Sudah 3 tahun!

Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam hari ni genap 3 tahun aku bekerja kat tempat kerja aku sekarang ni. Alhamdulillah. Uishhhh..tak sangka betul. Agak tinggi jugak kesabaran aku ni rupanya untuk bertahan. Selalu kalau bengang dan stress je asyik mengomel nak berhenti. Tapi tetap jugak kerja. Tak berhenti pun. Cakap je pompang-pompang. Haha. Nak buat macam mana, aku kan seorang yang setia. Waseh. Gelimat sungguh. Ada ke puji diri sendiri. :P


Tapi lagi beberapa bulan je lagi yang tinggal untuk aku meneruskan perkhidmatan aku kat organisasi ni. Sebabnya, SAYA DAH NAK KAWEN! Yeay! A'ah. Nanti bila aku dah nak dekat kawen, aku akan berhenti kerja. Lepas kawen kena ikut suami lor. Saya kan manja orang nya. Mana boleh berenggang dengan suami. Kena berkepit doplohpat jam. Haha. Poyo betol!


Bukan aku tak suka kerja aku ni. Suka sangat! Walaupun kadang-kadang ada jugak 'tekanan', tapi sesungguhnya jujur dari hati, aku suka kerja yang aku buat. Mungkin sebab aku ikhlas bekerja untuk cari sesuap rezeki gamaknya. Memang workload tu berkoyan-koyan. Akulah web developer,  database admin, akauntan, kerani, officegirl, tukang repair printer, arghhhh..pendek kata macam-macam la kerja aku kena buat. Multipurpose sungguh!


Itu lah 'untung' nya kerja dengan NGO. Boleh jadi macam-macam tahu tak? Haha. Sabor je la. Tapi dah tak lama lagi aku akan tinggalkan semua kerja-kerja tu. Errr..harapnya tak rindu. Semoga segala apa yang dah aku curahkan bakti kat organisasi ni mendatangkan manfaat. Dan semoga segala rezeki yang dah aku terima diberkati Allah hendaknya. Semoga Allah redha juga. InsyaAllah.


Kadang-kadang saya suka camwhore juga kat opis kalau tinggal sensorang. Haha.  Nampak matured pulak  bila pakai spek. :P


Kenapa aku nak berhenti dan tak teruskan je kerja kat Penang? Sebenarnya encik CH dah cakap bila dah kawen nanti beliau nak bawa aku tinggal dengan beliau. Beliau taknak tinggal bini beliau kat Penang ni. Jadi, sebagai bakal isteri yang solehah dan mithali, aku kena la ikut beliau. Maknanya kena la berhenti kerja. Naseb baek tak kerja gomen. Kalau tak, jenuh jugak tu. Mesti sayang nak berhenti. Maklum kerja gomen kan. Mujur jugak aku kerja dengan NGO je. Ada la sebab die tu kan? Allah Maha Mengetahui. Lagipun, taknak aku dah kawen stay jauh-jauh ni. Ai is kenot accept that la. Hehe. Gediknye la hai~~ Cepuk Shahada beramai-ramai! :P


Walaupun aku amatlah sayang nak tinggalkan mak, Iqbal dan kakak aku ni ha sebenarnya. Tapi nak buek camno. Kena terima je la. Dah itu keputusan encik CH. Dah berbuih-buih mulut aku pujuk beliau tinggal kat Penang ni tau. Mak aku pun selalu suruh aku pujuk beliau. Tapi langsung tak lut. Beliau nak tinggal dan kerja kat Ganu jugak. Tanah tumpah darah beliau. Aku pun ikutkan je la. Berkorban sikit. Kata nak jadi isteri solehah. Aiseh.


Hmm..Nanti pandai-pandai la aku cari kerja lain kat sana. Kerja biasa-biasa pun aku tak kesah sangat sebenarnya. Asalkan dapat bantu ringankan beban encik CH. Ataupun aku luaskan je bisnes aku sekarang ni. Bagi tumpuan dan komitmen sepenuhnya. Mana tahu boleh berkembang kan? Mudah-mudahan InsyaAllah. Apa-apa pun aku serah pada Allah. Aku cuma mampu berusaha je. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dan encik CH bila kami dah berumahtangga nanti.


Bisik-bisik :: Rezeki Allah maha luas. Kita yang kena rajin berusaha. InsyaAllah pasti ada. Kalau malas sendiri mahu ingat la!

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. perancangan depa nak kawen punyalah teliti.. macam saya ni. memang sebelum kawen pun keja kat sini, dpt jodoh orang sini,asben keja pun kat sini, mertua semua kat sini & sekarang anak pun dah jadi orang sini sebab lahir sini.. maka tak nampak tanda2 akan baling ke kg halaman utk jadi penduduk tetap kat sana lagi. tp Allah maha tahu.. akan datang kot2 manatau tetiba rezeki anak beranak pi muncul belah sana pulak kan?? apapun cik sha.. lebih afdal ikut suami, jejauh ni tak berapa bagus sgt melainkan kita takde pilihan lain.

    BalasPadam
  2. @THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la mummy..saya memang dah lama memikirkan hal ni..dah niat dalam hati, kalau kawen nak ikut suami..hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan