Thursday, 20 March 2014

Seronok ke jadi SRT je?

Assalamualaikum. Hai!


Buat yang masih tak tau, sebenarnya aku dah lama jadi penganggur seminggu sebelum nak kahwin tahun lepas lagi. Start bulan 8/2013 sampai la dah bulan 3/2014 ni kiranya dah lebih kurang 7 bulan la kot aku dah tak bekerja. Dah tak boleh nak panggil wanita bekerjaya dah macam dulu. Boleh panggil penganggur berjaya pulak ye. Haha.


Kenapa aku ambik keputusan berhenti kerja? Sebelum nak kahwin aku dah bincang dah dengan encik CH tentang hal ni. Samada beliau nak izinkan aku terus bekerja dan stay di Penang dengan mak atau aku berhenti kerja dan ikut permintaan beliau tinggal dengan mak ayah beliau kat Ganu. Jadi korang rasa yang mana satu pilihan beliau? Tentulah pilihan yang kedua tu. Taknak PJJ dengan kite jauh-jauh sangat lettewww. Aiseh. Padahal aku pun sama jugak. Kui3. 


Tapi kalau ikutkan hati aku ni pun, memang aku pernah terfikir nak berhenti kerja bila dah kawen. Bukan niat nak bebankan suami sorang-sorang je cari nafkah. Tambah-tambah dengan kehidupan di zaman yang serba 'naik' segala macam benda ni. Cumanya aku terfikir, kalau aku dah beranak nanti sape nak jaga dan besarkan anak? Aku kalau boleh taknak orang lain yang besarkan anak kami. Nak tangan ni sendiri yang besarkan. Err..sebenarnya tahap kurang percaya kat orang tu yang tinggi menggunung sangat. Huhu.




Aku pernah tanya kat encik CH. Kalau aku kerja, anak tentulah kena hantar kat pengasuh. Bayaran untuk mengasuh pun boleh tahan mahal. Tanggungjawab nak bayar pengasuh tu mestilah terletak kat suami kan? Hew hew. Jadi dari beliau bayar kat orang lain untuk mengasuh anak beliau, baiklah beliau guna duit tu untuk keperluan anak dan aku mengasuh free of charge. Nak yang mana satu? Jadi beliau pun bersetuju aku jaga sendiri anak dan tak payah kerja. Menjadi jugak taktik iols nak mempengaruhi suami untuk memberi keizinan iols tak kerja. Haha.


Betul ke tak rasanya keputusan aku dan beliau ni? InsyaAllah betul la rasanya. Aku rasa memang dah tanggungjawab aku sebagai ibu yang didik sendiri anak kami. Bukanlah tak percaya langsung kat orang nak membela dan mengasuh anak sendiri. Tapi rasanya lebih membahagiakan kalau aku boleh tengok sendiri anak membesar depan mata dan aku sendiri yang asuh dan didik dia sedari kecik-kecik. Macam tu la lebih kurang niat dan impian aku sebenarnya.


Memang la gaji encik CH pun kalau ikutkan idok la beso mane. Kalau ikutkan penilaian yang gomen buat, boleh kire 'miskin bandar' lagi jugak pendapatan beliau tu. Dah le kerja pun bukan dalam sektor gomen. Kesian lak ai kat suami cheq. Dapat lak isteri yang berniat takmo kerja dah ni ha. Maaf suami. Semoga kamu ikhlas bekerja mencari nafkah untuk kite sekeluarga ye. Takpe. Kite kena yakin rezeki Allah tu maha luas. Ye suamiku sayang. Hehe.






Jadinye, seronok ke jadi SRT je? Err..SRT tu suri rumah tangga ye kengkawan. Hehe. Seronok la jugak. Tapi kekadang macam cemuih la jugak rasanya. Huehuehue. Apa korang ingat jadi SRT ni boleh duduk rileks je ke? Lagi banyak kerja nak kena buat tauuuuuuuuuuuuuuu. Nak memasak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, dan bermacam-macam le lagi. Cumanya tak bergaji je la. Hehe. Kena kerja ikhlas tau. Kalau jadi orang gaji kat rumah orang buat semua kerja tu boleh le dapat gaji. Kui3. 


Kekadang tu ade jugak keinginan nak bekerja balik. Rindu wei. Gila tak rindu. Pernah pegang duit sendiri. Nak beli apa-apa pun boleh, tak mintak orang. Boleh kasik kat mak sikit. Boleh belanje orang sekali sekala. Boleh buat simpanan. Boleh macam-macam la. Sekarang dah tak kerja ni, duit pun harap kat suami je la bagi. Hidup pun kena bersederhana. Hew hew.


Nurse kat kelinik pun setiap kali aku pergi buat check-up perot, setiap kali tu la asyik duk tanya kat aku, tak nak kerja dah ke? Rugi ada degree tapi tak kerja. Kekadang penat jugak nak menjawab. Haha. Aku cakap aku kerja sendiri je. Buat kerja secara online. Jadi freelance designer. Dorang paham ke idok ape kebenda kerja yang aku bagitau tu, entah le labu. Lantak deme. Kui3.


Tapi itulah. Yakin je la dengan rezeki Allah. Aku yakin yang berlaku ni pun dengan keizinan Allah jugak. InsyaAllah kalau ade rezeki, aku dan encik CH pun ada plan nak bukak bisnes. Tengah kumpul modal sikit-sikit ni. Harapnya satu hari nanti terlaksana. Semoga Allah permudahkan. Amin.



Bisik-bisik :: I'm proud to be a housewife. Tetibe. Hew hew hew.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 orang bagi nasihat:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah... sha sanggup berkorban insyaallah Allah akan buka rezeki tu luas2 untuk sha sekeluarga....

iolss tengah cari kerja lain lagi dekat utara... kalo nk berhenti keja tu kena fikir sedalamnya...lagipun skrg ni tak ada komitmen lain lagi..

so buat masa skrg ni PJJ dulu.. mana tau lps ni da rezeki nak duduk dekat dgn suami

Z@i Z@mR33 said...

rsnya klau jd SRT keje umah mmg x penah abis.nk2 bl dh ada anak nti.lps satu satu keje nk buat.penah jd SRT 3 minggu lps abes pntang.mcabar gak la dgn nk pk menu nk msk hr2

Nornizam Jamal said...

Kalau org laki ok tak jadik SRT?? haha

Kira Sakura said...

takde perempuan yang dah bergelar ibu tolak jadi SRT. kalau kira pun nak. tapi bila pk keja gomen bukan senang nk dpt. tue yg bertabah duduk sini. kalau idak dah berhenti jugak kot.

baik duduk rumah jaga rumah tangga, jaga anak, jaga laki. Allah tue Maha Adil mesti Dia ada simpan sesuatu untuk setiap pengorbanan kita. insyaAllah :)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com