Wednesday, 18 March 2015

Bintang Hati :: Bila Anak Sakit

Assalamualaikum. Hai!


Sebagai seorang ibu muda (aaww!) walaupun hakikatnya umur dah tigeploh-an (hihi) yang baru beranak satu, perkara yang paling merungsingkan hati, jiwa dan juga fikiran tentulah bila si kecik buah hatiku sakit. First time jadi mak..tu gelabah banyak. Huwaaa. Tak senang duduk oi. Mandi pun ala kadar, makan lagi la tak lalu. Malam anak meragam takmau tido maknye pun jadi burung hantu berjaga sama. Tengah solat pun tak khusyuk sebab otak menerawang ingat anak. Nangis takyah cakap la. Dapat mak kememek cenggini la. Anak nangis, mak pun nangis sama. Sabar je le.


First time nangis sebab dapat tahu anak kena duduk dalam inkubator lepas lahir sebab nafas laju. Sobs. Pastu tengok die kena cucuk ambik darah berkali-kali sebab prolonged jaundice. Sobs lagi. Masa dia nak masuk 3 bulan kena demam selsema pulak sampai muntah susu berkandaq-kandaq. Sobs sobs lagi. Tapi lepas tu die membesar dengan sihat. Alhamdulillah. Bila dah nak 9 bulan baru ni je dia sakit pulak. Huhu.


Dalam 2 minggu die on off jap sihat jap sakit. Macam main-main pulak. Demam sehari. Pastu sihat. Tetiba selsema dan batuk. Tak dan nak baik lagi tetiba demam lagi sehari pulak. Esoknye sihat, tetiba naik ruam campak halus. 4 hari je kena demam campak tu pastu sembuh dah. Sihat ceria kembali. Pastu tetiba demam balik pulak. Tengok-tengok dalam mulut dah penuh putih-putih kat langit, pipi dalam, dengan lidah. Rupanya kena oral thrush a.k.a seriawan pulak. Alahai. Bertimpa-timpa sakitnya. Sian anak ummi.




Dalam proses nak membesar orang cakap. Tambah dah boleh merangkak, dah pandai pegang benda. Duk jelajah sana sini jumpa benda diambiknye masuk dalam mulut. Nyum nyum kemain sedap lagi. Padahal duk kasi can bakteria masuk mulut. Sabar je la. Nak dimarah memang la tak sampai hati. Budak nak explore dunia baru dia. Kita cuma boleh pantau dan buat tindakan apa yang patut je la kan.


Kita jaga bersih camna sekalipun anak kita, kalau dah memang nak sakit tu sakit la jugak. Allah yang bagi sakitnye pun. Nak menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Sabar tak dalam nak merawat sakit anak. Boleh ke nak menghadap kerenah anak yang fussy pastu meragam lagi bila sakit. Sakit demam ni perkara biasa la bagi budak-budak nak membesar. Cumanya kita tak boleh nak pandang ringan je la. Kena alert terlebih-lebih. Terlepas pandang, kitalah yang tanggung akibatnya.


Bersyukur Allah uji dengan sakit yang ringan-ringan macam tu je kat anak kita. Sebab Allah tahu takat mana kemampuan kita. Ada orang yang diuji dengan tahap kesihatan anak yang dari kecil dah sakit berat. Lahir-lahir je dah pelbagai masalah kesihatan anak terpaksa mereka hadapi dengan redha. Dugaan dan ujian Allah buat mereka. Allah dah titipkan kekuatan dan semangat juang yang tinggi untuk mereka hadapi semua tu. Yang pastinya setiap yang berlaku semuanya dengan izin Allah. InsyaAllah ada ganjaran pahala buat mereka.


Aku ni ha, anak demam sikit pun dah gelabah semacam. Menangis sampai tak nak makan. Tak tahu la kalau diuji teruk lagi dari tu macam mana keadaan aku ni ha. Huhu. Nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkan la. Semoga Allah kurniakan anak aku kesihatan yang baik sentiasa. Anak-anak korang jugak hendaknya. Supaya mereka dapat menjadi khalifah yang mampu menegakkan agama Allah di atas dunia ni selagi bernyawa. InsyaAllah. Amin.



Bisik-bisik :: Anak-anak ni amanah Allah buat kita. Kitalah yang bertanggungjawab untuk jaga sebaik mungkin amanah Allah ni selagi masih dipinjamkan buat kita. 


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

Suria Lekatlekitgurl said...

bawah setahun macam tu la cik sha.. tapi nanti dah cukup setahun bagi je scoot emulsion Insya Allah dia susah sakit.. saya start lala setahun memang bagi supplement utk ketahanan badan dia.. lala memang lepas setahun kurang sakit

Z@i Z@mR33 said...

wuuuu...mak-mak baru nk up...hahahaha....

sm la akak pon pestime nangis ms anak kena jundice.kena msuk wad dok bwh lmpu biru tu.cian dia...x mcm bdk lain minum susu trus lena tp dia dok meronta2 kt bwh lmpu tu....tu ptama kali nangis sbb tgk & jaga sndiri ank sakit dlm pantang....

Zura Tahir said...

Semoga anak sha cepat sehat...itulah ragam baby...

Shahada Fauzi said...

Mak muda yang kertu kan kak..hihihi..

Nasib anak la dapat mak kuat nanges..kui3..

Anak saya smpai sebulan jaundice kak..tak tinggi bacaan..tapi turumnye sikit2..sampai kena cucuk banyak kali la ambik darah..saye yg dlm pantang pun gagahkan diri nak teman anak..pulak tu czer..seksa nau rase..mane tak nanges..huhu..

Shahada Fauzi said...

Ye la kan mummy..kecik lg..pertahanan imun x brape nk kuat lagi..

Bagus eh scoot emulsion mummy? Dah cukup setahun nnt nk bg si kecik ni try la..

Shahada Fauzi said...

Amin..mekaseh kak zura..

Alhamdulillah..sehat dah si kecik tu..kemaen buas lg skrg..hihi..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com