Thursday, 14 November 2013

~ MyBigDay : Majlis Sambut Menantu 140913 ~

Assalamualaikum. Hai!


Err..dah nak dekat 2 bulan majlis berlalu baru terhegeh-hegeh nak update dalam blog. Haha. Super duper pemalas nak meninggal betol ni semenjak dah kawen. Tahun ni adalah tahun paling kurang menulis blog. Inikah namanya blogger sejati? Haha. Memang tak le. Ok la. Jom cerita pasal majlis sambut menantu kat kampung encik CH pulak. Dah berjaman ni rasanya banyak jugak yang dah terlupa. Aku cerita mana yang aku ingat je la ye.


Dua minggu selepas majlis kat Penang, berlangsung pulak majlis sebelah encik CH kat Terengganu. Buat majlis kecik-kecik je. Majlis kat sana sekalikan dua pasangan pengantin, aku dan encik CH bersama abang encik CH dan isterinya. Abang encik CH nikah lama dah, masa bulan 6 sebelum puasa. Majlis sebelah perempuan masa hari raya. Jadi majlis sambut menantu sekalikan dengan aku dan encik CH la. Senang buat sekali harung. Hehe.


Aku bertolak dari Penang hari Jumaat 130913. Pergi sebuah kereta je dengan famili Paksu. Mak tak ikut sebab kakak dah sarat. Sedara-mara yang lain takde yang nak follow. Takde yang sudi nak nganto aku. Sob sob. Aku pun tak mampu nak sponsor dorang kalau ada yang nak ikut. Aku bukan kayo kerja beso. Tak nak nganto takpe le. Ayat syahdu pujuk diri sendiri. Haha.


Jadi yang menghantar aku ke rumah mertua hanyalah Paksu, Maksu, anak bongsu dorang dan adik Paksu yang kami tumpang tidur kat rumah dia. Kami berlima je la yang pergi bertandang nye. Takde rombongan besar-besar, kereta berderet-deret. Mujur la famili encik CH pun jenis tak kisah. Lagipun majlis kat sebelah encik CH pun buat simple-simple je. Lebih simple dari majlis sebelah aku.


Pasal majlis simple ni aku tak kisah sangat pun. Asalkan ada buat untuk war-warkan yang anak teruna mak ayah mertua aku dah ada isteri. Tu pun dah cukup bertuah dah rasa diri ini. Hehe. Aku bukan high demand pun. Mana yang keluarga encik CH mampu buat, aku terima je seadanya. Aku lebih suka bersederhana. Lebih afdhol dan berkat gitu. Hik3.


Masa majlis sambut menantu ni takde upah mane-mane photographer pun. Harapkan adik beradik encik CH je la yang ngambik gambo. Jadi takde la banyak mana pun gambo yang ade. Aku kongsi yang elok je la dengan korang eh. Tu pun ade yang blur. Ntah tangan sape la yang tak bedung tu ambik gambo blur. Haha. Takpa la. Asalkan ada sudah. Ada jugak kenangan untuk ditatap. Ye dok? Jadi marilah kita menatap gambar-gambar itu.



iols baru sampai. Kakak dengan mak sedara encik CH sambut. Woi! Apa ni pengantin pegang henpon? Haha.


Ni kena tegur suruh jalan pegang tangan. Terus memasing pandang tempat lain. Sampai depan pintu rumah jalan sendiri-sendiri. Pengantin bertuah. Sempoi tak suami saye? Pakai selipor je. Haha.


Bersama famili Paksu dan anak-anak buah encik CH yang nak bergambor juge.


Makan beradap. Style kampung ok. Duduk bertimpuh saye yang ganas ni. Hehe. Makanan die super duper sedap. Mak sedara encik CH yang masak. Tengok je la muncung pengantin pompuan tu. Tak sopan betoi makan. :P


Dengan adik beradik encik CH dan pasangan pengantin lagi satu. (^_^) *gambar blur*


Dengan besfren kat UMS yang sudi hadir. Tina dan Dayah bersama suami dan anak memasing.



Oh ye. Waktu malam lepas majlis ada la buat sesi potong kek. Sempena besday anak-anak buah encik CH dan sambut menantu. Aku jadi tukang motong kek. Gambar masa tu tak boleh la nak share. Semua dah pakai baju nak tido. Selekeh je memasing. Haha. Tak payah la tunjuk kat korang. Apapun alhamdulillah. Majlis kat sana pun berjalan lancar walaupun sederhana. Kat belah Terengganu ni, kalau majlis sambut menantu, tetamu yang datang akan bagi 'duit keruk' kat pengantin perempuan. Ada la aku dapat dalam RM***. Tak la banyak. Tapi alhamdulillah. Rezeki. (^_^)


Terima kasih kat keluarga dan sedara mara encik CH yang banyak membantu masa majlis. Terima kasih jugak kat orang-orang kampung yang rewang masak untuk kenduri. Terima kasih kat famili Paksu yang sudi hantar aku jejauh. Terima kasih jugak kat member-member UMS yang stay kat Terengganu, Zek Zubaidah, Tina dan Dayah sebab sudi hadir. Sebok nak wish terima kasih macam dorang baca blog aku je. Haha. Lantakkan. Sekadar nak menyampaikan rasa terima kasih je. Korang kan ada nak baca. :P


Habes dah cerita pasal ketiga-tiga majlis. Lepas ni kalau aku rajin, aku tulis review pasal baju, mekap dan lain-lain pulak yang berkaitan dengan majlis. Kalau rajin la. Haha. Harap tabah la korang menunggu bagi pembaca setia yang rajin skodeng blog aku ni. Macam la ade pembaca setia *konon*. Perasan nau si Shahada ni. Kih3.



Bisik-bisik :: Alhamdulillah. Dah 74 hari jadi isteri encik CH. Baru 74 hari. Jauh lagi perjalanan oii. :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

Z@i Z@mR33 said...

mcm k.zai gak la ritu...abg suami nikah bln 6...kami nikah bln 8 tp knduri blh laki wat skali arung...wlaupon majlis x besar tp tetap meriah

Shahada Fauzi said...

@Z@i Z@mR33 :: senang buat gitu kan kak zai..lagi satu jimat..sian kat keluarga suami nak keluar duit belanje lagi nak buat majlis beso2..dah le kena bagi duit hntrn kat keluarga pengantin pompuan..hehe..

Farah Waheda Wahid said...

wah majlis sambut menantu pasti meriah ni kan sis???

Shahada Fauzi said...

@Farah Waheda Wahid :: biase2 je kak farah..kite terima ke apa yg famili suami dah sediakan untuk majlis..hehe..

sutoro naruto said...

makan-makan oiii asiknya....
jadi in9at kenan9an dulu

ANIM said...

simple majlis tak apa..yang penting majlis diberkati...

p/s tule, napa tak ajak kak? kalau tak boleh join sekali p terengganu, hee:-))

Rosmiza Ali said...

Eh? Ex-student UMS jugak ke? Hehe.. Samala kite.. Kos apa dulu ekk? Mesti junior ni kan? =)
http://miezashaklee.blogspot.com

Nur Hani M. said...

wah, color merah menyerlah seri pengantin.. santek,



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com