Thursday, 16 April 2015

Berkongsi Keluh Kesah Rumahtangga

Assalamualaikum. Hai!


Kali ni lari topik sikit. Asyik tulis pasal anak je bosan jugak kan? Semenjak jadi mak entri pun mak-mak sangat. Simptom mak yang obses pasal anak sendiri ke hape tak tau la. Macam aku je ada anak eh. Pfttttt. Maaf ye kengkawan pembaca blog ku sekalian. Cempera sikit. Baru anak sorang. Lagu tu la. Hihihi. Jadi kali ni kite tulis pasal isu lain pulak la ye.


Zaman teknologi canggih manggih ni, dengan lambakan macam-macam laman sosial, berkongsi kehidupan seharian di laman sosial ni macam dah jadi benda biasa je pada sesetengah orang. Ye dak? Kira macam normal je la tu. Pada aku kalau perkongsian tu benda yang elok-elok macam pasal anak ke, kerja ke, pergi cuti-cuti ke, tak jadi masalah pun. Aku pun tumpang gembira tengok dan baca. Seronok jugak. Boleh dapat aura positif kalau kena gaya. Aku pun kadang-kadang ada jugak kongsi mende cenggitu. Bukan nak show off pun kan? Berkongsi kegembiraan kata orang. Ecewah.


Tapi kan, yang tak berapa nak seronok tu ada yang jenis suka berkongsi kisah rumahtangga memasing. Tambah-tambah yang sedang dalam dilema dan bermasalah. Selamba derk je kongsi secara terbuka. Keluh kesah mak esah betol! Tak tau la apa motif dorang berkongsi secara terbuka gitu. Mungkin takda tempat nak luah rasa yang terbuku di hati kot. Dah nak meletop sangat gamaknye. Tapi itulah nye. Bila kita ni terbaca, macam terkena tempias aura negatif pulak rasanya. Tak syiok la itu maciam. Huhuhu.




Alkisahnya, hari tu duk belek wall pesbuk sambil teman anak tidoq. Lepas tu ternampak ada member bagi komen kat satu status yang dikongsi oleh admin satu page pesbuk ni. Luahan hati pengikutnye. Aku pun pi skodeng le page tu. Punye takde kerja. Huahuahua. Gigih pi skodeng semua status kat page tu. Lepas tu seram sendiri. Betapa ramainye yang bermasalah dalam rumahtangga berkongsi masalah kat situ dengan tujuan nak dapatkan pendapat dan nasihat pengikut  lain page tersebut. Walaupun identiti yang berkongsi tu tak diketahui, tapi macam seraammmmm yang amat baca. Terbuka aib dalam tak sedar. Pendapat dan nasihat yang diberikan pun menyeramkan betul. Yang bagi nasihat positif kira ok lagi. Tapi kebanyakan bagi nasihat yang negatif. Huhuhu. Takot baca!


Bila dah habes skodeng, terfikir dan terdetik di hati, masalah-masalah camtu memang betul-betul jadi di alam realiti rupanya. Ingatkan dalam drama je. Huhu. Serius takut baca. Bukan yang baru setahun jagung je bersama hidup sebagai suami isteri yang bermasalah, yang dah berpuluh tahun pun ada jugak. Dan kebanyakan yang berkongsi masalah kat situ adalah kaum isteri-isteri. Huhuhu.


Hmmmm. Entah la. Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin itu je cara yang dorang terfikir untuk melepaskan rasa terpendam di lubuk hati. Simpan kang bernanah. Nak dicerita pada kenalan terdekat takde gamaknya. Entah le labu. Taknak cakap banyak. Perjalanan rumahtangga aku pun masih jauh nak ditempuhi dengan pelbagai kisah. Tapi pada aku, aib rumahtangga janganlah didedahkan sesuka hati dan berkongsilah pada tempat  dan orang yang sepatutnya je. Dan yang pastinya, aku seram baca masalah yang dikongsi kat page tu. Seram seram pun rajin jugak pi skodeng uols. Erk. Buat muhasabah diri sendiri katanye. Hikhikhik.


Bisik bisik :: Kalau ada masalah, muhasabah diri dan ngadu kat Dia. Itu yang terbaik.  Semoga Allah pelihara kita semua. InsyaAllah.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 orang bagi nasihat:

Z@i Z@mR33 said...

kwn akak pon ada cmni.tensen ckit2 pon nk up kt FB...gdh dgn laki ckit2 pon up kt FB.awal2 tu kwn2 dok komen gak sbb dia dok crita kata laki dia cmtu cmni tp lps 2 3 hr tgk ok blk.mcm blangkas p cuti sana sini tggal anak.pstu lama2 kwn2 pon dh mls nk ambik port sbb cara dia cerita mcm mslh bsar tp tup2 ok blk.dh kita pon dosa dok ckp yg bkn2 psl laki dia

Shahada Fauzi said...

Tu la kan kak zai..kawan2 sha pun ade jgk pesen kongsi gini..tapi sha buat derk je..lantak ko la..taknak masuk campur..huhuhu..

Suria Lekatlekit said...

saya jenis seorang yang susah percayakan orang.. so memang saya susah untuk share masalah peribadi dengan siapa2. Apatah lagi nak berkongsi secara umum macam tu. Dalam hidup saya benda yang saya selalu fikir, kawan tak semestinya kekal sebagai kawan so benda2 macam tu umpama pisau tajam yang akan menikam kita di kemudian hari. Kalau saya perlukan seseorang bercerita lebih banyak bercakap dengan Tuhan dari manusia. Tahap kepercayaan saya pada seorang manusia ni semakin kurang.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com