Monday, 9 February 2015

Terjebak dengan shopping tudung online!

Assalamualaikum. Hai!


Sejak dah jadi mak orang ni kan memang dah takde masa nak dibuang sesuka hati pergi jelajah satu kedai ke satu kedai untuk membelanja diri. Memang tak sempat la. Apatah lagi nak membelek sepuas hati sebelum decide nak beli. Takde maknanye. Berangan je la. Pergi shopping dengan anak kecik bukan sesuatu yang mudah wei. Tambah anak aku ni ha. Bukan nye die suka tempat sesak yang penuh dengan orang. Kang merengek je kerja dia. Dah satu hal nak cari tempat yang selesa untuk menyusu. Bukan senang nak jumpa. Sian kat anak.


Jadi, penyelesaiannya kalau nak beli sesuatu sebagai reward untuk diri sendiri setelah penat 'bekerja' jadi super mom and super housewife kita shopping secara online! Hihihi. Dulu kemain tak gemar shopping online aku ni. Sebab takut kena tipu. Pastu tak dapat belek dulu. Lagi satu sebab takut terkena. tengok macam cantik je sekali dah dapat hampeh. Indah khabar dari rupa. Sadis je rasa.

Tapi sekarang tak lagi. Aku dah terjebak oi! Shopping online adalah salah satu alternatif untuk aku membeli belah dengan sangat gembira. Patut la kakak aku sendiri suka shopping online sejak dia dah ada anak. Mudah! Klik klik aje tetiba posmen pon-pon depan rumah barang dah sampai. Hihihi. Best pulak rasa.


Memandangkan aku ni sedikit cerewet, hanya barang tertentu je yang aku berani nak beli secara online. Dan setakat ni memang puas hati. Selalunya barang yang aku beli online adalah selendang a.k.a shawl. Peberet sepanjang zaman. Selesa, labuh dan cantik. Yang penting nampak muda sepuloh tahun bila pakai shawl. Hihi.






Dalam banyak-banyak online shop, ZALORA adalah salah satu pilihan aku. Puas hati. Pernah belikan kasut untuk officemate dulu. Petang order esok pagi dah sampai depan office. Pantas gila! Dan barang yang dibeli tu exactly sama dengan yang terpapar dalam web. Ini baru terbaik! Sangat menjaga kepuasan hati pelanggan.


ZALORA sekarang ni dah luaskan skop dengan menjual pelbagai koleksi tudung pulak. Macam-macam jenis ada. Tudung bawal, instant shawl, wide shawl dan banyak lagi. Memang trendi dan yang penting harga sangat berpatutan. Ini memang berita baik untuk wanita ayu bertudung macam aku. Ada tempat shopping tudung yang baru dan best. Seronoknya! Hihihi.


Alamak! Sekarang ni aku dah rambang mata tengok shawl cantik cantik kat web Zalora. Tu macam yang model pakai kat dalam gambar kat atas tu. Cantiknye hoi! Rasa macam nak rembat je semua. Tamak haloba nya. Hihihi. Nak tambah koleksi shawl la. Tunggu apa lagi? Meh kite godek-godek laman web ZALORA Malaysia sekarang. Jom shopping!




Bisik bisik :: ZALORA merupakan butik tudung online no.1 Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah serta pulangan juga secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. 


#Ini adalah business review blogpost.
#Berminat nak saya buat review perniagaan anda? Boleh contact saya melalui noorshahada@gmail.com.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

Ezy Loy said...

ngeee.. xlh tgk laman web zalora..
nt abs duit..
:D

Z@i Z@mR33 said...

jgn ada online banking...jwbnya abes la asik dok kelik kelik ja duit dlm akaun tu nti...hahahaha...

akak dh lama tjebak sesejak x kwen lg...kah3

tiga lalat said...

Salam. Hee tudung yang cantik juga.

Shahada Fauzi said...

Kannnnn..hehehe..

Rambang mata..

Shahada Fauzi said...

Memang dah kak zai..ahahahaha..sejak duk rumah ni lagi melampau lampau jari nak klik klik..jenuh..

Shahada Fauzi said...

Wassalam..

A ah..memang cantik..hihihi..saya pantang tgk tudung cantik.. :p



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com