Sunday, 11 August 2013

~ Wedding DIY Project : Kad Jemputan ~

Assalamualaikum. Hai!


Lagi tak berapa hari je tinggal untuk aku bersuka ria dengan status bujang ni. Nanti dah nak bertukar status jadi Cik Puan dah. Warghhhh. Macam tak percaya pun ada ni ha. Betul ke aku dah nak kawen ni wei? Cubit diri sendiri. Auchh..sakit! Ini bukan mimpi. Memang betul aku dah nak kawen. Haha. Dah macam orang tak betoi pulak dah ha. :P


Hari tu ada la mesej-mesej dengan encik CH pasal kawen-kawen ni. Saje nak menggedik dengan tunang sendiri. Bhahaha. Mengada nak mampos si Shahada ni. Maklum la pasangan jarak jauh gitu. Bukan macam korang hari-hari ngadap muka tunang. Aku ni mampu berkomunikasi secara mesej-mesej je dengan encik CH ha. Jadi inilah antara petikan mesej menggedik aku dengan beliau.

Aku : Sayang2...betul ke kita dah nak kawen?
Encik CH : Cuba tengok kat kad kawen tu nama siapa? Betul ke nama kita berdua?
Aku : Hehe. Nama kite la sayang.
Encik CH : Haaa..betul dah la tu kalau nama kite.
Aku : *senyum sorang-sorang macam orang tak betoi*


Ahaha. Poyo je aku ni ha. Oh ye. Bila dah sembang pasal kad kawen ni kan, entri kali ni aku nak share projek DIY yang seterusnya lah iaitu kad jemputan. Pengantin bajet wei. Kalau boleh semua nak cut cost tau. Takmau membazir. Jadinya untuk kad jemputan aku ambik keputusan untuk DIY la. Untuk kedua-dua belah pihak aku yang design dan printing sendiri. 


Kad sebelah aku.


Sebab apa aku DIY je sendiri kad kawen tak pi tempah?

#1 Aku rasa buat kad biasa-biasa je dah ok dah. Tak perlu nak yang hard cover, bling2 emas/silver ke, corak emboss ke, glossy ke, laminate ke atau apa-apa je la yang seangkatan dengannya. RUGI. Bukan semua orang nak simpan. Lama-lama nanti masuk tong sampah jugak. Kalau yang memang jenis suka kumpul kad kawen tu lain cerita la. Tapi 1 dalam 1000 kot orang yang suka kumpul-kumpul ni. Hehe. Jadi kite buat sesimple yang mungkin. Tak payah la nak eksklusif bagai semata-mata nak bagi orang 'wow..kagumnye'. 

#2 Aku dengan encik CH jauh. Takde masa nak dating pergi cari kedai kad kawen sesama. Lagipun encik CH pun sibuk dengan kerja. Dia kerja biasa-biasa je. Time kerja tak menentu. Jadi aku ambik inisiatif biar aku yang setelkan part kad kawen ni untuk belah aku dan belah encik CH jugak. Senang cerita.

#3 Nak jimatkan cost. Tak perlu keluar duit buat kad sampai beratus-ratus. Membazir. Bajet!

#3 AKU KAN KREATIF. Bhahaha.


Jadi bila dah DIY aku boleh la design ikut suka hati aku je camne rupa dia. Kih3. Tak perlu pening-pening kepala nak deal dengan orang lain. Semua proses design aku buat guna photoshop. Untuk yang kad sebelah aku, aku design sendiri lepas tu tanya kat mak dengan kakak ok ke tak susunan dan maklumat dalam kad tu. Untuk kad sebelah encik CH pulak, aku design dulu lepas tu emel kat encik CH suruh die check dan komen. Bile dia cakap dah ok baru aku proceed dengan printing pulak. 


Kertas yang digunakan untuk kad sebelah aku, aku beli kad readymade dekat kedai pemborong barang kawen AtuZ Wedding House. Berlambak kad readymade yang cantik-cantik. Pandai-pandai la pilih ikut citarasa dan tema. Aku beli kad ni lama dah. Bulan 1/2012 lagi. Hehe. Sekali tengok berkenan weh. Takut takde dah design tu jadi baik aku sekau awal-awal. Maklum la. Aku ni kan cerewet nak mampos. Susah nak berkenan kat satu-satu mende. Kalau dah berkenan memang aku rembat terus. Kad tu dia dah bercorak. Jadi untuk proses printing aku cuma perlu design peta dan maklumat isi dalam saje. Kad ni lipat dua. Aku cetak 500 keping.


Untuk sebelah encik CH pulak, aku beli paper A4 tebal sikit nama dia Buffalo Card. Buffalo kau! Haha. Paper tu sebelah die macam ade corak-corak sikit, sebelah lagi plain. Nampak cantik jugak. Aku ambik paper kaler putih. Dalam satu paper boleh dapat 3 keping kad bercetak depan belakang. Belah sana aku cetak 500 keping jugak.


Kad sebelah encik CH.


