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com