Tuesday, 11 June 2013

~ Wedding DIY Project : Guestbook ~

Assaalamualaikum. Hai!


Memandangkan dah tinggal lagi 80 hari sebelum majlis, maka aku telah pun mula memaksa diri sendiri untuk menjadi rajin tahap super untuk projek DIY. Dalam kepala hotak berkarat aku ni, dah macam-macam yang aku fikirkan untuk DIY itu ini. Lama dah sebenarnya aku buat wishlist nak DIY untuk wedding sendiri ni. Tapi nak mula tu memang pemalas tahap gaban. Buat kerja macam siput. Selagi tak kena ketuk selagi tu la buat donooo je. Mak dengan kakak aku hari-hari berleter. Kadang-kadang rasa macam yayik telinga aku ni dah tebal melampau sebab hari-hari kena leter. Kui3.


Jadi untuk projek DIY yang pertama, aku mulakan dengan GUESTBOOK. Alang-alang tengah rajin nak mendesign, sambil-sambil design blog customer, aku design sekali la untuk guestbook. Hasilnya sangatlah memuaskan hati sebab aku yang design sendiri. Hehe. Encik CH pun puas hati bila aku MMS gambar guestbook yang telah terhasil. Yang penting die kata "Lawo Sayang...". Memang gembira tak terhingga la aku. Rasa macam nak lompat-lompat bintang sampai kurus. Haha.


Aku ambil 2 malam je untuk siapkan. Malam pertama design. Malam kedua printing. Hari ni tinggal nak pergi binding je. Yeay! Nak tengok hasilnya? Nah. Belek la sampai juling bijik mata korang. Hehe.


Proses men 'design' sedang berlangsung ketika itu.


Hasilnya setelah siap di cetak. Omeiiii nye! *puji hasil kerja sendiri* Hoho.


Nah tengok beso sket cover luar. Santek tak kite buat? :P

Semua adalah hasil tangan kayu aku yang super duper megik ini. Hehe. Dari design isi dalam sampai la ke cover die. Kos nak buat ni pun murah saje. Berbaloi-baloi. Yang penting sangat puas hati la. Kalau tempah kat orang belum tentu lagi aku akan berpuas hati sebabnya aku ni CEREWET TAHAP TERTINGGI. Memang elok sangat la aku buat je sendiri. Yang penting jimat! Kena rajin je. Bile rajin kejap je dah siapnye ha.


Berikut aku kongsikan bahan-bahan dan kos yang aku gunakan untuk buat guestbook ini.

  • A4 colour paper 80gsm (100pink + 50grey) = RM 9.60
  • 1 keping card paper (untuk cover dalam) = RM 0.50
  • Ring file (untuk cover luar) = RM 3.20
  • Nest wrapper = FREE (pembalut hadiah frame yang fair and lovely bagi masa event SIMBS)
  • Sekeping doily paper = FREE (ready stock)
  • Riben = FREE (ready stock)
  • Hiasan = FREE (kerongsang yang dah tak pakai)
  • Gam UHU = RM 4.10

Sekarang cuma kos binding je tak pasti lagi berapa. Aku nak buat binding yang besi bebulat macam kat buku nota yang hard cover tu. Omei sikit. Hehe. Mungkin dalam RM10 la kot aku budget. Mungkin jugak kurang. *update : kos binding dapat free..tuan kedai sponsor..hehe..hepi melampau! Jadi total perbelanjaan yang aku spend untuk buat guestbook ni  tak sampai RM20 pun. Yeay!


Memang puas hati buat sendiri. Haa..ade ke yang berminat nak upah aku? Kompom korang puas hati. Sebab aku kan cerewet. Mesti la nak hasil kerja tu cantik je. Ecewah. Aaa sudah. Nak ambil upah buat guestbook pulak ke cik Shahada oi? Hak3. Lega dah siap satu DIY. Lepas ni nak buat kad pulak. Kad  sonang je. Printing je atas kad ready made. Hoho. Pasal kad next entry pulak la ye bila aku dah buat.



Bisik-bisik : Seronok sebenarnya DIY ni. Boleh tunjuk skill terhebat yang ada dalam diri. Eceh! :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

28 orang bagi nasihat:

Farah Waheda Wahid said...

nice and creative...lepas ni boleh amik tempahan pulak dear...

aDisH.sHidA said...

LAWA...

eZmALiZa said...

cantikkk!!!!!

pandai kak sha design!!

nak sign jugak kat guestbook kak shaaaa!!!!!!!!

:)

Shahada Fauzi said...

@Farah Waheda Wahid :: mekaseh kak farah..hehe..insyaAllah..mane tahu tetibe terajin nak ambik tempahan..boleh kembangkan bisnes..hehe..

Shahada Fauzi said...

@aDisH.sHidA :: mekaseh kak shida ku sayang..ekeke..kembang sikit rase bile akak cakap lawa..hehe..:P

Shahada Fauzi said...

@eZmALiZa :: tenkiu adikku ezma.. (^_^)

kena datang wedding kaksha la nnt baru boleh sign..hehe..

Z@i Z@mR33 said...

lawa la...

MR & MRS MAKMUM said...

amik tempahan tak hahaha

Hunny Kitty said...

wow! selamat berDIY!

zaza said...

bagus2... buat DIY sendiri lg bermakne... thumbs up =)

Namee Roslan said...

sha !! tinggal 80 hari je!!! :Dmesti dah nervous dah ni. hehe. :D

micah aje said...

untung la kreatif diy...i heart u kak sha..hihi

Shahada Fauzi said...

@Z@i Z@mR33 :: mekaseh kak zai..^_^

Shahada Fauzi said...

@MR :: haha..ade ke orang nak upah? :P

Shahada Fauzi said...

@Hunny Kitty :: tenkiuuu..^_^

Shahada Fauzi said...

@zaza :: betol2..DIY sendiri puas hati sangat..hehe..

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: nerveous tu tak rasa lagi la namee..hehe..

Shahada Fauzi said...

@micah aje :: i heart u too my dear..hehe..

awEEN said...

cantik! untungnye org kreatip ni =)

CoMbiE GurLGurL said...

salam..sis proses design tu sis pkai software ape ye?..hehe

Shahada Fauzi said...

@awEEN :: terima kasih..takde la kretip sangat pun..hehe..

Shahada Fauzi said...

@CoMbiE GurLGurL :: wassalam..pakai photoshop dear..

Cik Ash said...

Assalamulaikum comel guestbook terasa nak buat juga nanti wedding kita hehe

Vincent said...

Fantastic website! Have a nice day!

fana said...

cantik buat sendiri guestbook ni..
awk..nk copy boleh ke?
yg bhgian dalam tu dgn cover luar?
kalu sudi share..fanana87@gmail.com

eyda said...

salam..boleh mintak design yg u buat nie x?tq..nnt email dekat ayumieyda87@gmail.com

faisal syada said...

slam guna software ape ek mse design to

Anonymous said...

design guna adobe photoshop ke?? mna cari gmbr2 kartun tu? blh tnjuk cara x?



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com