Jadi sekarang mari kita kira kos untuk cetakan kad jemputan kawen kedua-dua belah pihak.

Kad sebelah pengantin perempuan
RM39.92 x 5 paket (500pcs) = RM199.60
*sampul disertakan sekali

Kad sebelah pengantin lelaki
A4 Paper Buffalo Card 230gsm : RM40 x 2 rim (200pcs: 600pcs) = RM80
Sampul : RM40 x 1 kotak (500pcs) = RM40
TOTAL = RM80 + RM40 = RM120

Jumlah keseluruhan cetakan kad sebelah aku dan encik CH adalah RM319.60 untuk 1000 keping. Kos sekeping kad untuk aku, 40sen. Kos sekeping kad untuk encik CH, 24sen. Yang aku mahal sikit sebab beli kad readymade yang bercorak cantik. Yang encik CH murah sebab A4 Buffalo Card yang 1 keping boleh dapat 3 kad. Tapi yang paling penting 2-2 kad tu tak lebih pun 50sen kos dia walaupun cuma cetak 500 keping. Kalau tempah kat kedai untuk 500 keping takkan dapat bawah 50sen. Betul tak? Sampul untuk dua-dua belah pun printed jugak dengan corak simple yang aku design sendiri. Kos printing tak kira sebab pakai printer aku je. Dakwat habes aku injek je dakwat kat catridge. Hak hak hak. 


Kualiti printing? Cantik je pada pandangan mata aku. Asal boleh baca dengan jelas. JIMAT berganda tak? Aku rasa jimat dalam beratus-ratus jugak ni rasanya. Kalau tempah pun untuk 1000 keping tu mahu capai RM500-RM800 jugak kot. Ye tak? Hehe.


Kad dah siap printing semua. Sekarang tengah edarkan untuk para jemputan. Lagi 3 minggu nak majlis ni. Baru terhegeh-hegeh nak edar. Kih3. Ye la, masa raya ni la baru ambik kesempatan jemput orang. Sambil beraya kita jemput orang datang kenduri nanti. Baru ngam gitu. Hehe. Sekarang sambung fokus siapkan bunga telur yang tertangguh tinggal lagi 70 kuntum tak siap lagi. Harapnya siap dalam minggu ni. Banyak lagi nak kena buat ni. Uhuk!


Untuk baca entri projek DIY yang lain, klik link entri di bawah :



Bisik-bisik : Doakan semoga majlis aku nanti dipermudahkan dan diberkati Allah ye kawan-kawan. Terima kasih. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

17 orang bagi nasihat:

cik yaya said...

betul tu kak, jimat kos..kalau Yaya pun nak buat sendiri je baru puas hati kan ^_^
btw tahniah akak dan semoga menjadi isteri yang solehah

shera haifa said...

printer tu printer biasa ke laser punya?

Shahada Fauzi said...

@cik yaya :: terima kasih yaya..insyaAllah..memang impian tu..^_^

Shahada Fauzi said...

@shera haifa :: printer biase je awak..

Puan Ezy said...

buat sndiri mmg jimat berganda2..
berbaloi..
lg pon kad jmpotan ni takde sape yg smpan.. buat yg mhal2 membazir.. nt org buang jgk.. huhu

Shahada Fauzi said...

@Puan Ezy :: betoi2..hehe..elakkan pembaziran dan jimatkan duit..

Z@i Z@mR33 said...

kretipnyaaaaa....

k.zai hr tempah kad simple2 ja sbb tau org msti buang pnya...x mcm org lain yg sekeping bhengget2 :p

zarena heeney said...

mmg jimat
org kreatif blh la shah
tangan kayu mcm k.ena nie mmg tak menjadi la

AyuE SurihanyOt said...

wei kad kawin aku nnt aku mintak tlg hang design lah boleh..heheheheh

JunAina said...

Dapat idea utk kad jemputan pulak...best...best...

Azian Elias said...

salam kenal..


selamat pengantin baru yee...

ima salsuzaima said...

betul tu.bg ima, kad jemputan ni x perlu lah nak mahal sgt.nanti bg kat org, pas baca, baling je dlm tong sampah.nk smpn pn bt ape.pic org lain.haha. (kasar bahasa)

msnoorz said...

salam. kak shada, buffalo kad yg 1 rim tu kak shada beli kt mana? nak p cari gak la.. tq..

Shahada Fauzi said...

@msnoorz :: beli kat kedai buku..murah sket..

faridathul akma said...

salam,

awk gune software pe tuk buat design map tu ye?

kak zai said...

salam sis, nak mintak tolong boley? tolong fowardlkan template kad kawen mis ni.... sangat cantik... mula2 saya ingat nak fototstat je kad kawen saya, sebb xde bajet...tp lepas tgk miss wat ni, saya berkenan pulak...dala rege pn x mhl...harap dapat membantu miss....moga miss sentiasa di berkati

Sha My heart said...

cantik.

sha tengah kumpul idea utk buat kad ni.
dah buat, tapi encik T tak suka pula. kena ubah sikit.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com